Bercakap Benar Walaupun Pahit
>> Ahad, 28 Februari 2010
Cerita karton versi arab
SIRI (2)
Persoalan sebegini sebenarnya lumrah berlaku dalam keadaan sama ada umat Islam majoriti atau minoriti. Dilema terhadap media massa di kalangan umat Islam timbul apabila “menu yang dihidangkan” di media, berbeza dengan nillai yang diajar dan dipegang dalam masyarakat. Di sekolah, guru-guru menumpukan pengajaran kepada membentuk nilai-nilai murni dan menjauhi nilai-nilai yang merosakkan. Begitu juga dengan para ustaz yang mengajar di masjid dan surau. Namun apabila mereka kembali ke rumah menonton televisyen, melayari internet dan membaca sebahagian majalah dan akhbar tabloid, mereka dihidangkan dengan pelbagai nilai yang berbeza sekali dengan apa yang diajar di sekolah, masjid atau surau.Umpamanya mereka didedahkan di media dengan aurat wanita, lelaki bukan muhrim, melihat orang bercumbu dan berzina, minum arak, keganasan yang keterlaluan dan pelbagai unsur tahyul yang merosakkan aqidah dan pemikiran rasional.
Firman Allah S.W.T :
“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah : “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk yang sebenarnya. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi akan menjadi pelindung dan penolong bagimu.”
Al-Baqarah : 120
Musuh Islam dari kalangan Yahudi dan Nasrani terus terusan berusaha bermati matian untuk menghapuskan agama Islam. Belajar melalui kekalahan, mereka mengatur strategi baru untuk menghancurkan agama Islam. Statergi baru yang dipanggil perang saraf / perang pemikiran sememangnya menyebelahi mereka. Buktinya ramai di kalangan umat Islam hari ini tidak lagi menjadikan ajaran Islam sebagai cara hidup bahkan terikut—ikut budaya barat yang merosakkan. Slogan mereka yang berbunyi “Apabila kamu gerun dan takut kepada senjata musuh, maka hendaklah kamu merosakkan pemikiran mereka, nescaya kamu sudah membunuhnya.”
Antara perancangan mereka untuk merosakkan pemikiran umat Islam melalui media massa. Seperti yang telah disebut sebelum ini, 80—90 peratus sajian yang dihidangkan oleh media massa hari ini berbentuk hiburan yang melampau. Gambaran masyarakat yang rosak dengan aksi ganas mahupun seks bebas di papar setiap hari. Bukan setakat akhlak boleh rosak malah pegangan aqidah juga boleh goyah. Kadangkala tayangan yang bertujuan untuk membentuk nilai—nilai murni seperti kerjasama, tolong menolong, hormat menghormati dan sayang menyayangi juga terselit unsur—unsur yang merosakkan aqidah umat Islam.Rancangan superhero seperti superman, spiderman dan sebagainya yang bertujuan menyemai sifat bantu membantu sebenarnya boleh meracuni aqidah dan moral umat Islam. Pernah berlaku satu kes seorang kanak-kanak mati terjatuh dari beranda rumahnya kerana ingin cuba terbang seperti superman. Malah mereka menjadikan superhero ini sebagai idola. Rancangan ultraman pula menggunakan simbol palang salib untuk memusnahkan raksasa menunjukkan kononnya salib itu mempunyai kuasa.Begitu juga rancangan pokemon yang menjadi kegemaran kanak-kanak satu masa dahulu mengandungi simbol –simbol kristian dan salib.Semua ini akan menjejaskan aqidah umat Islam sejak bayi lagi.
