Apa pentingnya Usrah ?

>> Ahad, 5 Disember 2010

"Usrah??"
"Boringlah.."
"Asyik2 usrah! tension aku.."

Itulah 'statement' sesetengah orang. Katanya, "alergi lah aku dengan usrah ni..". Sebagai seorang insan yang lemah, setinggi manapun ilmu kita, kita masih perlukan bantuan orang disekitar kita untuk menegur dan mengingatkan...Itulah manusia sentiasa terlupa dan bersifat saling bergantung antara satu sama lain.

Konsep usrah sebenarnya luas. Kita tidak sepatutnya memandang usrah sebagai satu cabang yang sempit, iaitu agama. Walau bagaimanapun, dalam Islam setiap sesuatu yang diperintahkan Allah adalah ibadah. Dan ibadah pula tidak terbatas pada solat, puasa, haji dan sebagainya. Pengajian dan diskusi pelajaran juga merupakan ibadah, selagi mana kita niatkan segala sesuatu kerana Allah.

Islam adalah agama yang sangat praktikal dan lengkap. Tidak menyusahkan malah memudahkan. Sebagai contoh, Syarikat HPA (Herba Penawar Al-Wahida), dalam usaha mengembangkan perniagaan, mereka menggunakan konsep usrah yang telah diajarkan Rasullullah beberapa ribu tahun yang lampau. Sebenarnya masyarakat Islam hari ini yang menyempitkan konsep usrah itu sendiri. Selagi mana sesuatu yang dilakukan tidak melanggar syariat Allah, maka usrah digalakkan.

Selagi usrah yang dibina berada di landasan Islam,(sebagaimana yang telah dianjurkan oleh Rasullullah), akan ada satu ruang dalam hati untuk sentiasa menangis kerana peringatan yang dikongsi bersama dan menangis kerana ikatan ukhwah yang terbina. Usrah ynag terbaik adalah sebuah usrah yang mana ahlinya punya ikatan kasih sayang yang kuat.

Kesimpulannya, usrah adalah saluran yang paling sesuai untuk menyalurkan rasa cinta kepada sahabat2. Dan ianya lebih baik darpada 'couple'.....

sumber : http://afiqahrazak-voyager.blogspot.com/2010/01/apa-pentingnya-usrah.html



Read more...

Selamat Pengantin Baru Adikku

>> Ahad, 7 November 2010

SEMOGA ANGAH BERBAHAGIA HINGGA KE AKHIRAT

KONTROL MACHO TU ANGAH !! HUHUHU..

Read more...

>> Ahad, 17 Oktober 2010





Rasulullah saw bersabda bahawasanya :
“Allah swt melaknat siapa saja yang melakukan perbuatan kaum Luth, Allah swt melaknat siapa saja yang melakukan perbuatan kaum Luth, Allah swt melaknat siapa saja yang melakukan perbuatan kaum Luth.”

Tidak ada (riwayat ) dari Baginda saw yang menyebutkan bahawa Baginda saw melaknat pelaku zina sebanyak tiga kali dalam satu hadith.


Antara aksi Adam Lambert


Adam Lambert adalah seorang artis yang secara terbuka, bukan sahaja mengaku sebagai gay dan pengamal homoseksual tetapi beliau turut mempamerkan aksi gayanya dengan seringkali mencium dan mengucup penari lelaki serta menggayakan tarian serta aksi lucah bersama kumpulannya.

Berita penuh : Konsert artis 'gay' : Pemuda PAS hantar memo bantah

Pemuda PAS hari ini menghantar memorandum bantahan terhadap Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (PUSPAL) kerana meluluskan konsert artis 'gay' Adam Lambert.

Menurut memorandum dua halaman yang ditandatangani oleh timbalan ketuanya Azman Shapawi Abd Rani itu, kerana ia bakal membawa "keruntuhan akhlak masyarakat", khasnya di kalngan anak muda.

"Adam Lambert adalah seorang artis yang secara terbuka, bukan sahaja mengaku sebagai gay dan pengamal homoseksual tetapi beliau turut mempamerkan aksi gaynya dengan seringkali mencium dan mengucup penari lelaki serta menggayakan tarian serta aksi lucah bersama kumpulannya," memorandum itu dipetik.

Konsert sulung Lamber berjudul 'Adam Lambert Glam Nation Tour Live in Malaysia 2010' dijadual berlangsung 14 Oktober (Khamis) di Stadium Putra Bukit Jalil.

Menurut Azman Shapawi seharusnya peka dengan perkembangan budaya songsang itu kerana di msyarakat Barat sendiri didakwa menolak artis pop Amerika Syarikat itu.

Beliau juga menyatakan kekesalannya kerana pada hari yang sama seorang artis 'nasyid' popular Sweeden Maher Zain mengadakan persembagan di Shah Alam tidak diberikan tempat.

"Fakta dan nasihat yang bagaimana lagi mahu diberikan kepada pihak kerajaan agar menginsafi bahawa program seperti inilah yang akhirnya merosakkan akhlak generasi kita sekali gus membawa budaya dan cara hidup yang bertentangan dengan fitrah?" soal Azman Shapawi.

Dalam memorandum itu, Pemuda PAS menggesa semua penganjuran konsert mematuhi garis panduan PUSPAL dan meminta agensi itu memberikan perhatian serius terhadap penerimaan artis luar negara.

Malaysiakini difahamkan memorandum yang ditujukan kepada Pengerusi PUSPAL Datuk Kamaruddin Siaraf itu diserahkan sendiri oleh Azman Shapawi di pejabat agensi bawah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan di Kuala Lumpur pagi tadi.

Lambert, 28, merupakan penyanyi pop, penulis lirik dan pelakon daripada California. Album bekas peserta American Idol itu For Your Entertainment pada 2009 terjual sebanyak 198,000 selepas seminggu berada dalam pasaran.

Sumber:http://www.malaysiakini.com/news/145002

Read more...

Berikut 20 fakta Israel yang belum banyak kita ketahui

>> Selasa, 5 Oktober 2010

Oleh: blalang

1. Selain bangsa yahudi, bangsa lain dilarang membeli atau menyewa tanah di Israel.

2. Setiap bangsa yahudi yang ada di setiap Negara di seluruh dunia menjadi warga negara Israel secara automatik. Sementara warga Palestin yang lahir di tanah negerinya sendiri sejak puluhan abad yang lalu diusir ke luar Palestin.

3. Penduduk Palestin yang menetap di kawasan Israel harus menggunakan kenderaan dengan cat dan warna khas untuk membezakan antara bangsa yahudi dan non yahudi.

4. Israel membahagikan 85% air bersih hanya untuk bangsa yahudi dan membahagikan 15% lebihannya untuk seluruh penduduk Palestin yang menetap di kawasan Israel. Secara realiti, Israel memberikan 85% air bersih hanya untuk 400 penduduk yahudi di Hebron, sementara 15% sisanya dibahagikan kepada 120 ribu penduduk Palestin di daerah itu.


5. Amerika terus memberikan bantuan ketenteraan kepada Israel sebanyak 1.8 billion US$ setiap tahun. Dan tahukah anda bahawa jumlah sebesar itu sama dengan sumbangan Amerika kepada seluruh Negara di benua Afrika.

6. Pemerintah Amerika telah menekan Kongres tentang pelanggaran Israel dalam penggunaan senjata yang mereka sumbangkan. Khasnya pada tahun 1978, 1979 dan tahun 1982 pada perang di Lebanon dan penggunaan senjata nuklear pada tahun 1981.

7. Sebelum berdirinya Israel pada tahun 1948, sudah memiliki industri pengembangan senjata nuklear.

8. Panglima Tinggi Perang Israel mengakui secara terang-terangan bahwa tentera Israel membunuh semua tahanan perang Palestina tanpa proses pengadilan.

9. Israel meletupkan tempat kediaman Diplomat Amerika dan menyerang kapal perang Amerika Liberty di perairan internasional pada tahun 1967. Walaupun serangan itu telah mengorbankan 33 tentera Amerika dan mencederakan 177 lainnya, tetapi Amerika sama sekali tidak melakukan tindakan apapun terhadap Israel. Hanya dengan alasan bahawa tentera Israel salah sasaran? Bayangkan kalau serangan itu dilakukan oleh Negara Islam?

10. Israel merupakan negara yang paling banyak mengabaikan resolusi PBB? Jumlah resolusi yang diabaikan oleh Israel telah 69 kali. Bayangkan seandainya satu Negara Islam mengabaikan 1 resolusi PBB, apa yang akan dilakukan oleh Amerika?

11. Sejak tahun 1988, semua industri dan pejabat di Israel hanya boleh menampalkan iklan jawatan kosong dengan perkataan: “kerja kosong hanya untuk bangsa yahudi”, “dicari seorang pekerja dengan syarat bangsa yahudi”.

12. Kementerian Luar Negeri Israel membayar 6 syarikat media Amerika untuk menunjukkan imej positif Israel kepada masyarakat Amerika dan Eropah.

13. Perdana Menteri Israel pertama David ben Gorion sepakat dengan langkah pengusiran secara paksa seluruh bangsa arab dari Israel.

14. Paderi besar di Israel Ofadya Yosef yang juga pengasas Parti Syas (parti terbesar ketiga di Israel) menyokong aksi tentera Israel untuk menghabiskan warga Palestin? Bahkan ia mengeluarkan fatwa radikal pada hari raya paskah (Israel) yang lalu dalam wawancaranya di sebuah jaringan radio terbesar di Israel:

“Tuhan akan membalas semua kejahatan warga arab, Tuhan akan menghancurkan keturunannya, menghabisinya dan menghancurkan tanahnya dan Tuhan akan membalas mereka dengan siksaan yang pedih. Kerena itu dilarang semua bangsa Yahudi untuk memberikan rasa kasih sayang kepada warga arab, dan wajib bagi setiap yahudi untuk menembak rifel dan senjatanya ke arah dada dan kepala setiap warga arab untuk menghabiskannya, kerena mereka itu makhluk yang jahat dan terkutuk”……

15. Pelarian Palestin adalah terbesar di dunia.

16. Penduduk Kristian Palestin bersatu dengan penduduk Islam Palestin untuk melawan penjajah yahudi?

17. Walaupun Israel terus mengganggu proses belajar dan mengajar dan merosakkan seluruh prasarana pendidikan penduduk Palestin, tetapi penduduk Palestin tetap menjadi negara terbesar di dunia yang penduduknya bergelar doktor. Apabila dilihat dari jumlah peratus penduduknya.

