Geng kawarek Menangis
>> Jumaat, 29 Januari 2010
Alhamdulillah bersyukur kepada Allah S.W.T kami geng kawerak telah bersidang, Leader kami nak turun dari jawatan..persekatan geng ini untuk melantik leader baru telah disepakati , ustaz ???? telah dilantik secara tak rasmi...pemergian leader berkarisma ini disebabkan oleh beberapa faktor yang tak dapat dielakkan, perasaan sedih dan pilu menyelebungi hati geng-geng kawarek, beliau banyak berbakti dalam menyalurkan tenaga demi melihat geng kawarek terus kekal.
Sejarah kawarek penuh dengan israiliat ( pertambahan cerita yang tak dapat diketahui asal pangkalnya ) .ana selaku ahli biasa ingin menceritakan sedikit sebanyak sejarah geng ini . semasa aku bujang2 dulu boleh kata tiap-tiap minggu masak sup kawarek, lepas masak pakat panggil sahabat-sahabat untuk menjamu selara, sambutan nya amat menggalak mana taknya makan free huhuhu....
Hari demi hari sup kawarek telah mendapat tempat dimata kawan-kawan mansurah sehingga ada yang tak pernah rasa tapi bila dah rasa mesti nak makan lagi..ehmm..sedap betul..selepas hampir 4 tahun, kawarek mula dikenali dikalangan kawan2 jadi terbentuklah geng kawarek.huhuhu.
Dari sudut harga sebatang kaki lembu le 10 dan boleh mencecah ke le 30 sebatang dan pula mudah didapati di jalan-jalan sekitar dirasat . Khasiat kawarek diantaranya mamberi tenaga dalaman (batin) kepada sesiapa sahaja yang memakannya dan ditambah pula dengan menggoreng ikan masin cap Malaysia, aduhh...sedap betull....!! kebiasaannya merebus kaki lembu @ kambing memekan masa 4 jam( paling cepat) @ lebih, kalau tidak liatlah jawabnya nak mengunyah . Makan sambil bersembang dengan sahabat2 boleh mengeratkan hubungan siraturrahim diantara kami ...sehinggalah ke hari ini geng kawarek makin ramai kerana mereka sudahpun mengetahui khasiat dan lazatnya kawarek..
1 ulasan:
ni unit khas DPMM ker? xder mklmn ni.. mmm...
Catat Ulasan