Rancangan Teletubbies yang merupakan rancangan televisyen untuk bayi juga tidak terlepas dari unsur-unsur ini. Rancangan ini yang sangat popular 11 tahun lalu sehingga patung teletubbies laris menjelang krismas waktu itu. Dalam rancangan tersebut terdapat seorang bayi menyerupai matahari terbit menyinari alam seolah-olah dirinya berkuasa di alam yang penuh warna warni itu dengan menunjukkan mimic mukanya berdasarkan peristiwa yang berlaku di alam itu. Dalam sekelip mata(dalam suku saat) logo freemason (salah satu pertubuhan yang didalangi oleh yahudi untuk menghapuskan agama Islam) dipancarkan. Kaedah ’flashing image’ ini telah lama digunakan dalam filem untuk mempengaruhi penonton dan membawa maksud tersirat. Imej tersebut biasanya tidak dapat dilihat dengan mata kasar kerana dikelipkan dengan pantas. Menurut kajian, otak manusia dapat menangkap imej dan mesej tersebut tanpa disedari.
Menurut pengkaji perkembangan psikologi kanak-kanak, penayangan dalam bentuk visual sememangnya memberikan kesan yang mendalam terhadap jiwa kanak-kanak. Mereka lebih mudah menangkap sesuatu yang didedahkan dalam bentuk visual dan yang dipamerkan secara sepintas lalu.Kaedah pengajaran ’flash card’ yang menggunakan teknik sepintas lalu ini memberi kesan sehingga 70 peratus terhadap minda anak-anak. Dengan karektor animasi yang menarik dan berwarna-warni diikuti pula dengan lagu, sudah pastilah daya tarikannya lebih tinggi dan kesannya mencapai hingga 75 peratus. Justeru tidak hairanlah jika kanak-kanak lebih mengingati watak-watak tersebut. Jika begitu, amat sukar untuk menerapkan fikrah Islam sedangkan dalam waktu yang sama juga anak—anak lebih mengingati perkara lain yang lebih kuat pengaruhnya. Dalam kotak pemikiran anak-anak dipenuhi dengan watak-watak kartun hingga sukar untuk menyelitkan teladan yang baik yang diamalkan oleh Rasulullah s.a.w dan para sahabat kepada kanak—kanak.
Siri (1)
Daripada Abu Hurairah a.r bahawa Nabi S.A.W bersabda “ Setiap anak-anak dilahirkan fitrah maka kedua ibu bapanya lah yang menjadikannya nasrani, yahudi atau majusi ”
Tanggal 13 januari 2010 lahir seorang puteri diberi nama Maryam Az-Zahrah binti Khairul Azli kelahirannya di nanti-nantikan dan merupakan anak sulong kepada kak long kami .
Terkenang anak-anak yang lahir zaman millennium ini, membuatkan ramai orang kecut perut dan lemah semangat untuk melahirkan anak dan bergelar ibu bapa . Mendidik anak yang lahir di era globalisasi ini tidak lah semudah 20-30 tahun yang lepas era globalisai dan sistem langit terbuka yang melanda dunia hari ini memberi cabaran yang sangat besar dalam melahirkan generasi kamil.dugaan untuk mendidik anak-anak supaya menjadi insan berguna adalah lebih perlu diberi perhatian dalam era kemodenan ini , jika masyarakat melayu pada zaman dahulu mendidik anak dengan menggunakan psikologi takut, tetapi tidak lagi pada hari ini kerana mereka mudah mendapat
Maklumat malah kadangkala lebih pantas dan tepat daripada ibu bapa .
Media massa pada waktu dahulu bukanlah satu ancaman yang sangat merbahaya kepada pembentukan jiwa anak-anak . Namun pada hari ini radio, televisyen, internet, vcd, majalah dan lain-lain lagi menjadi satu alat yang amat menakutkan seperti yang dimaklumi dan hasil-hasil dari kajian mendapati 70 - 80 peratus tayangan dari media massa berbentuk hiburan yang merosakkan .
Kajian yang dilakukan oleh persatuan pengguna pulau pinang dan pelajar-pelajar komunikasi tentang kesan media terhadap kanak-kanak dan remaja merumuskan data berikut :- ( rujuk nor bathi haji baharuddin 1998:2 )
1) Dalam 1 minggu siaran televisyen mendapati terdapat 57 pembunuhan, 350 perilaku memukul dan 365 perilaku menunjukkan senjata .