18. Israel terus melakukan berbagai usaha untuk menghancurkan Masjid Al Aqsa dan Qubah Shakhrah sejak 50 tahun yang lalu dengan menggali bawah tanah masjid tersebut agar runtuh dengan sendirinya.

19. Presiden Afrika Selatan Nelson Mandela pernah mengatakan bahawa Israel adalah negara rasis dan apartheid seperti keadaan Afrika Selatan sebelum dia memimpin?

20. Orang Yahudi berjalan bebas di kawasan Palestin tanpa rasa takut sedangkan orang Palestin diawasi dengan ketat oleh tentera Israel.


http://www.tranungkite.net/v10/modules.php?name=News&file=article&sid=8279

Read more...

Sandar perjuangan pada tarbiah, bukan semangat

>> Sabtu, 2 Oktober 2010

MARANG, 2 Okt: Lebih 5,000 peserta Ijtima' Tarbawi Dewan Pemuda PAS peringkat kebangsaan menerima suntikan semangat daripada Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam majlis perasmian malam tadi.

Abdul Hadi dalam ucapannya mengingatkan pemuda bahawa golongan mereka penting dalam perjuangan Islam.

"Islam meletakkan pemuda sebagai kumpulan yang penting dalam perjuangan sehingga Allah meletakkan satu surah yang khusus mengenai pemuda dalam al-Quran," kata Abdul Hadi.

Namun jelasnya, perjuangan pemuda haruslah ditunjangi tarbiah dan bukannya semangat semata-mata.

"Terdapat kumpulan yang menyambung perjuangan Rasulullah S.A.W. Perjuangan ini mempunyai ciri-ciri sebagaimana yang dilakukan oleh nabi-nabi dan rasul-rasul terdahulu.

"Oleh itu Allah meletakkan agenda tarbiah kepada perjuangan ini," katanya yang juga ahli Parlimen Marang.

Sementara itu, Naib Presiden, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam sidang media selepas majlis itu mengulangi penegasan Abdul Hadi mengenai kepentingan tarbiyah di kalangan pemuda.

"Kita lihat bagaimana Presiden telah meletakkan asas-asas utama yang perlu difahami dalam proses tarbiyah.

"Bukan sahaja kita bergerak kerja atas dasar semangat tetapi dengan bimbingan, panduan daripada wahyu Allah dalam al-Quran dan hadis," kata Tuan Ibrahim.

Menurutnya juga, di samping ilmu dan kesungguhan,tarbiyah merupakan elemen penting dalam parti untuk menghadapi tekanan politik di negara ini.

"Dalam menghadapi tekanan politik di Malaysia, tarbiyah merupakan elemen penting dan kita harapkan agar kepimpinan yang lahir selepas ini dapat menilai sesuatu berdasarkan nas dan asas-asas yang bersumberkan sirah Rasulullah S.A.W.," kata beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.

Beliau juga menyifatkan ijtima' ini sebagai tepat pada waktunya memandangkan PAS memerlukan jentera bagi menghadapi pilihan kecil di Dewan Undangan Negeri (Dun) Galas tidak lama lagi.

"Ijtima' ini diadakan sesuai pada waktunya walaupun sebenarnya ia dirancang awal, sebelum berlaku kematian lagi.

"Ini boleh dijadikan asas bagi menyusun gerak kerja untuk pilihan raya di Galas dan kita harap ia menjadi pemangkin semangat untuk pemuda menghantar jentera ke sana," katanya.


Tarbiah tarik minat bukan Islam sertai PAS



MARANG, 2 Okt: Pemuda dan pemudi PAS harus menjadi agen parti untuk menyanggah tanggapan sesetengah pihak bahawa PAS sebuah gerakan tanpa tarbiah, sebaliknya parti politik semata-mata.

Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa berkata, perkara yang membezakan pemuda PAS dengan orang lain ialah tarbiah yang menjadi salah satu sebab orang bukan Islam tertarik dengan parti ini sehingga wujudnya Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP).

"Hasil daripada tarbiah dalaman sehingga menghasilkan ahli yang istiqamah dengan perjuangan parti menyebabkan orang bukan Islam tertarik dengan PAS.

"Sebab itulah daripada kelab penyokong, kini parti mempunyai Dewan Himpunan Penyokong PAS yang menghimpunkan orang bukan Islam yang yakin dengan keikhlasan perjuangan kita," kata beliau ketika menyampaikan ulasan 'Pengukuhan PAS Melalui Tarbiah' di Ijtima' Tarbawi Dewan Pemuda di Masjid Rusila.

Sebelum itu, veteran PAS, Datuk Yahya Othman membentangkan kertas kerja pertama bertajuk 'PAS dan Tarbiah Islamiah'.

Kertas kerja itu menekankan tiga tonggak utama kekuatan pemuda iaitu iman, ilmu dan akhlak.

Nasharudin yang juga ahli Parlimen Bachok juga berkata, sebuah gerakan Islam di luar negara, Hamas turut mengagumi kejayaan PAS menarik orang bukan Islam untuk dekat dengan PAS.

"Sewaktu perjumpaan dengan gerakan-gerakan Islam di peringkat antarabangsa, pimpinan Hamas pernah memberitahu bahawa mereka akan belajar daripada PAS bagaimana untuk menarik orang bukan Islam," katanya.

Justeru pemuda dan pemudi, ujarnya perlu mengekalkan persepsi baik orang bukan Islam terhadap PAS.

"Orang bukan Islam memang meletakkan kepercayaan kepada PAS sehingga tidak takut untuk memberikan derma kepada parti kerana mereka yakin pemimpin PAS tidak menggunakan wang itu untuk kepentingan diri sebaliknya menggunakannya untuk kerja-kerja kebajikan," katanya.

Selain itu katanya, pemuda dan pemudi harus mementingkan ilmu pengetahuan agar perjuangan yang didokong tidak bertunjangkan semangat dan ikut-ikutan semata-mata.

Hari kedua ijtima' pagi tadi dimulakan dengan tafsir surah al-Hujurat oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.


http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=28866:tarbiah-tarik-minat-bukan-islam-sertai-pas&catid=1:utama&Itemid=50

Read more...

Kutub Sittah PMRAM siri ke II

>> Selasa, 28 September 2010

Read more...

>> Ahad, 19 September 2010




Bulan September permulaan kempen membaca peringkat PMRAM

Alhamdulillah, Segala puji bagi allah s.w.t tuhan pentadbir sekalian alam, selawat dan salam buat junjungan mulia nabi Muhammad s.a.w, ahli keluarga, sahabat-sahabat serta para pengikut baginda yang tidak jemu-jemu menyampaikan risalah islam ke seluruh dunia hingga ke hari kiamat.

Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah sekalian,

Bulan ramadhan yang merupakan bulan yang paling istimewa di sisi allah s.aw adalah anugerah yang sungguh berharga buat ummat nabi Muhammad s.a.w. Bulan yang terkenal dengan gandaan amalan yang berlipat kali ganda ini menjadi rebutan bagi mereka yang benar-benar mengimpikn syurga Allah s.w.t.

Bulan ini juga dihidangkan oleh allah s.w.t dengan pelbagai peristiwa sejarah ini sudah lebih daripada mencukupi untuk ditimba segala pengajaran dan kepada seluruh manusia dalam meneruskan kehidupan di dunia. Peristiwa Badar Kubra, Lailatul Qadar dan Nuzul al-Quran antara peristiwa bersejarah yang menghiasi keistimewaan bulan Ramadhan ini.

Tanggal 17 ramadhan umat islam seluruh pelusuk dunia mengenang kembali peristiwa penurunan al-quran yang menjadi perlembagaan utama bagi umat islam. Pelbagai bentuk pengisian diadakan sempena menyambut hari nuzul al-quran tersebut antaranya forum, ceramah, diskusi kitab dan sebagainya.

Semua itu bertujuan untuk mengembalikan semula kefahaman masyarakat terhadap peranan al-Quran itu sendiri dalam mengatur system kehidupan manusia. Peristiwa agung ini yang berlaku ke atas junjungan mulia nabi Muhammad s.a.w ketika mana baginda beruzlah di Gua Hira’ untuk bertaqarrub kepada Allah s.w.t ternyata menjadi faktor utama kebangkitan umat Islam pada hari ini untuk terus mempertahankan kesucian islam di atas muka bumi ini.

Sahabat-sahabat yang dikasihi sekalian,

Berdasarkan peristiwa nuzul al-quran itu dapat difahami bahawa ayat pertama yang diturunkan kepada nabi kita adalah ayat berkenaan kepentingan ilmu itu sendiri yang menjadikan membaca itu sebagai wasilah untuk mencapainya. Firman Allah s.w.t dalam surah al-Alaq ayat 1-5 :

Maksudnya ;

Bacalah (Wahai Muhammad) Dengan nama Tuhanmu Yang menciptakan (sekalian makhluk).Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku. Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah,.Yang mengajar manusia melalui Pena dan tulisan. Ia mengajarkan manusia apa Yang tidak diketahuinya.

Membaca merupakan satu agenda penting yang perlu disemai dan disemarakkan dalam setiap jiwa mahasiswa lebih-lebih lagi mahasiswa berstatus agama. Kebanyakkan mahasiswa kita pada hari ini lebih cenderung ke arah pembacaan yang berunsur picisan berbanding bacaan ilmiah. Inilah antara kelemahan yang perlu dikikis dari diri mahasiwa.

