Kelebihan Muzakarah Berkelompok ( Usrah )
>> Rabu, 17 Mac 2010
Muzakarah berkelompok ( MB ) merupakan suatu mekanisma untuk setiap mahasiswa belajar teknik menguruskan sesuatu organisasi dalam kelompok yang kecil. Bermula di sinilah kita dilatih bercakap, mengenal perangai sahabat masing-masing dan bagaimana hendak menyesuaikannya, amanah dengan tanggungjawab yang diberikan dan pelbagai lagi kelebihan yang akan disebut sebentar lagi. Semenjak kebelakangan ini, peratus pelaksanaan MB semakin menurun dikalangan mahasiswa ugama . Sepatutnya golongan inilah yang lebih terkehadapan dalam melaksanakan MB kerana golongan ini merupakan warasatul- anbiya yang akan menjadi pemimpin apabila pulang ke tanah air kelak.
1 -MB bersifat mutawasil (berterusan). Nizhom tarbiyah yang bersifat sekali sekala atau terputus tidak akan dapat mencapai kesan yang diharapkan. Ciri ini akan membantu proses perkembangan dan penghayatan secara lebih berkesan.
2 -Mempunyai perancangan yang rapi. Sistem usrah yang bermanhaj dan mempunyai struktur organisasi yang tersendiri dalam kelompok yang kecil membolehkan ahli mempelajari teknik pengurusan yang betul
3 –Berlatih membina keyakinan diri. Melalui taklifan yang dipertanggungjawabkan dapat membentuk keperibadian menjadi pendakwah apabila pulang ke tanahair kelak.
4 -Berlatih berlapang dada apabila ditegur oleh sahabat.
5 -Dapat membina kekuatan ukhuwah . terdapat rukun-rukun MB yang perlu dilaksanakan.
6 -Mengiltizamkan ahli dengan akhlaq Al-Quran.
7 -Mendidik ahli berfikir dan bertindak selari dengan Al-Quran dan As-Sunnah.
8 -Melahirkan para ilmuan Islam agar dapat menyebarkan risalah Islam.
9 -Menjadikan Rasulullah s.a.w dan para sahabat sebagai ikutan dalam kehidupan seharian.
10 -Membentuk biah solehah dan menolak unsur – unsur negatif.
0 ulasan:
Catat Ulasan