2) Secara puratanya setiap kanak-kanak melihat televisyen 2 hingga 3 jam sehari pada hari biasa dan 3 hingga 4 jam pada hari minggu .
3) Daripada lapan program yang paling diminati, tujuh daripadanya mengandungi nisbah keganasan yang tinggi.
4) Separuh daripada ibu-bapa yang disoal selidik mengatakan mereka tidak mengawasi apa yang ditonton oleh anak mereka dan dua pertiga mengaku mereka menjadikan televisyen sebagai babysit kepada anak-anak mereka .
Selain daripada itu dalam satu kajian yang dilakukan pada tahun 1987 di Sham Alam dan Klang terhadap 200 orang responden berumur antara 13-20 tahun , mendapati 46 peratus daripada mereka melihat TV untuk berhibur dengan memilih program hiburan , 28.5 peratus untuk mendapat pengetahuan , 8 peratus memilih program yang berunsur politik dan hanya 5 peratus untuk mendapat pengetahuan Agama .
Pendedahan kanak-kanak dan remaja kepada hiburan dalam nisbah yang besar akan mengurangkan keupayaan dan sensitiviti kepada aspek penting lain dalam kehidupan , Mohd Hamdan dalam rencananya “ Kesan Media Massa Terhadap Budaya Belia ” mengatakan iaitu : “ Belia-belia berwajah selekeh dengan gaya rambut ganjil di lorong-lorong kuala lumpur, jakarta dan Bangkok hari ini , tidak akan sedikit pun terlintas dalam fikiran mereka tentang gaya rambut yang sedemikian jika tidak kerana mereka didedahkan kepada rancangan televisyen, majalah, dan bahan pembacaan asing ”
Tajuk artikel : “ 400 Keluarga Islam Henti Tonton Televisyen ”, akhbar berita harian ( 4 oktober, 2000 ) yang memetik berita dari Indian express , kes ini dilaporkan berlaku di kampong tajola, Mumbai di barat India apabila dikatakan seorang pendakwah tempatan mengeluarkan ketetapan mengharamkan alat “kotor ” itu . Tindakan itu diambil kerana dikatakan bilangan jemaah ke masjid didapati berkerungan, manakala remaja lelaki dan perempuan islam lebih gemar menonton sitcom dan filem bollywood di televisyen sehingga ramai yang tidak ke sekolah dan gagal dalam peperiksaan.
Bersambung ke siri 2........
SIRI 1
MUQADIMAH
Usrah merupakan nadi dalam sebuah gerakan/persatuan Islam.Tanpanya, gerakan/persatuan tidak dapat mencapai matlamat yang disasarkan. Usrah bukan majlis ilmu semata-mata, tetapi ia sebuah majlis/aktiviti untuk meningkatkan komitmen kepada pemahaman, penghayatan dan perjuangan Islam. Usrah juga berperanan untuk menyatu padukan ahli dengan mempraktikkan ukhuwwah Islamiyyah seperti yang dianjurkan dalam agama Islam.Kesilapan memahami fungsi usrah menyebabkan perjalanan usrah menjadi lesu dan tidak memberi kesan kepada individu mahupun persatuan.
PENGERTIAN USRAH
Bahasa : Keluarga
Istilah :
1.Satu kumpulan individu muslim yang beriman kepada Allah SWT.
2.Berusaha tolong menolong antara satu sama lain untuk memahami dan menghayati Islam.
3.Usrah membentuk satu ikatan perpaduan yang dibina atas dasar aqidah Islam dan terjalin dengan suatu ikatan ukhuwwah Islamiyyah.
4.Usrah merupakan medan tarbiyah dalam usaha membentuk generasi yang sanggup hidup dan mati memperjuangkan Islam.