Purata pembacaan rakyat Malaysia adalah antara lapan hingga 12 buah buku setahun berbanding hanya dua buah buku kira-kira tiga tahun lalu seperti yang diberitahu oleh Menteri Penerangan, Kebudayaan dan Komunikasi, Datuk Seri Dr Rais Yatim ketika melancarkan Kempen Mari Membaca 1Malaysia, di Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) pada bulan Mac yang lalu.

Walaupun begitu nisbah pembacaan rakyat Malaysia masih lagi jauh ketnggalan berbanding dengan negara-negara maju yang lain seperti Jepun, Korea Selatan, Amerika Syarikat dan sebagainya.

Situasi ini juga hampir sama keadaan dengan mahsiswa Malaysia yang menuntut di Bumi Mesir ini. Kekurangan tenaga untuk memberi pengisian dalam program-program PMRAM pusat mahupun PMRAM Cawangan BKAN dan DPM semakin sukar untuk diperolehi walaupun bumi Mesir ini penuh dengan pelbagai jenis kitab-kitab, bahan bacaan ilmiah dan sebagainya yang agak sukar untuk ditemui di tempat lain.

Inilah bukti mahasiswa kita pada hari kurang membaca dan lebih suka untuk menerima tanpa ada semangat untuk memperlengkapkan diri dengan ilmu-ilmu yang berbentuk pengkajian yang boleh dikongsi dengan orang lain.

Masalah tersebut pastinya membimbangkan semua pihak lebih-lebih lagi PMRAM yang merupakan persatuan induk yang menaungi hampir keseluruhan mahasiswa-mahasiswi yang menuntut di Mesir ini.

Tugas untuk mengembalikan semula keizzahan dan kredibiliti mahasiswa islam dari sudut penguasaan ilmu hari ini perlu dipikul oleh semua pihak.

Oleh yang demikian, bertepatan dengan peristiwa nuzul al-quran pada tahun ini PMRAM secara rasminya mengisytiharkan bulan September ini sebagai bulan permulaan kepada kempen membaca PMRAM sesi kepimpinan 2010.

PMRAM Pusat mengharapkan agar seluruh PMRAM Cawangan BKAN dan DPM mengembeleng tenaga untuk memastikan kempen membaca ini dilaksanakan dengan jayanya diseluruh peringkat dan mengisi kempen tersebut dengan program-program yang menjurus ke arah itu.

Mudah-mudahan Nuzul al-Quran itu benar-benar memberi inspirasi buat seluruh umat islam untuk terus bangkit dan memperkuatkan penguasaan ilmu dipelbagai bidang dengan menjadikan membaca itu sebagai satu jalan untuk mencapainya.

“ BANGSA MEMBACA BANGSA BERJAYA “

“KEMANTAPAN FIKRAH MEMBINA SYAKSIAH “

ABDUL AZIZ BIN ALI
KETUA BADAN PENDIDIKAN DAN KOMUNIKASI BAHASA
PMRAM 2010

Read more...

Program RIANG RIA AIDILFITRI

>> Rabu, 15 September 2010

diantara acara yang dilaksanakan

Bergambar dengan pelajar-pelajar perubatan

Diorang ni ambik berkat dengan pakdam lah tu..huhuhu

Us kadir sebelah kiri ana ni pemenang pertandingan lelaki tampan ..ana boleh tumpang bergambar je lah..hu3

Ni member-member yang tengah menjamu makanan..sambil-sambil tu depa dok cover macho nak ambik gambar

Pelajar-pelajar perubatan turut serta memeriah kan program RIANG RIA AIDIL FITRI

Ni ketua unit dakwah DPMM yang baru sesi 2010-2011.apa macam hensem tak ?..kosong lagi..hehe..jangan marah us..alif kempen sikit..

Miqdad pun jadi DJ gak tolong us amirul.......

Bergambar dengan Pengarah Program us helmi yang dok hujung sekali tu..

Kat belakang ni lemang mesir..tapi kami dok tunggu-tunggu tak masak jugak..pelik gak

Us amin taufik..Hos program kami

Di antara adhoc pelaksana program

Miqdad bergaya dengan baju raya

Read more...

Perangai Ahli BN

>> Sabtu, 11 September 2010




Macam mana muslimat kita dah sedia ker untuk ini semua ..ini baru kena halau belum kena tumbuk lagi..biasalah cabaran nak sebarkan dakwah kan..teruskan perjuangan sehingga titisan darah terakhir..Shahid matlamat kita

Read more...

JOM KITA PERGI PROGRAM !!

>> Isnin, 6 September 2010

"KEMANTAPAN FIKRAH MEMBINA SYAKHSIAH"

Read more...

Pesanan Buat Suami

>> Sabtu, 4 September 2010




Read more...

Memohon Sumbangan Majlis Riang Ria Hari Raya DPMM 2010/2011



Assalamualaikum W.B.T.H.


Salam Lailatul qadar,

Unit Kebudayaan Keseniaan & Sukan DPMM 2010/2011 akan menganjurkan MAJLIS RIANG RIA HARI RAYA sempena syawal 1431H. Majlis akan berlansung pada hari raya ke dua.

Berikutan daripada itu pihak penganjur memohon sumbangan daripada semua yang bermurah hati bagi menjayakan majlis tersebut.

Sumbangan anda boleh disalurkan melalui :-

1- Ustaz Mohd Yasir Bin Mohd Razi - 0107924143 @ untuk Malaysia boleh hantar terus ke ( akaun HSBC : 304 873326 025 )

2- Ustazh Norhasyima Abdul Fattah- 0117084665


Jom pakat-pakat merebut peluang membuat amalan di akhir-akhir bulan ramadhan yang mulia ini.!! jangan biarkan bulan ramadhan ini berlalu tanpa menggandakan amalan kita .


Dari Ibnu Abbas radhiAllahu ‘anhu katanya:

“Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam adalah seorang yang paling dermawan, dan sifat dermawannya itu lebih menonjol pada bulan Ramadhan yakni ketika ditemui Jibril. Biasanya Jibril menemuinya pada setiap malam bulan Ramadhan, dibawanya mempelajari al-Quran. Maka Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam lebih murah hati melakukan kebaikan dari angin yang bertiup.”
(HR Bukhari)

Read more...

Ustaz kazim cara memujuk suami @ isteri

>> Sabtu, 21 Ogos 2010



Read more...

Bergembiralah wahai wanita !

Read more...

MAS rugi RM8 bilion, siapa lindungi Tajuddin

>> Isnin, 16 Ogos 2010

Bekas Pengerusi Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS), Tan Sri Tajuddin Ramli





Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub mempersoal pihak yang melindungi bekas Pengerusi Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS), Tan Sri Tajuddin Ramli menyebabkannya bebas daripada pendakwaan yang mengakibatkan kerugian syarikat itu sebanyak RM8 bilion.

Read more...

3 juta rakyat Malaysia sakit mental, bunuh diri, keluarga

Oleh: rozmal

"Hampir 3 juta rakyat Malaysia mengalami masalah mental. Semalam negara dikejutkan dengan pembunuhan kejam isteri oleh suami di Perak. Hari ini pula kes suami menyimbah asid kepada isteri, dua anaknya dan mertua. Dan satu kes lagi di Kuala Lumpur , suami disyakki menjerut mati isteri dan melarikan berusia 6 bulan. Ini baru yang dilaporkan, entah berapa banyak lagi tidak dilaporkan.

Kes pembunuhan kejam dan menyedihkan 4 sekeluarga di Gemencheh , Negeri Sembilan masih dalam proses perbicaraan.

Saya telah menulis sebelum ini betapa kritikalnya penyakit mental di Malaysia ini, tapi tidak banyak pihak yang ambil peduli pada pautan berikut http://waghih.blogspot.com/2010/04/makin-ramai-orang-remaja-1malaysia.html


Kita mempunyai 3 juta rakyat di Malaysia ini seperti bom jangka atau seperti mereka yang dipasang bom pada badan mereka menunggu mangsa untuk diletupkan bersama.


Kajian pakar tahun 2007 menyatakan gejala bunuh diri dijangka menjadi faktor kedua tertinggi menyumbang kepada jumlah bilangan kematian di negara ini selepas penyakit kardiovaskular dalam tempoh 10 tahun akan datang di Malaysia ini.


Sebanyak 3 juta daripada 26 juta penduduk termasuk kanak-kanak di negara ini disahkan menghidap masalah gangguan mental atau emosi


Dalam negara ini mengikut statistik, purata 6 orang bunuh diri setiap hari , 2500 orang setiap tahun dan 50,000 kes cuba bunuh diri setiap tahun.


APAKAH KITA SUDAH MERDEKA DARI GEJALA MASALAH MENTAL ?

APAKAH KITA SUDAH MERDEKA DARI GEJALA BUNUH DIRI ?

APAKAH KITA SUDAH MERDEKA DARI GEJALA SOSIAL , BUANG BAYI , BERZINA , BERJUDI DAN SEBAGAINYA ?

Sumber : http://www.tranungkite.net/v10/modules.php?name=News&file=article&sid=7134

Read more...

Menara jam tertinggi di dunia di Mekah

"RIYADH, Pembangunan bandar suci Mekah telah mendirikan sebuah hotel mewah yang akan menjadi bangunan tertinggi kedua di dunia. Bangunan tersebut mempuyai sebuah menara jam tertinggi dan terbesar di dunia.

Menara jam raksasa tersebut yang diberi nama Mecca Royal Clock Tower telah direka oleh syarikat dari Jerman merupakan jam raksasa yang 6 kali lebih besar jam Big Ben di London.Menara jam tersebut mempunyai ketinggian 577 Meter yang mempunyai 4 pandangan sisi.

Bangunan hotel yang terletak jam tertinggi di dunia ini sedang dibina tersebut mempunyai ketinggian 622 meter dan puncak menara tersebut dibuat dari logam berbentuk bulan sabit setinggi 155 meter.

