
Selamat pengantin baru ku ucapkan kepada sahabatku Ustaz Abdul Kadir bin Omar dan pasangannya Syakila semoga kalian berdua berbahagia didunia dan akhirat. Perkahwinan merupakan sunnah Rasulullah S.A.W .Memang seronok berkahwin tetapi seorang suami perlu mempunyai ilmu pengetahuan Agama dalam mengemudi rumah tangga supaya rumahtangga yang dibina akan kekal dan bahagia hingga ke akhirat.Tujuan utama perkahwina adalah untuk memelihara anak-anak Adam daripada terjebak ke lembah maksiat, menangislah si syaitan bila anak adam disatukan atas jalan perkahwinan yang halal.Ujian dan dugaan juga tidak akan kering dalam kita mengemudi rumah tangga, disini lah si suami akan memainkan peranannya untuk menyelesaikan masalah, segala ilmu yang dipelajari akan dipraktik, doa si suami untuk memastikan rumah tangganya bahagia dan isteri yang dibentuk agar benar-benar menjadi isteri yang solehah perlu dipanjatkan setiap hari.
Sabda Rasulullah :
" Rasulullah s.a.w. bersabda: Tiada faedah yang paling baik diperolehseorang mukmin (suami yang beriman) selepas bertaqwa kepada Allah azzawa jalla selain isteri yang solehah. Apabila suami menyuruhnya, iamentaatinya. Jika suami memandangnya ia menggembirakan hati suaminya.Sekiranya suami bersumpah, ia memenuhi sumpah suaminya itu. Apabila iakeluar kerana bertugas atau berjuang, ia menjaga maruahnya dan maruahsuaminya serta menjaga harta benda suaminya dengan cara berjimat cermatmembelanjakannya. ''(Riwayat Ibnu Majah).
Bersambung............
NICEEEEEEEE
BalasPadamsatu ransangn yg baik.. shukran!
BalasPadam