SEJARAH USRAH :
Sejarah usrah bermula pada zaman Rasulullah s.a.w apabila pemeluk Islam meningkat kepada 30 lelaki dan wanita. Rasulullah s.a.w telah memilih sebuah rumah yang terpencil iaitu rumah Al-Arqam bin Abi Al-Arqam sebagai tempat menyampaikan segala ajaran Islam, tunjuk ajar dan nasihat. Seruan ini telah berjaya menarik hampir 40 orang lagi memeluk Islam .kebanyakan mereka adalah golongan fakir miskin dan hamba yang tidak ada tempat dalam masyarakat Quraisy
SIRI 2
RUKUN-RUKUN USRAH :
1-Ta’aruf(berkenalan)
انما المؤمنون اخوة فأصلحوا بين أخويكم واتقوالله لعلكم ترحمون
“Sesungguhnya setiap orang yang beriman itu bersaudara, maka baikilah hubungan sesama saudara kamu dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat.” Al-Hujurat : 10
Sabda Rasulullah s.a.w :
“Orang mukmin bagi orang mukmin yang lain seperti satu bangunan, sebahagiannya memperkuatkan sebahagian yang lain”
1.Setiap ahli hendaklah mengenali antara satu sama lain sedalam – dalamnya seperti nama,latar belakang kehidupan dan sebagainya dengan semangat cintakan agama Allah s.w.t.
2.Ta’aru Hendaklah berkenalan sehingga masing-masing merasakan setiap ahli adalah sebahagian dari dirinya.
2-Tafahum(bersefahaman)
1.Hasil dari perkenalan yang mendalam membolehkan wujudnya persefahaman antara ahli untuk melahirkan satu sikap dan satu tindakan dalam menjalankan perintah Allah SWT.
2.Persefahaman sesama ahli dapat membuahkan kasih sayang dan menghindarkan perasaan syak wasangka dan hasad dengki.
3.Rukun tafahhum ini berkait rapat dengan ukhuwwah kerana ukhuwwah tidak dapat dilaksanakan kecuali sudah ada persefahaman di kalangan mereka.
4.Martabat ukhuwwahfillah merupakan martabat tertinggi sesama manusia manakala nasihat menasihati merupakan dasar yang amat penting dalam agama Islam.
5.Apabila ukhuwwah Islamiyyah telah dapat diaplikasikan maka mudahlah untuk menerapkan budaya nasihat menasihati sesama ahli
6.Dalam memberi nasihat, penerima nasihat hendaklah berlapang dada,bersedia menerima nasihat, berterima kasih kepada pemberi nasihat dan tidak memandang status pemberi nasihat.
7.Pemberi nasihat pula hendaklah tidak ubah sikap,tidak menyebarkan keaibannya dan tidak buruk sangka di atas kesilapan yang dilakukan oleh sahabat tadi.
8.Nasihat yang diberikan kepada sahabat hendaklah sesuai dengan taraf pemikiran dengan kaedah yang sebaik mungkin.
3-Takaful(bantu membantu)
Sabda Rasulullah s.a.w:
" Sekiranya seseorang kamu berjalan kerana hendak menolong saudaranya, itu adalah lebih baik baginya daripada beri’tikaf selama sebulan di masjidku ini."
1.Bantu membantu adalah memelihara nasib sesama sendiri hingga tiada yang terbiar atau terdampar.
2.Dasar takaful hendaklah dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh untuk memikul bebanan sesama sendiri.
3.Dasar ini merupakan tunjang iman dan intisari ukhuwwah sejati.
4.Untuk mengamalkan rukun takaful, kita hendaklah sentiasa bertanya khabar, ziarah menziarahi dan saling memberi pertolongan sedaya mungkin.
MATLAMAT :
1.Membentuk generasi yang memahami Islam, beramal dengan ajaran Islam dan bersedia untuk memperjuangkan agama Allah S.W.T.
2.Mendidk hati ahli supaya taat kepada Allah S.W.T
3.Mengiltizamkan ahli dengan akhlaq Al-Quran.
4.Mendidik ahli berfikir dan bertindak selari dengan Al-Quran dan As-Sunnah.
5.Melahirkan para ilmuan Islam agar dapat menyebarkan risalah Islam.