Jika kedua bahagian itu digabungkan, maka hotel yang dibangun di kota Mekah itu hanya 11 meter lebih pendek dari Burj Khalifa, bangunan paling tinggi di dunia yang puncaknya yang mempunyai ketinggian 828 meter.

Jam besar Jam Diraja Mekah itu dapat dilihat dari jarak 17 kilometer pada malam hari dan 11-12 kilometer di siang hari.Jam tertinggi di dunia ini telah mula berdetik pada 1 Ramadhan, 11 Ogos 2010 yang lalu untuk ujian oleh kerajaan Saudi.

Berikut adalah gambar jam tertinggi di dunia ini dan hotel tersebut dari pelbagai pandangan sudut dari Kota Suci Mekah.




Sumber : http://www.tranungkite.net/v10/modules.php?name=News&file=article&sid=7133

Ulasan : Bukan nak tolak kemodenan dan pembangunan tapi risau dan bimbangkan lepas ni umat islam yang nak pergi menunaikan haji niat nya nak tengok bangunan ke - 2 tertinggi di dunia dan banyak yang nak bergambar . maka haji mabrur yang kita harapkan takut-takut jadi haji marboro lah pulak..na'uzubillah.


Apa-apa pun pesan ana pada diri sendiri dan kawan-kawan betulkan niat untuk tunaikan haji, kerana ibadah haji merupakan rukun islam dan ianya diwajibkan sekali seumur hidup kita maka peluang ini hanya datang sekali sahaja bagi mereka yang kurang berkemampuan dengan puluhan ribu ringgit yang kita belanjakan oleh itu jangan sampai kita dihanyutkan dengan perkara-perkara matearial sehingga merosakkan ibadah haji kita.

Jangan kita lupa kan Jabal Uhud, jangan kita lupakan Gua Hira, jangan kita lupakan Sofa dan Marwa dan tempat-tempat bersejarah yang mampu meningkatkan iman kita.

3 perkara yang paling ditakuti oleh musuh islam :

1-Solat jumaat .
2-Ibadah haji di Mekah .
3-Universiti Al-Azhar .

Mereka (musuh-musuh islam ) akan menyerang ketiga-tiga eleman ini bukan dengan meruntuh kan bangunan nya tetapi mengubah fungsi dan sistem dalamannya tanpa kita sedari .kita lihat sahaja di Malaysia kita solat jumaat dijadikan tempat untuk tidur bagi sebahagian jemaah yang hadir kerana kurang berkhualiti isi khutbahnya dan bagi kanak-kanak pula dijadikan tempat bermain-main sehingga kita tidak dapat merasai kemanisan khutbat dan solat jumaat.

Read more...

Alhamdulillah Lulus

>> Ahad, 15 Ogos 2010


Alhamdulillah Lulus juga ana naik tahun 4. tanggal 15/8/2010 keputusan peperiksaan tahun 3 di tampal di cermin tingkap kuliah Usuluddin.berdebar-berdebar menanti keputusan peperiksaan.setelah beberapa minit menanti baru lah kelihatan dan Alhamdulillah keputusan peperiksaan ku lulus dan melayakkan ana ke tahun 4.

Semua ini adalah pertolongan dari Allah dan berkat doa ibu dan abak serta mama dan abah,isteri tercinta,sahabat-sahabat dan guru-guru ku.Semoga keberadaan ku di tahun 4 ini menjadikan ana lebih bersemangat dan bersungguh-sungguh untuk belajar.

Doakan kejayaan ana untuk tahun ini pula.semoga mendapat ilmu yang berkat dan manfaat untuk diri sendiri seterusnya kepada semua umat manusia di dunia dan akhirat..

Ana juga mengucapkan Alfun mabruk kepada 2 orang sahabat ku Al-fadhil us adham dan us asri..

Read more...

Mansuh ISA: 4 tarik balik pengakuan bersalah

>> Rabu, 11 Ogos 2010



Read more...

MB terharu terima memo royalti pelajar Mesir

KOTA BHARU, 11 Ogos: “Saya amat terharu kerana pelajar di Mesir menganggap mereka semua sebagai anak saya dan saya yakin mereka berada di sana menuntut ilmu sebaik mungkin dan pulang berbakti kepada negeri Kelantan,” ujar Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Beliau menyatakan demikian selepas menerima memorandum tuntutan royalti minyak daripada 20 wakil pelajar Kesatuan Pelajar Kelantan di Mesir (KPKM), semalam.

Tuan Guru yang juga Mursyidul Am PAS berharap kefahaman terhadap isu politik semasa negeri ini dapat diikuti oleh pelajar di Mesir dan yakin mereka sudah dapat membuat keputusan sendiri akan corak politik di negara ini.

(Gambar: Tuan Guru Nik Abdul Aziz meneliti kandungan memorandum tuntutan royalti daripada wakil KPKM.)

Menurut Penasihat KPKM, Muhammad Ab Malik Ab Karim, penyerahan memorandum tersebut adalah bagi menzahirkan sokongan anak-anak Kelantan yang berada di Mesir terhadap tindakan kerajaan negeri yang menuntut hak royalti hasil petroleum dari kerajaan pusat.

KPKM juga telah menubuhkan sebuah Jawatankuasa bagi mendapat sokongan dan telah membuat penerangan terhadap hak Kelantan dalam isu itu dan ia diketuai oleh Yang Dipertua KPKM, Muhamad Najid Abdullah.

“Di antara aktiviti yang dilancarkan di sana ialah mendapat tandatangan anak Kelantan dan memberi penerangan perkembangan semasa tuntutan royalti di Kelantan,” ujar beliau.

KPKM juga melahirkan rasa bangga di atas penubuhan sebuah gabungan NGO yang dikenali Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Rakyat (Gegar) yang begitu prihatin dan bersungguh-sungguh memainkan peranan membangkitkan sensitiviti rakyat Kelantan dalam menjayakan usaha murni tersebut.

Muhammad Ab Malik juga berharap seluruh rakyat Kelantan bersatu tenaga dan saling bersefahaman dalam isu itu tanpa mengira fahaman politik dan mengambil kira sebagai tanggungjawab sebagai anak negeri.

Sementara itu, Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, tindakan KPKM itu menggambarkan kecaknaan mereka walaupun berada jauh dari Kelantan tetapi amat peka isu semasa di negeri ini.

Sumber : http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=28072:mb-terharu-terima-memo-royalti-pelajar-mesir&catid=1:utama&Itemid=50

Read more...

Indonesia sekat akses empat juta laman porno

JAKARTA: Kerajaan Indonesia mengumumkan akan menyekat capaian kepada empat juta laman lucah di internet selepas menerima desakan masyarakat secara berterusan berhubung perkara itu, khususnya dalam usaha melindungi golongan remaja daripada bahaya pengaruh pornografi.

Sekatan capaian itu meliputi semua laman yang mengandungi bahan pornografi seperti capaian persenggamaan normal mahupun yang di luar tabie, aksi bogel, penampilan visual alat kelamin dan simbol pornografi.

Menteri Komunikasi dan Penerangan Tifatul Sembiring berkata langkah itu yang diambil bersempena Ramadan, adalah selaras dengan kehendak undang-undang antipornografi Indonesia yang diluluskan 30 Oktober 2008.

Pada masa ini sekitar 90 peratus laman porno disekat caopaianya, kami akan
melakukannya bertahap-tahap sehingga semuanya disekat, katanya pada sidang media di Jakarta, Selasa. BERNAM

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Indonesiasekataksesempatjutalamanporno/Article

Read more...

SETIA SEORANG ISTERI

>> Selasa, 10 Ogos 2010





Read more...

Ramadhan bulan tarbiah, jihad

>> Isnin, 9 Ogos 2010


KUALA LUMPUR, 9 Ogos: Ramadhan adalah bulan tarbiah dan jihad bagi pejuang-pejuang Islam, kata Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar).


Justeru, katanya kedatangan Ramadhan adalah proses untuk menundukkan hawa nafsu yang sentiasa bergelodak dalam jiwa untuk mengabadikan jihad dan perjuangan.

“Andainya hawa nafsu boleh ditundukkan dengan jalan lain (bukan berpuasa) nescaya Allah akan mewajibkannya.

“Namun bilamana Allah mewajibkan puasa kepada umat dahulu dan sekarang, bermakna hawa nafsu hanya dapat dikawal melalui ibadat puasa,” ujarnya dalam perutusan sempena Ramadhan 1431H.

Katanya, sejarah jatuh bangun umat dahulu memperlihatkan betapa banyaknya tekanan musuh dan serangan yang dilakukan dalam bulan Ramadhan kerana musuh menganggap umat Islam akan lemah kerana berpuasa.

“Lihatlah di zaman kita serangan ke atas Iraq, Afghanistan, Bosnia dan lainnya banyak dimulakan dalam bulan Ramadhan.

“Bahkan kalau kita buka lipatan sejarah lampau, sejak zaman Rasulullah hingga zaman tabieen, serangan musuh banyak tertumpu dalam bulan Ramadhan,” katanya yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.

Kerana itu, katanya Ramadhan janganlah dijadikan alasan untuk mengabaikan jihad; kerana tarbiah Ramdhan adalah tarbiyah langsung dari Allah, sehingga Allah menyatakan dalam hadis Qudsi yang bermaksud: Puasa kamu untuk Ku, maka Akulah yang akan memberi balasannya.

“Alhamdulillah, Ramadhan datang lagi dengan penuh rahmat dan keberkatan. Marilah kita panjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dipanjangkan umur sehingga kita bertemu semula Ramadhan,” ujarnya.

Katanya, Rasulullah s.a.w. sering kali berdoa yang bermaksudnya: Ya Allah, berkatilah kami dalam bulan Syaaban, dan (panjangkan umur kami) sehingga bertemu dengan Ramadhan.

“Betapa besarnya rahmat Ilahi bilamana kita dipanjangkan umur sehingga bertemu dengan Ramadhan kerana sabda Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: Antara Ramadhan ke Ramadhan adalah pengampunan Allah.

Maksudnya, jelasnya sesiapa yang dipanjangkan umur sehingga dapat bertemu dengan Ramadhan, maka Allah akan mengampuni dosa-dosanya yakni dosa kecil.

“Panjang umur bukan kerja kita, ia benar-benar hak mutlak Allah; lantaran itu marilah kita mensyukurinya.

“Saya mengambil kesempatan menyeru kepada semua pendokong parti agar menjadikan Ramadhan ini sebagai bulan menambahkan amalan seharian, hidupkan tadarus al-Quran di kalangan ahli usrah,” ujarnya lagi.

Beliau juga menyeru supaya dihidupkan majlis berbuka, tarawih dan tazkirah di mana-mana ruang yang ada dan ambillah kesempatan menderma terutamanya memberi makan kepada orang yang berpuasa.

Ini, katanya kerana Rasulullah bersabda yang bermaksud: Sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berpuasa iaitu menyediakan makanan berbuka puasa, maka dia memperolehi pahala sebagaimana orang yang berpuasa, dan tidak kurang sedikitpun pahala puasanya.

Namun, beliau mengingatkan orang yang berpuasa supaya hendaklah memendekkan masa di bazar-bazar Ramadhan, dan jangan membeli juadah untuk berbuka dari tangan-tangan yang fasiq, tangan yang tidak mengerjakan sembahyang, dan tangan yang tidak takutkan Allah.

“Peliharalah setiap suap makanan kerana ia menjadi darah daging, dan darinya menjadi air mani yang melahirkan zuriat kamu.


Kutiplah mutiara keberkatan Ramadhan pada siangnya dan hidupkanlah ibadahmu pada malamnya, kerana persoalan utama bukan Ramadhan yang penuh keberkatan dan rahmat, tetapi apakah kita memperolehi keberkatan dan rahmat itu,” katanya.

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=28045:ramadhan-bulan-tarbiah-jihad&catid=1:utama&Itemid=50

Read more...

Perlancaran WARTA di KEKAL 10'

Warta edisi Ogos menampilkan wawancara 4 presiden


Bismillah ar-Rahman ar-Rahim...
Tahniah diucapkan kepada ahli jawatankuasa WARTA di atas perlancaran WARTA PMRAM di Karnival Kenangan 80 Tahun PMRAM (KEKAL 10') pada 2 Ogos baru-baru ini.Ianya merupakan lidah rasmi PMRAM dan antara medium terpenting dalam penyampaian maklumat kepada ahli.Warta telah wujud sejak tahun 1962 sehingga kini.Suatu pembaharuan yang dilakukan pada sesi ini dapat dilihat dari sudut designe nya yang menarik selain dari beberapa pembaharuan dari sudut subtopik nya.Semoga WARTA terus unggul dalam meneruskan survival PMRAM di Perlembahan Nil ini.Tahniah sekali lagi...


Mari lah sama-sama kita membeli dan membaca WARTA edisi baru bersama-sama
wawancara 4 presiden !!

Saksikan video promo WARTA



Read more...

Kahwin muda, Zina, malu kat orang Hindu


Analisis Isu Oleh: rozmal

"Saya pelik kenapa masih ramai pihak duk hentam Ketua Menteri Melaka isu kahwin muda dan sekolah khas untuk pelajar terlanjur mengandung. Ya , Hukum Hudud wajib dilaksanakan. Mereka yang ada kuasa, tak laksanakan tanggung sendiri di akhirat. Tapi sekarang apa nak buat ? Berilah pandangan yang praktikal. Tak malu ke dengan keluarga-keluarga Hindu yang hidup miskin di Negeri Sembilan ini kisahnya di SINI


Keluarga Hindu ini walaupun hidup miskin dan daif, mereka tidak buang anak, buang bayi, buang isteri.


Saya ingin mencadangkan bantuan kahwin pasangan muda ini bukan hanya diberikan kepada pasangan Islam, ianya patut diberikan kepada semua agama.


***********************

Mingguan Malaysia 8 Ogos 2010


Kahwin muda atau berzina?


MINGGUAN: Bagaimana timbulnya cadangan mewujudkan sekolah hamil dan membenarkan perkahwinan bawah umur?


MOHD. ALI: Di Melaka kita telah menganjurkan dua seminar sosial iaitu bagi peringkat negeri dan kebangsaan. Di dalam kedua-dua seminar itu para peserta menyatakan kebimbangan yang amat sangat tentang gejala sosial termasuk kes buang bayi, hamil luar nikah, rogol dan sebagainya. Lebih menyedihkan kebanyakan kes melibatkan orang Islam.


Lalu diakhir seminar itu disarankan supaya diadakan pelbagai program untuk mengatasi gejala sosial termasuk mengadakan ceramah motivasi dan seminar pendidikan. Paling mustahak sekali jalan penyelesaian yang dicadangkan adalah balik kepada ajaran agama. Kita dah cuba banyak bidang tetapi sehingga hari ini statistik kes-kes tersebut bukannya menurun sebaliknya makin meningkat.


Di Melaka kita perkenalkan program Rumahku Syurgaku, kita beri pegawai tambahan, kita adakan ceramah tambahan di semua peringkat, tapi jumlah kes sosial semakin meningkat malah perceraian pun makin meningkat. Ini bermakna pendekatan yang lepas kurang berkesan. Apa yang kita lihat anak-anak muda banyak terlibat dalam kes buang bayi, hampir setiap bulan ada kes tersebut tidak kira di Melaka atau pun negeri-negeri lain. Semuanya berlaku.


Kita lihat kes buang bayi di negeri Melaka. Pada 2001 ada satu kes, tahun ini pula tiga kes buang bayi. Bagi kes bayi lahir luar nikah pula pada 2009 ada 391 kes dan untuk tempoh enam bulan pertama tahun ini sebanyak 174 kes dicatatkan. Ini amat merunsingkan. Bagi tahun lepas kes lahir bawah umur 16 tahun adalah sebanyak 33 orang, manakala 114 kes pula (17-20 tahun), 123 kes (21-24 tahun), 57 kes (25-30 tahun), 3 kes (31-40 tahun) dan satu kes (41 tahun ke atas).


Maknanya hampir 78 peratus yang terlibat dalam kes hamil luar nikah adalah remaja bawah umur 24 tahun.


Jadi apa punca yang sebenar?


MOHD. ALI: Saya melihat isu yang sebenar adalah budak-budak muda ini hendak berkahwin tapi tidak dibenarkan, jadi mereka berzina. Bila berzina mereka takut ibu bapa marah, takut kena halau maka untuk elak itu semua jadilah kes buang bayi.


Mengapa kita biarkan mereka berzina? Bukankah elok kita bagi mereka kahwin pasal itu yang mereka hendak. Kita tak bagi kahwin sebab mereka muda, kerja pun tak ada, ada yang masih bersekolah. Jadi saya berpendapat cadangan seminar adalah berbalik kepada agama, jadi apakah yang terbaik selain mengahwinkan mereka? Kalau kita tak mengahwinkan mereka, mereka akan bersekedudukan, ada hubungan seks sehingga mendapat anak luar nikah.


Sedangkan walaupun mereka bawah umur 16 tahun, tetapi sudah akil baligh dan tidak dapat menahan nafsu.

Sama ada ibu bapa tahan, ustaz tahan, Ketua Menteri tahan mereka tidak peduli, mereka nak kahwin juga. Jadi daripada buat maksiat bukankah lebih baik mereka dikahwinkan.


Persoalannya sekarang, mengahwinkan pasangan muda selesai timbul pula masalah lain, mereka tidak bekerja dan masih bersekolah, apa masa depan mereka?


MOHD. ALI: Lepas dikahwinkan kerajaan negeri akan bimbing mereka. Ada yang bertanya bagaimanapun pula kalau mereka dah kahwin sedangkan mereka budak sekolah, siapa nak tanggung.

Bagi saya benda itu semua tidak sepatutnya timbul. Daripada ibu bapa tanggung malu, nak kena jaga anak luar nikah lagi baik jaga cucu yang halal kerana anak mereka sudah berkahwin. Cumanya ada ibu bapa yang miskin, ada juga remaja daripada keluarga bermasalah maka kerajaan negeri dan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) untuk membiayai perkahwinan mereka dengan perbelanjaan RM500 majlis yang cukup untuk upah nikah, saksi dan sebagainya. Mas kahwin boleh hutang.


Selepas menjadi suami isteri kalau ibu bapa tidak mahu jaga, kerajaan negeri akan ambil tanggungjawab untuk jaga pasangan yang halal bernikah ini. Saya percaya daripada jaga pasangan yang berzina elok kita jaga pasangan halal bernikah. Kalau mereka masih bersekolah, biarkan mereka terus pergi sekolah, tetapi rupa-rupanya budak sekolah salah, mengandung kena berhenti.


Maka saya cadangkan tubuh sekolah untuk remaja hamil bernikah. Timbul pula persoalan siapa nak tubuhkan sekolah itu. Kita bersetuju JAIM akan tubuhkan sekolah seumpama itu supaya pasangan remaja yang bernikah, kemudian mengandung dapat meneruskan persekolahan mereka di situ. Mereka akan diajar dengan mata pelajaran agama, dididik bagaimana mahu menjadi ibu bapa yang bertanggungjawab dan juga perancang keluarga.


Selepas bersalin, kalau ibu bapa remaja masih tak mahu jaga anak dan cucu mereka, maka kerajaan negeri akan jaga. Lebih daripada itu, kita akan usaha mencari keluarga angkat untuk bayi yang dilahirkan oleh gadis remaja ini. Saya percaya ramai yang nak jadi keluarga angkat kepada bayi yang dilahirkan menerusi pernikahan yang halal. Kalau keluarga nak jaga lagi kami alu-alukan. Bukankah menjaga yang halal lebih mudah daripada menjaga yang haram. Kerajaan negeri dapat pahala, saya dapat pahala, tak ada orang kata anak luar nikah.