6.Merapatkan ukhuwwah dan kasih sayang sesama ahli.
7.Menghidupkan budaya nasihat menasihati.
8.Menjadikan Rasulullah s.a.w dan para sahabat sebagai ikutan dalam kehidupan seharian.
9.Membentuk biah solehah dan menolak unsur – unsure negatif.
10.Menanam semangat kesedaran terhadap Islam.
Bersambung..........
Selamat pengantin baru ku ucapkan kepada sahabatku Ustaz Abdul Kadir bin Omar dan pasangannya Syakila semoga kalian berdua berbahagia didunia dan akhirat. Perkahwinan merupakan sunnah Rasulullah S.A.W .Memang seronok berkahwin tetapi seorang suami perlu mempunyai ilmu pengetahuan Agama dalam mengemudi rumah tangga supaya rumahtangga yang dibina akan kekal dan bahagia hingga ke akhirat.Tujuan utama perkahwina adalah untuk memelihara anak-anak Adam daripada terjebak ke lembah maksiat, menangislah si syaitan bila anak adam disatukan atas jalan perkahwinan yang halal.Ujian dan dugaan juga tidak akan kering dalam kita mengemudi rumah tangga, disini lah si suami akan memainkan peranannya untuk menyelesaikan masalah, segala ilmu yang dipelajari akan dipraktik, doa si suami untuk memastikan rumah tangganya bahagia dan isteri yang dibentuk agar benar-benar menjadi isteri yang solehah perlu dipanjatkan setiap hari.
Sabda Rasulullah :
" Rasulullah s.a.w. bersabda: Tiada faedah yang paling baik diperoleh
seorang mukmin (suami yang beriman) selepas bertaqwa kepada Allah azza
wa jalla selain isteri yang solehah. Apabila suami menyuruhnya, ia
mentaatinya. Jika suami memandangnya ia menggembirakan hati suaminya.
Sekiranya suami bersumpah, ia memenuhi sumpah suaminya itu. Apabila ia
keluar kerana bertugas atau berjuang, ia menjaga maruahnya dan maruah
suaminya serta menjaga harta benda suaminya dengan cara berjimat cermat
membelanjakannya. ''
(Riwayat Ibnu Majah).
Bersambung............
Keluarga adalah asas dan sumber kekuatan masyarakat .ini kerana masyarakat terdiri dari unit-unit keluarga .keluarga laksana sel-sel yang membentuk tubuh. Jika keluaga baik nescaya masyarakat akan menjadi baik dan sebaliknya jika keluarga itu rosak maka masyarakat seluruhnya akan menjadi rosak .
Fungsi utama institusi kekeluargaan dalam Islam adalah untuk menjamin wujudnya suasana di mana nilai-nilai Islam dapat tumbuh dan berkembang di dalam jiwa ,diri, dan peribadi ahli keluarga .melalui institusi ini generasi muda diasuh dan dididik untuk mencintai Islam dan menghayatinya. Generasi muda juga dapat dibentuk untuk mendukung aspirasi-aspirasi yang diredhai dan dikehendaki oleh Islam .
Firman Allah Taala :
“ Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikannya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir ” .
( Surah Ar-Rum : 21 )
Muhammad Rashid Redha dalam menafsirkan ayat di atas berkata ada tiga unsur yang harus dicapai oleh rumahtangga muslim :
You found me home and sail with me
And I`m here with you
Now let me let you know
You`ve opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along
OOOOO
And theres a couple words I want to say
For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you. loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you
I know that deep in my heart
I feel so blessed when I think of you
And I ask Allah to bless all we do
You`re my wife and my friend and my strength
And I pray we`re together eternally
Now I find myself so strong
Everything changed when you came along
OOOO
And theres a couple word I want to say
For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you. loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you
I know that deep in my heart now that you`re here
Infront of me I strongly feel love
And I have no doubt
And I`m singing loud that I`ll love you eternally
For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you.loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you
I know that deep in my heart
© Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
Back to TOP