Mereka juga akan diajar perancang keluarga, oleh itu mereka tahu sama ada nak tambah anak lagi atau nak tangguh dulu supaya dapat meneruskan persekolahan. Kalau belum kahwin nak ajar perancang keluarga seperti dalam pendidikan seks mana boleh, dia orang nak buat apa, dia orang belum kahwin belum nikah tapi kalau dah kahwin apa nak ajar pun boleh.


Datuk Seri tidak nampak sebarang masalah untuk laksanakan semua ini?


MOHD. ALI: Bagi saya memang tidak ada masalah, sebab itu bila kita bawa perkara ini kepada MAIM, semua ahli majlis setuju. Bulan lepas saya jumpa dengan kumpulan amil, di Melaka ada 180 masjid lebih kurang 500 amil datang. Saya terangkan dan mereka bersetuju bahkan ada yang mengemukakan pelbagai cadangan untuk menjaga budak-budak ini dan sekelip mata jawatankuasa yang berkenaan ditubuhkan dan menggerakkan kerja masing-masing.


Perkara ini mendapat perhatian dunia. Reuters pun telefon, saya terangkan antara zina dan kahwin halal, walaupun masih bersekolah saya pilih yang halal. Mereka bawah umur kita ikut undang-undang minta kebenaran mahkamah syariah, bukan kita langgar undang-undang.


Seminar sosial menyarankan supaya kita kembali kepada ajaran agama.

Sekarang ini saya ikut ajaran agama tapi ada pula yang kata takut sebab budak-budak belum faham tanggungjawab. Kalau pasal kahwin pun dah faham takkan pula tanggungjawab mereka tidak mahu faham. Dan inilah masanya kita beri mereka tanggungjawab. Ibu saya dulu kahwin umur 14 tahun,


ada pula orang kata itu zaman dulu, tapi zaman dulu tak ada video lucah, zaman sekarang video lucah berselerak, patut sekarang umur 8 tahun sudah kena kahwin sebab ‘semangat’ budak-budak sekarang tinggi. Pancaroba lebih kuat daripada dulu. Saya akui jalan terbaik kita kena balik kepada agama walaupun syarat untuk berkahwin belum beberapa cukup, tapi antara zina dengan anak lahir luar nikah, lebih baik kahwin dan lahirkan anak yang sah taraf.


Bagaimana Datuk Seri melihat kesan jangka panjang?


MOHD. ALI: Dalam hal ini kerajaan negeri melaksanakan program sampingan untuk memastikan kesan jangka panjang yang positif. Kerajaan negeri mahu bertanggungjawab sepenuhnya dalam membendung gejala sosial. Kita fikirkan program keluarga angkat kerana yakin anak-anak halal berebut orang nak jaga. Anak luar nikah pun ramai orang nak jadikan anak angkat inikan pula anak yang halal. Apatah lagi jika matlamat menjadikan anak-anak ini anak angkat supaya remaja yang berkahwin muda dapat meneruskan persekolahan. Mengapa nak bagi pandangan negatif, jangan takut untuk jadi positif dan banyak masalah boleh selesai. Kita terlalu terikat dengan itu tak boleh, ini tak boleh dan pada masa yang sama orang beranak luar nikah semakin bertambah.


Sebelum ini kita kata kena didik ibu bapa untuk kurangkan gejala sosial tapi sudah puas ibu bapa dididik menerusi seminar, ceramah agama, program Rumahku Syurgaku tapi anak luar nikah makin banyak. Ada pula yang kata sebab banyak pub sana-sini, ada kerajaan negeri pub pun tak ada tapi anak luar nikah banyak juga. Maka saya yakin jawapannya adalah mengetahui apa sebenarnya kemahuan mereka. Oleh itu kalau ada anak kata ‘Alah mak kahwinkan aku’ maka ibu bapa kena positif fikiran, kalau anak nak kahwin janganlah risau hati. Ibu bapa patut bersyukur dapat cucu lebih awal, jabatan agama nak tolong anak-anak mereka daripada buat maksiat atau lari daripada rumah buat kerja tak senonoh, akhirnya berzina dan melakukan hubungan seks dengan macam-macam orang dan akhirnya lahirkan anak luar nikah, kemudian buang bayi yang tidak berdosa itu.


Datuk Seri tidak percaya pendidikan seks mampu kurangkan kes buang bayi dan hamil luar nikah?


MOHD. ALI :Pendidikan seks tidak akan membantu sama sekali dan tidak perlu pun mata pelajaran tersebut diajar di sekolah. Saya juga melihat tidak ada sebab pun mengapa kita nak ajar dia orang pendidikan seks malah kadang-kadang itu pun punca berlakunya seks bebas. Nak ajar buat apa mereka belum belum kahwin, maka pendidikan seks tak patut diajar disekolah. Nak ajar jaga kesihatan, mata pelajaran kesihatan dah ada, mata pelajaran agama ajar cara mandi junub dan macam-macam lagi maka mata pelajaran pendidikan seks Barat yang menawarkan salah satu bahagian penting bagaimana mencegah hamil adalah sesuatu yang tak patut diajar kepada orang yang belum kahwin.

Saya juga berpendapatan ia akan menggalakkan lagi seks luar nikah sebab itu kita tak setuju, siap buat kempen sekali, apa itu semua. Kita boleh jaga berpuluh ribu orang miskin dan berbelanja RM5 juta untuk bantu mereka, takkan tak boleh tolong remaja supaya mereka berkahwin dan mengadakan seks halal.


Bagaimana Datuk Seri jangkakan sambutan kelak?


MOHD. ALI: Kalau masih nak berzina saya tak tahu nak buat apa lagi. Saya dah adakan ruang, jangan esok mereka kata kerajaan tak buat apa, kerajaan tidur, aku nak kahwin dia tak bagi, ibu bapa pun dikatakan tidur dan tidak buat apa-apa. Sekarang ini kahwinlah kita tak halang hasrat mereka. Makan minum kerajaan tanggung, sekolah disediakan, keluarga angkat boleh dicari, kalau tak tampil juga tak boleh salahkan kerajaan sebab kerajaan dah ambil segala usaha termasuk jaga anak, sekolahkan dia. Tak timbul soal keciciran sekolah, disisih masyarakat dan lain-lain. Sekarang saya minta mereka tampil, saya percaya dalam kita bercakap ini pun ada yang terlanjur lagi.


Sekarang kita sedang mencari bangunan yang sesuai dan minta kerjasama ibu bapa kerana kita tidak mahu nanti ada sekolah tapi tak ada murid. Ahad ini (hari ini) kita akan adakan seminar di MITC berhubung perkara ini, mudah-mudahan mendapat sambutan.


Saya ambil pendekatan ikut kehendak orang, apa yang mereka hendak. Dulu kita lawan kehendak mereka, sekarang ikut apa yang remaja hendak. Hendak kahwin, kita kahwinkan. Masalah lain kerajaan negeri akan bantu, yang penting dapat elak berzina dan kurangkan masalah sosial.


http://www.tranungkite.net/v10/modules.php?name=News&file=article&sid=6997

Read more...

Syeikh Fuad: Ulamak Muda yang teguh mempertahankan ASWJ

>> Sabtu, 7 Ogos 2010




Beliau merupakan anak jati Negeri Sembilan yang berasal dari Kampung Chenong Chengkau Rembau Negeri Sembilan Darul Khusus. Dilahirkan pada 16 September 1974 dan merupakan anak kelahiran pertama di kampungnya. Oleh itu, gelaran al Rembawi dinisbahkan kepada daerah kampungnya Rembau. Gelaran Ahmadi pula dianugerahkan oleh gurunya Sayyid Idris ibn Sayyid Mustafa al Hasani. Manakala gelaran al Maliki pula dianugerahkan oleh gurunya Sayyid Muhammad ibn ‘Alawi al Maliki al Hasani RA yang menisbahkan beliau kepada nama keluarganya al Maliki setelah menganggap beliau sebagai anaknya.
Di dalam bidang feqah, beliau bermazhab Syafi'i. Manakala di dalam bidang tauhid beliau berpegang dengan methodologi Imam Abu Hasan al Asy’ari RA dan Imam Abu Mansur al Maturidi RA. Manakala di dalam bidang tasawwuf beliau berpegang dengan manhaj tasawwuf Imam Junaid al Baghdadi RA.


SIFAT-SIFATNYA



Beliau paling sukar menolak permintaan atau pertolongan yang diadukan kepadanya. Semasa masih menuntut, beliau sering memberikan pinjaman wang kepada sahabat-sahabatnya yang memerlukan dan menyara perbelanjaan harian rakan serumahnya.

Begitu juga sekiranya diundang untuk mengajar atau mengadakan ceramah di mana-mana, beliau merasa bersalah sekiranya menolak permintaan jemputan ahli jawatan kuasa surau atau masjid atau pihak tertentu yang mengundangnya. Justeru, sekiranya terdapat halangan yang tidak dapat dielakkan yang menyebabkan beliau terpaksa menolak sesuatu undangan, beliau hanya menyuruh wakilnya sahaja memberitahu hal tersebut.

Seorang yang berjiwa lemah lembut. Beliau tidak suka berdebat sekiranya ada orang yang mempertikainya atau mengada-ngadakan cerita di belakangnya. Malah beliau lebih suka mengambil sikap berdiam diri sehingga orang tersebut berhenti daripada perbuatannya.

Atas rasa tanggungjawab, beliau banyak menghabiskan masanya untuk mengisi dada anak-anak muridnya dengan ilmu dan kekuatan rohani. Seringkali beliau mengorbankan masa bersama isteri dan anak-anak untuk bersama-sama anak-anak muridnya mencurahkan ilmu dan berbincang tentang permasalahan mereka. Beliau juga sering mengorbankan masa rehatnya demi manfaat orang-orang yang memerlukan untuk berjalan menuju kepada Allah.

Beliau tidak akan menyembunyikan kebenaran tentang sesuatu ilmu sekalipun kebenaran itu tidak secocok dengan kehendak nafsunya kerana amanah ilmu yang wajib dijaga sebagaimana yang sering diwasiatkan oleh guru-gurunya.

Sering merendahkan diri dan tidak suka menonjolkan diri dan diberikan jawatan. Oleh itu, beliau menolak jawatan dan kedudukan yang diberikan kepadanya kerana menganggap dirinya tidak layak.


PENDIDIKAN AWAL DAN KETOKOHANNYA SEMENJAK KECIL


Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Penajis, Rembau hingga darjah enam dan kemudian menyambung pengajiannya di peringkat Menengah di Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu Negeri Sembilan.

Semenjak kecil beliau gemar menghadiri majlis-majlis zikir dan sering menghadiri majlis tersebut yang dipimpin oleh Tuan Haji Rasyid bin Syeikh Haji Muhammad Sa’id di kampungnya. Dengan bimbingannya, beliau telah mengambil ijazah daripada gurunya itu semasa berumur 8 tahun hingga pentarbiahan tasawwuf telah sebati dalam darah dagingnya. Oleh itu, tidak hairanlah beliau begitu kuat menjaga dan mempertahankan kesucian ilmu tasawwuf dan mengenengahkan ia dalam pengajarannya.

Kegemarannya semasa kecil ialah mendengar sesi pengajaran dan ceramah agama, bertemu dengan ulama’ dan menghidupkan Sunnah Rasulullah SAW. Beliau begitu gemar memakai serban dan akan menangis jika bapanya tidak membawanya bersembahyang jemaah di masjid. Sebelum baligh lagi, beliau telah mula menjadi imam solat Tarawih di kampungnya. Tidak hairanlah masyarakat sering mengatakan bahawa keilmuan dan keperibadiannya tidak sebanding dengan usianya.

Semasa berusia 8 tahun, beliau telah meminta bapanya menghantar beliau belajar di pondok-pondok pada musim cuti sekolah. Oleh itu, pada musim cuti sekolah, beliau telah dihantar oleh bapanya ke pondok al Nuriyyah Sungai Udang, Melaka untuk belajar agama dan Bahasa Arab. Sekalipun ketika itu usia beliau masih terlalu muda, beliau telah menunjukkan contoh yang baik sama ada dari aspek kelimuan mahupun akhlak kepada murid-murid lain yang kebanyakannya lebih tua daripadanya.

Beliau belajar dengan cemerlang dan amat memuliakan guru sehingga menjadi murid kesayangan gurunya dan diberi kepercayaan menjadi salah seorang ketua pelajar.

Memandang minat dan kebolehannya yang mendalam dalam pengajian agama dan Bahasa Arab, beliau bercita-cita menyambung pengajiannya di Universiti al Azhar. Selepas menduduki peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (SRP), beliau berpindah ke Maahad Ahmadi satu-satunya sekolah Negeri Sembilan yang menyediakan pengajian Thanawi. Semasa di sana, beliau begitu cemerlang dalam pelajaran Thanawi hinggakan tiada pelajar yang dapat menyainginya. Malah, beliau meminta kepada tenaga pengajar di situ supaya mengadakan kelas pengajian ilmu Nahu di luar waktu sekolah bagi memantapkan lagi penguasaan Bahasa Arabnya. Sebaliknya guru itu sendiri meminta beliau mengajar rakan-rakannya yang lain kerana menaruh kepercayaan yang tinggi kepadanya.

Namun, setelah dua tahun menuntut ilmu di sana, ilmu yang diperolehinya dirasakan masih terlalu cetek. Selepas menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), beliau berpindah ke Madrasah al Nahdah al Hasanah Kedah untuk lebih mendalami pengajian Agama dan Bahasa Arab dengan guru-guru pondok di sana. Di sana, beliau berkesempatan belajar dengan al Marhum Dato’ Mursyid Diraja al ‘Allamah Syeikh Hj. Tajuddin yang merupakan bekas Pengerusi Ahli Majlis Fatwa Malaysia. Sekalipun tidak lama belajar di sana, beliau menjadi murid kebanggaan gurunya dan memperolehi kejayaan yang cemerlang. Ketika berada di Mesir, beliau telah mengutus sepucuk surat kepada Syeikh Tajuddin di dalam Bahasa Arab. Nama dan suratnya disebut dan dibaca oleh Tuan Guru Syeikh Tajuddin dalam perhimpunan sekolah dan menjadi murid contoh kepada pelajar-pelajar yang lain.

Semasa menziarahi Syeikh Tajuddin setelah tamat pengajian di al Azhar dan membuka sekolah pondok di kampungnya, Syeikh Tajuddin menyatakan perasaan bangganya di atas kejayaan beliau dan jejak langkahnya yang diikuti oleh beliau. Malah Syeikh Tajuddin berpesan kepada beliau supaya mengajar kitab Hikam dan cara-cara amalan seseorang itu diterima Allah dan bukan sekadar mengajar hukum sah dan batal.

Syeikh Tajuddin juga sempat memberikan kata-kata perangsang kepada beliau agar menguatkan semangat meneruskan usahanya dan memahami segala mehnah yang dihadapinya. Pesannya lagi supaya pengarang berpegang dengan aurad dan ahzab auliya’ serta pergi bertemu dengan para wali Allah. Di atas kepercayaannya, Syeikh Hj. Tajuddin membenarkan pelajar maahad sekolah beliau mengambil peperiksaan bersama dengan sekolahnya.

Selepas menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Agama (STA), beliau menyambung pengajiannya di Mesir ketika berusia 19 tahun. Semasa berada di sana, beliau belajar di Maahad selama setahun dan menyambung pengajiannya di Universiti al Azhar dalam bidang Syariah dan Undang-undang sehingga mencapai kejayaan yang cemerlang dengan keputusan Jayyid Jiddan.


KEAZAMAN DAN KERJAYA DAKWAHNYA



Semenjak masih kecil lagi, beliau telah menanam keazaman untuk menyuburkan dan memeriahkan kampungnya dengan pengajian ilmu dan penghayatan agama. Malah perpecahan dan pertelingkahan yang berlaku di kalangan orang-orang Islam disebabkan perkara-perkara yang remeh temeh, telah banyak memberikan kesedaran dan perangsang kepada beliau untuk bersungguh-sungguh memenuhi dadanya dengan ilmu yang mantap. Apatah lagi, di kampungnya memang telah hidup suasana dan kemeriahan belajar daripada tuan-tuan guru yang mengajar di madrasah dan masjid.

Setelah pulang ke tanah air, beliau memulakan langkahnya dalam arena dakwah dengan mendirikan madrasah di kawasan tanah milik ibunya di Kampung Chenong dengan modalnya sendiri, sumbangan daripada anggota keluarga dan masyarakat setempat. Bermula dari sini, beliau mengadakan pengajian ilmu agama dan menghidupkan kitab-kitab turath untuk memekarkan lagi aqidah Muslim yang sejati, menyucikan jiwa dari sifat mazmumah dan menghiasi diri dengan sifat mahmudah. Beliau mengadakan pengajian pada setiap hari yang diselangi dengan pengajian dan ceramah di madrasah dan masjid-masjid yang berada di luar qaryahnya.

Di antara kitab-kitab pengajiannya yang terawal ialah Kitab Tafsir Jalalain, Tafsir Nurul Ihsan, Sohih Bukhari, Mukhtasar Ibnu Abi Jamrah, Syifa’ bi T’rif Huquq al Mustofa, Syamail al Muhammadiah, Riyadh al Solihin, al Azkar Imam Nawawi, Nasoih al Diniyyah wal Wasoya al Imaniyyah, Sair al Salikin, Minhaj al Abidin, Munyah al Musolli, Hidayah al Salikin dan lain-lain lagi.

Sekalipun banyak rintangan dan halangan yang dihadapi dalam medan dakwahnya, semangatnya tidak pernah luntur berkhidmat untuk agama, bangsa dan negara. Setahun selepas itu, atas permintaan masyarakat setempat, beliau mengorak selangkah lagi membentuk kader-kader yang bakal meneruskan perjuangannya mempertahankan kesucian agama dan aqidah yang sejajar dengan prinsip Ahli Sunnah wal Jama’ah.

Maka pada bulan April 1998, dengan dibantu oleh rakan-rakan seperjuangan dan penduduk setempat, beliau telah mengasaskan sekolah Menengah Agama Rakyat yang dinamakan Maahad At Taufiqi Dato’ Abdullah. Memandangkan, dana yang tidak mencukupi, maka pengajian sekolah tersebut beroperasi di madrasah dan seramai 16 orang perintis ditempatkan di asrama yang terletak di tingkat bawah madrasah dan di rumah sewa. Selepas hampir 5 tahun sekolah tersebut beroperasi di sekolah tumpangan sementara, bilangan pelajar bertambah menjadi 105 orang di bawah bimbingan 10 orang tenaga pengajar yang terdiri dari mahasiswa lepasan al Azhar, universiti tempatan dan guru-guru yang berpengalaman.

Sekalipun belum memiliki bangunan sendiri, Maahad ini telah mencapai kejayaan yang boleh dibanggakan dengan menghantar seramai 16 orang pelajar keluarannya ke Universiti al Azhar.


Sekalipun tidak terkenal dengan bangunannya yang indah dan luas, Surau al Taufiqi al Husaini cukup dikenali oleh insan-insan yang dahagakan ilmu dan pentarbiahan. Malah, madrasah ini sering dikunjungi oleh ulama’ yang terkenal. Semenjak penubuhannya, lebih 10 orang ulama’ dari dalam dan luar negeri telah berkunjung ke madrasah ini untuk bersama-sama menyampaikan ilmu dan berbincang tentang dunia Islam semasa.

Selain berdakwah melalui lisan dan mengadakan pengajian untuk bentuk kader Islam, beliau juga bergiat aktif berdakwah melalui penulisan. Beliau telah menulis lebih daripada 150 buah buku di dalam pelbagai bidang ilmu Islam.

Beliau akur, untuk menegakkan kebenaran pada zaman yang penuh dengan cabaran dan kebendaan ini, rintangan dan halangan tidak akan pernah berakhir. Apatah lagi faktor usianya yang masih dipandang terlalu muda. Namun begitu, alhamdulillah dengan pertolongan Allah dan dokongan yang kuat, sehingga ke hari ini madrasah yang diasaskannya masih berjalan lancar dan meriah dengan pelbagai program dan majlis-majlis ilmu yang dihadiri oleh ramai ahli masyarakat yang datang dari merata tempat. Selain itu, beliau juga aktif memberikan ceramah dan membentangkan kertas kerja seminar-seminar di merata tempat. Di antaranya di sekitar N.Sembilan, Melaka, Johor, Kuala Lumpur, Selangor, Temerloh, Kuantan, Pekan Pahang, Kedah, Terengganu (atas undangan Sultan Terengganu), Singapura, Mesir dan lain-lain lagi.

Melihat kepada ketokohan dan komitmennya yang tinggi dalam mempertahankan perkara yang hak dan menegah kebatilan, maka pada awal tahun 2003, beliau telah diberi kepercayaan oleh Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan memegang amanah sebagai Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan. Pada peringkat awalnya beliau menolak untuk menerima jawatan tersebut. Akan tetapi disebabkan rasa kasih, adab dan hormat terhadap gurunya iaitu Mufti Kerajaan Negeri Sembilan, beliau akhirnya menerimanya. Beliau juga telah dilantik menjadi ahli Panel Temuduga Tauliah Mengajar Agama di N egeri Sembilan. Semoga Allah membantu usaha beliau dalam mempertahankan agama yang suci ini.

Atas kata sepakat dan paduan tenaga AJK Madrasah dan ahli pengajian, pengurusan kerja dikemaskinikan lagi di bawah sebuah badan kebajikan yang ditubuhkan dengan nama Yayasan Sofa Negeri Sembilan. Melalui biro-biro yang terdapat di bawahnya, yayasan ini makin berkembang dari hari ke hari. Bermula tahun 2005, di bawah Biro Pendidikan memulakan langkah awal dengan menubuhkan Rumah Anak-anak Yatim dan seterusnya sehinggalah tertubuhnya Sekolah Tinggi Islam As-Sofa yang telah didaftarkan secara rasmi pada tahun 2009 di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (Bahagian Swasta).


KARYA-KARYANYA


Beliau amat gigih dalam arena penulisan serta menekankan disiplin yang tinggi mengenainya. Setiap waktu dimanfaatkan dengan sepenuhnya. Meskipun usianya baru mencecah 35 tahun, beliau kini telah menghasilkan hampir 150 karya berbentuk penulisan, penterjemahan, adaptasi dan sebagainya.

Antara karya beliau ialah:

asulullah dan Sirah

. Rasulullah dari Perspektif Imam Syafi’i
2. Maulid Nabi dalam Necara Nabawi
3. Rantaian Nasab Nabi
4. Kewajipan Mencintai dan Memuliakan Nabi (Terjemahan)
5. Hukum Menghina Nabi
6. Hidupnya Para Nabi di Dalam Kubur
7. Keunggulan Rasulullah
8. Ringkasan Sirah Nabawiyyah (Terjemahan)
9. Al Anwar al Nabawiyyah (Terjemahan)
10. Keistimewaaan Rasulullah
11. Mukhtasar Syamail Muhammadiah (Terjemahan)
12. Mu’jizat Isra’ dan Mi’raj
Manaqib dan Biografi
1. Sayyid Ahmad ibn Idris
2. Al Maliki: Ulama’ Rabbani Kurun ke-21
3. Hujjah al Islam Imam al Ghazali
4. Mendekati Sayyid Ja’afar al Barzanji
5. Al Imam Abu Hasan al ‘Asy’ari
6. Al Imam al Hafiz Jalaluddin al Suyuti
7. Biografi Syeikh Muhammad Harith
8. Manaqib Sayyidah Khadijah al Kubra
9. Sayyid Ibrahim al Rasyid

Tasawwuf

1. Hubungan Tasawuf Dengan Sunnah
2. Kewajipan Bertasawwuf (Terjemahan)
3. Qatr al Ghaithiyyah (Semakan dan Cetakan semula)
4. Hikam Abi Madyan (Semakan dan Cetakan Semula)
5. Hikam Syeikh Raslan (Terjemahan)
6. Adab-adab Salikin (Adaptasi)
7. Anwar al Sabil al Aqwam fi Syarh al Hikam
8. Adab Tariq (Terjemahan)

Zikir dan Amalan

1. Pancaran Nur Doa dan Zikir Ahli Akhyar (Terjemahan Syawariq al Anwar)
2. Lautan Zikir Ahli Arifin
3. Perisai Tiga Kekasih Allah
4. Kanz al Sa’adah (Tahqiq dan Terjemahan)
5. Ahzab wa Aurad Manhaj al Ahmadi al Idrisi (Tahqiq)
6. Doa Majlis Sayyid Ahmad ibn Idris
7. Aurad Ahmadiah dan Ratib Haddad
8. Hizib Bahr
9. Hizib al Imam Ghazali
10. Hizib Imam Nawawi
11. Salawat 40 (Terjemahan)
12. Manzumah Tawassul Asma’ al Husna (Cetakan Semula)
13. Amalan Bulan Rejab
14. Doa Malam Nisfu Sya’ban
15. Tazkirah Ramadhan
16. Amalan Bulan Safar al Khair
17. Amalan Bulan Zulhijjah
18. Amalan Awal Muharram dan Hari Asyura
19. Doa Untuk Ibu bapa dan Anak-anak
20. Duru’ al Wiqayah bi Ahzab al Himayah (Cetakan semula)
21. Surah Yaasin Kaifiat dan Doanya
22. Doa Sayyid Ibrahim al Rasyid
23. Wasilah Para ‘Abid
24. Doa Angin Ahmar
25. Amalan Memudahkan Rezeki
26. Amalan Menguatkan Ingatan dan Menghindari Was-was
27. Himpunan Ayat-ayat Penjaga
28. Solat Sunat Sayyid Ahmad ibn Idris
29. 40 Salawat Pilihan Ke atas Nabi
30. Jampi Penawar Dari al Quran (Terjemahan)
31. Ratib Hari Jumaat
32. Pendinding Diri
33. Amalan Menolak Wabak dan Bala

Aqidah dan Tauhid

. Aqidah Ahli Sunnah wal Jama’ah
2. Qawa’id al ‘Aqaid (Terjemahan)
3. Wahhabisme Dari Neraca Syara’
4. Kerapuhan Tauhid Uluhiyyah dan Rububiyyah (Terjemahan)
5. Penjelasan Tauhid Uluhiyyah dan Rububiyyah (Terjemahan)
6. Agamamu Dalam Bahaya (Terjemahan)
7. I’tiqad Ahli Sunnah Wal Jama’ah (Cetakan semula)
8. Aqidah Awam (Terjemahan)
9. Pendapat Ahli Sunnah Yang Bertentangan Dengan Pendapat Wahhabi (Terjemahan)

Tafsir

1. Tafsir Surah al Fatihah (Tahqiq)
2. Tafsir Surah Dhuha
3. Tafsir Surah al Insyirah
4. Tafsir Surah al Kauthar
5. Tafsir Surah Yaasiin

Hadith

1. Musyahadah Ruh Insan Bertaqwa (Terjemahan)
2. Hadith 60: Kelebihan Ahli Bait (Terjemahan)
3. Kelebihan Memelihara dan Membiaya Anak Yatim
4. Kelebihan al Quran (Terjemahan)
5. Mutiara Nabawi (Terjemahan)
6. Mutiara Sa’adah (Terjemahan)
7. Kewajipan Mencintai dan Memuliakan Nabi (Terjemahan)
8. Hidayah al Mukhtar (Terjemahan)
9.Galakan Melakukan Amal Kebaikan (Terjemahan)

Feqah

1. Munyah al Musolli (Tahqiq)
2. Safinah al Naja (Terjemahan)
3. Hukum Membaca Basmalah
4. Hukum Mengikut Imam Yang Menyalahi Mazhab Makmum
5. Posisi Imam Ketika Solat Jenazah
6. Pendapat Ulama’ Hukum Mencium Tangan

Sanad dan Ijazah (Athbat)

1. Al Musalsalat al ‘Asyarah
2. Al Toli’ al Sa’id (Bahasa Arab)
3. Kunuz al Anwar al Muntakhab min Asanid al Akhyar (Bahasa Arab)
4. Al Jawahir al Ghawali min Asanid al Imam al Azhari (Bahasa Arab)
5. Musalsal Orang-orang Mulia
6. Al Yaqut al Nafis min Asanid al Muhaddith Sayyid Ahmad ibn Idris. (Bahasa Arab)
7. Fath al Rahman bi Asaniid Mufti Nejri Sembilan (Bahasa Arab)
8. Al Bahjah al Mardiyyah fi Musalsalat al Rembawiyyah (Bahasa Arab)
9. Bulugh al Amani al Muntakhab min al Musalsalat al Maliki (Bahasa Arab)
10.Sanad al Aurad al Qusyasyiah
11.Al Manhal al Karim fi Asaniid al Quran al ‘Azim (Bahasa Arab)
Lain-lain

1. Kefahaman Yang Wajib diperbetulkan (Terjemahan Mafahim Yajibu an Tusohhah)
2. Akhlak Salafussoleh (Terjemahan)
3. Qudwah Hasanah Dalam Manhaj Dakwah

http://ibnufathani.blogspot.com/

Read more...

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP