Balik habis dah sahabat saya 2 orang ni

>> Rabu, 30 Jun 2010





Malam tadi 29/6/2010 kami kawan-kawan pergi airport kaherah menghantar sahabat kami yang dicintai pulang ke Malaysia..Ustaz Labib dan Us Amir Hamzah bukan balik cuti tapi balik dengan segulung ijazah...wawawa..sedihnya

Bergambar sebelum bertolak ke mator ( AIR PORT )


Us Amir sebelah kanan aku memang paling sempoi setakat ni yang balik malaysia



Sahabat dari negara thailand turut juga mengantar us labib ( sebelah kanan aku )


Us Labib bakal ketua pemuda PAS selangor..balik jumpa isteri..he3..


Yang dalam gambar ni....bila nak kelik wer... ??


Doakan ustaz amir agar dia sabat dalam berdakwah...sahabat kami yang paling ceria dan happy dah balik malaysia..saper lah nak ganti dia ...? he3...


Sedih rasanya us amir nak kelik...........

Read more...

Hutang negara RM377 billion. Anjing berjoli sakan


"Hutang negara mencecah jumlah RM377 billion tetapi lanun-lanun kuasa di Perak masih bermaharajalela berjoli dengan wang titik peluh rakyat. Apa kita nak gelarkan manusia-manusia ni? ... Anjing atau babi?

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zamry Kadir diminta memberikan rasionalnya mengapa mesyuarat exco kerajaan negeri kerap kali diadakan di hotel bertaraf lima binatang di Kuala Lumpur.

“Sedangkan bangunan Perak di Ipoh telah siap dengan segala kemudahan. Tindakan Zamry adalah satu pemborosan wang rakyat dengan puluhan ribu elaun, sewa hotel dan kos penginapan serta kos pengangkutan yang terpaksa dibiayai rakyat kerana mesyuarat exco di Kuala Lumpur,” kata Ahli parlimen Taiping, Nga Kor Ming yang juga setiausaha DAP Perak sidang media di Taiping, semalam.

Merujuk perangkaan Jabatan Perdana Menteri, Nga berkata 40 peratus daripada keluarga rakyat di negara ini, iaitu 2.4 juta keluarga di seluruh negara berpendapatan kurang dari RM2,000 setiap bulan.
Kerajaan Rakyat

Sumber : http://www.tranungkite.net/v10/

Read more...

PAS TAK GENTAR

>> Selasa, 29 Jun 2010


PAS TIDAK GENTAR WALAUPUN BERIBU ORANG AGAMA MASUK UMNO



Parti Islam SeMalaysia (PAS) tidak gentar dengan kemasukan 40 orang yang berlatar belakang agama menyertai umno. Kalau beribu-ribu menyertai umno pun Pas tidak takut. Lebih-lebih lagi mereka yang menyerah borang semalam adalah mereka yang tidak diketahui langsung daripada mana kedudukan mereka di tengah-tengah masyarakat. Saya cuba hubungi rakan di Fakulti Islam UKM untuk bertanya seorang yang masuk menyertai umno itu pensyarah Fakulti Islam, rakan saya beritahu, beliau pun tidak kenal. Jikalau beliau yang menjadi pensyarah senior di Fakulti Islam UKM pun tidak kenal, macam mana pula Pak Mat di Dabong Gua Musang dan Mak Minah di Hulu Tembeling Pahang hendak kenal.




Perjuangan Pas bukan menentang peribadi, tetapi menentang dasar umno. Siapa sahaja yang memimpin umno, Pas akan tentang selagi ia mempertahankan dasar umno yang membawa perkara munkar dan mengkhianat amanah negara dan rakyat. Pas tidak pernah berundur walau setapak untuk menyatakan umno parti yang tidak betul. Pas yakin mereka yang berlatar belakang dalam umno tidak kemana akhirnya. Mereka hanya akan menjadi kupang tembaga, digunakan ketika hendak melawan hujah Pas, itu pun bukan secara berdepan. Mereka hanya berani bercakap ketika seorang diri tanpa di pihak lawan. Beberapa kali Pas ajak berdebat sampai hari ini tidak pernah disahut.




Pas yakin bahawa umno bukan tempat untuk orang agama berjuang. Sekadar menyebut beberapa nama dalam umno yang mempunyai kelulusan yang lebih tinggi dan pengaruh yang lebih hebat daripada 40 orang yang baru menyerah borang menyertai umno. Mana pergi nama-nama seperti Dr Hamid Osman (bekas Prof Madya UKM BA Azhar, Phd UK) , Dr Abdullah Mohd Zin (Bekas Prof Universiti Sains Islam Malaysia USIM, BA, Madinah, Phd UK), Dr Yusuf Nor (bekas Prof Madya UKM, Phd Mesir), Brg Jeneral Hamid Zainal Abidin, Dr Ismail Mat (UKM), Ustaz Nakhaei Haji Ahmad di persada politik umno.




Pas merasa hairan ketika kapal umno hendak tenggelam dan penyakit barah umno sudah sampai kepada peringkat keempat untuk ditalqin, tiba-tiba ada mereka yang berlatar belakang umno bersama-sama dengan umno untuk karam sama. Sewaktu anak-anak muda yang memakai subang sebelah dan wanita yang tidak bertudung bersama gerakan untuk menukar kerajaan Bn kepada kerajaaan Pakatan Rakyat, tiba-tiba mereka yang belajar agama boleh bersetongkol dengan umno. Parti yang rapuh, penuh dengan sarat rasuah, moral yang rendah, mengkhianat wang rakyat dan pembaziran, mengambil APCO yahudi sebagai penasihat, hak milik negara digadai kepada Singapura dan Brunai. Pas yang berpegang kepada dasar Islam, ulama yang muttaqin menjadi rujukan akan terus mara ke hadapan untuk menyelamatkan rakyat dan negara daripada kehancuran.


Sumber : http://idrisahmad.wordpress.com/

Read more...

Nasihat Perkahwinan

>> Isnin, 28 Jun 2010


Cabaran berumahtangga






Bersiap untuk Suami

Read more...

Kenali Imam Hasan Al-Banna

Hasan Al Banna



Read more...

Sapu Lagi !

>> Jumaat, 25 Jun 2010


video

Read more...

HEBAT TOK GURU KITA


Tuan Guru Abdul Hadi Awang




TERJEMAH SENDIRI YER..!!


Read more...

PENDIDIKAN IMAN ANAK-ANAK


PENYERAPAN KALIMAH LAA ILAAHA ILLA ALLAH KE DALAM JIWA ANAK-ANAK


“Daripada Ibnu Abbas r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Jadikanlah kalimah laailaahaillallah sebagai kalimah pertama dalam kehidupan anakmu.”

Riwayat Al-Hakim

Kalimah Tauhid merupakan syiar pertama dalam Islam. Kalimah yang mengesakan Allah S.W.T perlulah menjadi kalimah pertama yang didengari, kalimah pertama yang dilafaz dan kalimah pertama yang perlu difahami.


MEMBERITAHU PERKARA YANG HALAL DAN HARAM


Ini perlu dilakukan apabila dia mula meningkat dewasa secara berperingkat bermula dengan pemerhatian dan seterusnya mempelajarinya.Ingatkan pada diri anak-anak supaya menjauhi perkara yang dilarang dan dekatkan diri pada yang dibenarkan.


MENGARAHKAN ANAK MELAKUKAN IBADAH WAJIB PADA USIA 7 TAHUN



“Daripada ‘Abdullah bin ‘Amru bin’ As katanya: Rasulullah s.a.w bersabda : Arahkanlah anakmu menunaikan solat pada usia 7 tahun dan rotanlah sekiranya mereka meninggalkan solat pada usia 10 tahun dan pisahkanlah tempat tidur mereka(lelaki dan perempuan).
Riwayat Abu Daud dan Al-Hakim


Ibadah lain seperti puasa juga boleh dididik pada usia yang sama. Hikmah daripada perintah ini supaya mereka dapat membiasakan diri melakukan ibadah dan menjadi sebati apabila dewasa. Ini juga dapat membentuk keperibadian mulia kanak-kanak apabila ia dewasa.


MENDIDIK ANAK MENCINTAI RASULULLAH S.A.W DAN KELUARGA BAGINDA




“Daripada Ali bin Abi Talib k.w katanya : Rasulullah s.a.w bersabda : Biasakanlah anakmu mengingati tiga perkara : Mencintai Rasulullah s.a.w, menyayangi kelurga baginda dan membaca Al-Quran. Al-Quran akan menaungimu di bawah naungan ‘arasy Allah pada hari tiada naungan kecuali naunganNYa bersama pesuruhNya dan orang-orang yang dikasihiNya.
Riwayat At-Tabrani


Berdasarkan ini juga anak-anak perlu dididik dan diceritakan kisah-kisah peperangan zaman Rasulullah s.a.w, sejarah para sahabat, panglima-panglima Islam,kisah ulama dan kehebatan umat Islam dalam peperangan. Ini supaya anak-anak boleh menjadikan mereka sebagai ‘role model’ dan menjadi rapat dengan sejara-sejarah Islam yang sangat mulia.

MENDIDIK ANAK MENCINTAI AL-QURAN




“Saad Ibnu Abi Waqqas r.a berkata : Kami mengajar anak-anak kami perang-perang yang disertai Rasulullah dan mengajarkan mereka surah di dalam Al-Quran”


Imam Al-Ghazali berkat di dalam bukunya Ihya’ Ulumuddin : Ajarlah anakmu tentang Al-Quran, berbudi bahasa pada orang lain, kisah-kisah manusia yang berhati mulia dan hukum-hakam agama.
Ibnu Khaldun pula menyebut : Perkara yang paling utama adalah mengajar anakmu membaca Al-Quran kemudian menghafaznya dan fahamkanlah ia mempelajari Al-Quran adalah perkara paling asas dalam pendidikan di seluruh kawasan yang dikuasai pemerintahan Islam.

KEPENTINGAN MENYUBUR IMAN KE DALAM JIWA ANAK-ANAK


“Daripada Abu Hurairah r.a katanya : Rasulullah s.a.w bersabda: Anak itu adalah fitrah. Ibubapa lah menjadikan ia yahudi, nasrani atau majusi.”
Riwayat Bukhari

Imam Ghazali berkata : Anak berpandukan pegangan ibu dan ayah mereka. Hati mereka yang suci ibarat permata yang sangat berharga. Sekiranya sifat mereka dididik dengan perkara yang baik mereka akan jadi baik dan bahagia di dunia dan di akhirat Sekiranya kejahatan yang membentuk sifat mereka, dan diabaikan sebagaimana haiwan yang terabai, dia akan hidup dengan penuh kesengsaraan. Hanya mendidik dan mengajar mereka perkara kebaikan sahaja yang boleh melindungi mereka.


BATASAN-BATASAN MENYEMAI IMAN



Memandu mereka beriman kepada Allah dengan memerhatikan keindahan ciptaan Allah yang menakjubkan pada usia mumayyiz. Ini sudah memadai sebelum ibubapa dan pendidik membawa perkara yang lebih konkrit dan abstrak.


Apabila mereka telah sampai kepada usia yang boleh merasai keinsafan, jiwa mereka perlu dipupuk untuk hanya beribadah dan menghambakan diri kepada Allah S.W.T. Semai hati mereka untuk menghayati dengan penuh keinsafan setiap kejadian Allah S.W.T. Sifat taqwa mereka boleh dibentuk dengan melatih mereka khusyuk dalam solat dan mendengar dengan khusyuk apabila mendengar orang membaca Al-Quran.


Membentuk hati mereka untuk sentiasa mengingati Allah S.W.T dalam setiap perkara dan tindakan. Ini boleh dilakukan dengan memberitahu anak , Allah S.W.T melihat mereka dan mengetahui setiap rahsia yang mereka sembunyikan.Allah S.W.T juga mengetahui apa-apa yang mereka sembunyikan di dalam dada mereka. Anak juga perlu dilatih supaya sentiasa ikhlas dengan setiap amalan mereka dan tidak mengharapkan apa-apa balasan melainkan redha Allah S.W.T

SUMBER - TARBIYATUL AWLAD

Read more...

Rajin menyapu rumah

>> Rabu, 23 Jun 2010

video


Miqdad selalu tolong umi menyapu rumah, jadi kami belikan dia satu penyapu khusus unuk dia..bangun tido terus cari penyapu..he3.

Read more...

Telatah dan Gaya hero kami


Bersedia untuk berjihad menentang zionis di beranda rumah


Rajin tolong umi angkat baju



video


Bila dah boleh berjalan macam-macam yang miqdad tolong, kalau umi dah kemas dia kemas balik ...ehmm...anak soleh walid dan umi

Read more...

Faktor Kedegilan Anak

>> Selasa, 22 Jun 2010





1. KEMISKINAN


Punca

Akibat daripada kesengsaraan hidup menyebabkan anak-anak meninggalkan tempat mereka
dan keluar mencari keperluan hidup. Sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab
mengambil kesempatan ini menggunakan mereka untuk kepentingan peribadi sehingga
menyebabkan kanak-kanak ini rosak.

Rawatan

1. Islam datang untuk membasmi kemiskinan dengan wujudnya sistem zakat.

2. Wujudnya pelbagai pertubuhan kebajikan untuk membantu mereka


2. PERSELISIHAN IBUBAPA


Punca


Anak –anak akan tertekan apabila melihat perselisihan ibubapanya menyebabkan mereka
mencari teman dan ketenangan di luar yang boleh mempengaruhi sikap dan akhlaq mereka.

Rawatan

Sangatlah penting seorang lelaki atau perempuan mencari calon terbaik sebelum
berkahwin. Bagi lelaki tunjukkan kesungguhan anda kepada keluarga bakal isteri bahawa
anda boleh memimpin rumahtangga kelak.


3. PENCERAIAN IBU BAPA

Punca

Anak-anak yang kehilangan ibu yang mengambil berat dan ayah yang bertanggungjawab akan
membesar dengan rosak dan tidak bertatasusila disebabkan tiada siapa yang hendak memberi panduan dan petunjuk. Lebih-lebih lagi jika ibu dan ayah masing-masing berkahwin lain.

Rawatan

Suami isteri hendaklah memahami tugas dan tanggungjawab masing-masing supaya tidak
berlaku perselisihan hingga membawa kepada penceraian.

Antara tanggungjawab suami :

a. Memberi nafkah kepada anak dan isteri

b. Berbincang dengan isteri apa-apa yang berkaitan dengan rumahtangga

c. Berbuat baik kepada isteri dan tidak menyakitinya

d. Membantu isteri melakukan kerja-kerja rumah sebagaimana Rasulullah s.a.w

Antara tanggungjawab isteri :

a. Patuh pada arahan suami

b. Menjaga harta suami dan kesucian diri apabila suami tiada di rumah

c. Tidak menolak hajat suami apabila suami berhajat.

Sekiranya isteri berperangai buruk, bolehlah mengambil beberapa langkah sebelum
berlakunya penceraian.

a. Tegur dan beri panduan dengan baik

b. Sekiranya gagal, pisahkan dari tempat tidur

c. Sekiranya masih gagal, pukul dengan pukulan yang ringan

- Suami isteri juga boleh menggunakan orang lain sebagai orang tengah untuk membantu menyelesaikan masalah sama ada kaunselor atau sesiapa yang boleh dipercayai
di kalangan ahli keluarga.

4. ANAK-ANAK YANG TIDAK DIGUNAKAN MASA L APANG MEREKA DENGAN BAIK

Punca

Kanak-kanak perlu membesar dengan bermain dan sukakan pelbagai cabaran. Akibat tidak
dipandu aktiviti mereka, akhirnya mereka menjadi rosak. Oleh itu ibu bapa perlu memberi panduan supaya setiap yang mereka lakukan memberi manfaat kepada kesihatan mental dan fizikal mereka.

Rawatan

1. Didik mereka mengutamakan masa untukberibadah terutamanya solat.

2. Benarkan mereka memasuki persatuan sukan, persatuan seni bela biri atau pergi ke kolam renang / tepi pantai.

3. Bawa mereka pergi riadhah.

4. Bukanlah bermakna ibubapa perlu sediakan padang permainan yang luas, kolam renang yang canggih atau perpustakaan yang besar tapi memadai apa yang dituntut dalam Islam.

5. ANAK-ANAK BERSAHABAT DENGAN SAHABAT YANG ROSAK AKHLAK

Firman Allah S.W.T :

“ Pada hari itu, sahabat-sahabat karib akan menjadi musuh pada sesetengah yang
lain kecuali persahabatannya yang berdasarkan iman dan taqwa”

Surah Az-Zukhruf:67

Punca

Terpengaruh dengan sahabat yang buruk akhlaq

Rawatan

1. Beri panduan pada anak supaya memilih sahabat yang baik

2. Kenal sahabat anak-anak

6. KEKASARAN IBUBAPA DALAM MENDIDIK ANAK-ANAK

Punca

Ibubapa mendidik anak dengan kasar : merotan, memukul, mengherdik memaki hamun,
menampar dan sebagainya.

Rawatan

1. Banyakkan mendidik mereka dengan teguran yang berhikmah.

2. Anak-anak memang suka belajar dan tidak dapat bezakan yang baik dan yang buruk, bahaya atau tidak.Minda mereka sentiasa mengatakan apa yang dilihat dandidengar adalah
positif dan boleh dilakukan.Peranan ibubapa memberitahu anak apa yang baik dan buruk dengan penuh lemah lembut dan kasih sayang bukannya memarahi mereka
apabila mereka melakukan kesilapan .

3. Jangan halang apa-apa aktiviti yang mereka nak lakukan tetapi beri panduan
cara yang betul.

7. MENONTON FILEM NGERI DAN PORNO

Punca

Terpengaruh dengan aksi – aksi yang ganas dan lucah yang ditayangkan di panggung wayang atau televisyen. Begitu juga apa yang dilihat daripada bahan cetak sama ada daripada majalah atau suratkhabar. Lebih-lebih lagi sifat kanak-kanak suka mempelajari perkara baru dan suka mencuba daripada apa yang dilihat dan didengar.Kanak-kanak yang masih kecil dan tidak dapat membezakan perkara baik dan buruk. Tambahan pula imej yang dilihat kekal dalam memori disebabkan jiwa dan otaknya yang masih suci.

Rawatan

1. Ibubapa dan pendidik perlu menjauhkan anak-anak daripada melihat filem-filem
ngeri dan porno.

2. Ibubapa dan pendidik perlu memastikan anak-anak menjauhi majalah yang tidak bermoral, novel cinta atau buku yang berkaitan atheis.

8. MASALAH PENGANGGURAN DI KALANGAN ORANG DEWASA

Punca

Ibubapa mengganggur tidak mempunyai sumber kewangan untuk memberi nafkah kepada anak-anak menyebabkan berlakunya masalah kemiskinan.(rujuk bab 4no 1.Kemiskinan)

Rawatan

1. Pihak berkuasa perlu memaksa ibubapa yang malas bekerja untuk bekerja

2. Kerajaan perlu sediakan mereka pekerjaan yang sesuai.

9. TERLEPAS PANDANG PEMBESARAN ANAK-ANAK

Punca

Sesetengan ibubapa yang sibuk bekerja terlepas pandang pembesaran anak-anak sehingga
mengabaikan pendidikan mereka.

Peranan ibu sangat penting berbanding ayah. Kebanyakan wanita zaman moden ini lebih
mementingkan kerjaya dan kehidupan mereka berbanding mendidik anak menjadi insan
berguna.

Rawatan

1. Ibubapa sepatutnya memberikan keutamaan kepada anak-anak kerana mereka ini saham yang amat bernilai di dunia dan akhirat.

2. Motivasi dari Al-Quran dan Hadis :-

Firman Allah S.W.T :

“Peliharalah diri kamu dan ahli keluarga kamu dari api neraka dan bahan bakarannya
yang terdiri daripada manusia, dan batu(berhala),Neraka itu dijaga dan dikawal oleh
malaikat-malaikat yang keras dan kasar(layanannya),mereka tidak menderhaka kepada
Allah dalam segala yang diperintahkanNya dan mereka pula tetap dalam melakukan segala
perintahNya.”

Surah At-Tahrim : 6

Sabda Rasulullah s.a.w : Seorang lelaki pemimpin kepada ahli keluarganya dan
bertanggungjawab terhadap apa yang dipimpinnya. Dan seorang wanita pemimpin kepada
rumah suaminya dan bertanggugjawab terhadap apa yang dipimpinnya.

Riwayat Bukhari dan Muslim


10. ANAK YATIM


Punca

Anak yatim kematian ayah dan tidak berjumpa orang yang simpati untuk menghulurkan
bantuan dan memberikan kasih sayang.Sekiranya tidak dijumpai penjaga yang berhati mulia akan menyebabkan mereka terjebak dalam masalah salah laku.

Rawatan

1. Setiap orang perlu mengambil berai dan menyayangi anak yatim.

2. Motivasi dari Al-Quran dan Hadis kelebihan menyayangi anak yatim.

Firman Allah S.W.T :

“Sesungguhnya prang-orang yang memakan harta anak yatim secara zalim, sebenarnya
mereka itu hanyalah menelan api ke dalam perut mereka, dan mereka pula akan masuk ke
dalam perut api yang menyala-nyala!”

Surah An-Nisa’: 10

Daripada Sahl ibnu Sa’ad katanya Rasulullah s.a.w bersabda :
Aku dan orang yang menanggung anak yatim , saudara atau tidak tempatnya di syurga
seperti ini (sambil
menunjukkan jarak antara jari telunjuk dan jari tengah yang dipisahkan
sedikit.)


Riwayat Bukhari

“Daripada Abu Hurairah r.a katanya ; Rasulullah s.a.w bersabda: Rumah yang paling baik
di kalangan rumah muslim adalah rumah yang melayan dan menyayangi anak yatim dengan
baik manakala rumah yang paling buruk adalah rumah yang tidak melayan dan tidak
menyayangi anak yatim dengan baik. ( Riwayat Ibnu Majah )


Sumber - kitab tarbiyatul awlad

Read more...

Para syuhada MAVI MARMARA

>> Selasa, 15 Jun 2010






Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 15 Jun: Pada 31 Mei lalu, seramai sembilan sukarelawan dari Turki telah syahid sewaktu dalam perjalanan menghantar bantuan kemanusiaan kepada saudara seagama di Palestin.

Mereka dibunuh oleh tentera Israel laknatullah ketika angkatan kuffar itu menyerang kapal Turki M.V. Mavi Marmara yang sedang dalam misi menyampaikan bantuan kemanusiaan kepada penduduk Gaza, Palestin yang sedang dikurung dalam sebuah penjara yang sungguh besar.

Berikut merupakan senarai syuhada yang telah gugur sepanjang misi menyampaikan bantuan tersebut sebagaimana laporan laman web Haluan Palestin:



1. Ibrahim Bilgen, 61, seorang jurutera elektrik dari Siirt, Turki. Ahli Chamber of Electrical Engineers di Turki, berkahwin dan mempunyai enam orang anak.




2. Ali Haydar Bengi, 39, dari Diyarbakir. Graduan Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Telah berkahwin dan mempunyai empat cahaya mata.




3. Cevdet Kiliçlar, 38, Seorang wartawan dari Kayseri, Turki. Telah berkahwin dan mempunyai dua orang putera.





4. Çetin Topçuoglu, 54, dari Adana, Turki. Pemain bola amatur dan jurulatih taekwondo yang melatih atlet taekwondo Turki. Berkahwin dan mempunyai seorang cahaya mata.





5. Necdet Yildirim, 32, dari Malatya, Turki. Berkahwin dan mempunyai seorang anak perempuan berusia tiga tahun.




6. Fahri Yaldiz, 43, seorang ahli bomba di Adiyaman, Turki. Telah berkahwin dan mempunyai empat orang anak.





7. Cengiz Songür, 47, dari Izmir, Turki. Berkahwin dan mempunyai tujuh orang anak.



8. Cengiz Akyüz, 41, dari Iskenderun, Turki. Berkahwin dan mempunyai anak berusia 14, 12 dan 9 tahun.





9. Furkan Dogan, 19, as-syahid termuda dalam kalangan yang syahid, merupakan pelajar Kayseri High School. Anak kepada Dr. Ahmet Dogan, seorang professor di Erciyes University. Warganegara Turki-Amerika dan mempunyai dua adik beradik.


SUMBER : http://www.harakahdaily.net/


TAMBAHAN-----------------------------------------------------------------------------------




INSYAALLAH MESYUSUL

Read more...

Ustaz Hassan Shukri kembali ke rahmatullah

>> Isnin, 14 Jun 2010



Ditulis oleh Harakahdaily
MONDAY, 14 JUNE 2010 08:08



KUALA LUMPUR, 14 Jun - Bekas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Hassan Shukri meninggal dunia di Hospital Selayang kira-kira jam 2 petang sekejap tadi.


Beliau yang dimasukkan ke hospital Selayang pagi ini baru sahaja pulang dari Kota Bharu jam 10.30 malam tadi selepas menyertai Muktamar PAS ke 56 di sana. Turut serta bersama beliau malam tadi adalah Haji Subky Latif dan Haji Abdul Rahman.




Ustaz Hassan telah berada di Kota Bharu sejak Rabu 9 Jun lagi kerana menyertai mesyuarat Majlis Syura Ulama pada petang hari tersebut. Pada malamnya beliau menyertai majlis perasmian dewan-dewan oleh Mursyidul Am di Putik dan pada hari Khamis beliau menyertai Muktamar Dewan Ulama di Markas Dewan Ulama (Madu) di Machang.


Menurut Puan Naznah Taha, isteri Haji Subky, Ustaz Hassan telah membawa kereta yang dinaiki mereka bertiga dari Kuala Krai namun berhenti di Kuala Lipis kerana mengadu sakit dada.


Sesampai mereka di rumah jam 10.30 malam tadi, Ustaz Hassan terus mengadu sakit dada tetapi hanya mengesyaki akibat dari pajeri nenas yang beliau makan malam tadi.


Selepas tidak berhenti sakit, kira-kira jam 9.00 pagi tadi, Ustaz Hassan dihantar anak beliau ke Hospital Selayang. Selepas itu dibawa ke Unit Rawatan Jantung (CCU) dan meninggal dunia kira-kira jam 2.00 petang.


Jenazah beliau masih lagi di hospital kini.


Naznah yang merupakan rakan rapat keluarga Ustaz Hassan ketika bercerita kepada Harakahdaily berkata, buat pertama kalinya beliau dan isteri Ustaz Hassan, Puan Hamidah tidak mengiringi bersama suami masing-masing ke muktamar.


"Kali ini, Kak Midah berbolak-balik antara hendak pergi atau tidak ke muktamar kerana ada kenduri dekat sini. Hasilnya dia tidak pergi dan saya hanya pergi ke muktamar Dewan Muslimat dan terus pulang," cerita Naznah.


Sebelum timbalan Presiden, Ustaz Hassan pernah menjadi Naib Presiden dan juga Setiausaha Agung PAS. Beliau dianggap arkitek kepada Markas Tarbiyah PAS Pusat, Taman Melewar dan rumah beliau juga adalah bersebelahan dengan markas yang menjadi pejabat PAS sejak sekian lama sebelum berpindah ke Jalan Raja Laut.


Semasa menggulung perbahasan ucapan dasar, Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS, Mujahdi Yusof menyebut Ustaz Hassan adalah orang penting di belakang draf perlembagaan untuk memboleh tertubuhnya Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP).


Ini kerana, Ustaz Hassan adalah Pengerusi Jawatankuasa Teknikal pindaan perlembagaan untuk membolehkan DHPP ditubuhkan.


Jenazah Ustaz Hassan akan disembahyangkan jam 9.00 pagi esok di Surau Taman Melewar.
Selepas >

Al-Fatihah..............

Read more...

Ramai kanak-kanak perempuan merokok

>> Sabtu, 12 Jun 2010





KUALA LUMPUR 11 Jun - Apa nak jadi dengan anak-anak gadis sunti sekarang? Walaupun baru menginjak usia permulaan persekolahan tetapi sudah berani bertindak seperti orang dewasa.

Ini kerana, menurut Kementerian Kesihatan, bilangan budak perempuan berumur di bawah 10 tahun yang telah mula merokok adalah lebih ramai berbanding kanak-kanak lelaki dalam lingkungan usia tersebut.

Timbalan menterinya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, maklumat hasil kajian pada 2003 itu menunjukkan 28.8 peratus gadis di bawah umur tersebut mula berjinak-jinak dengan rokok atas sebab-sebab tertentu.

"Hasil kajian itu mengejutkan dan membimbangkan kita kerana peratusan tersebut adalah dua kali ganda lebih tinggi berbanding 14.1 peratus kanak-kanak lelaki di bawah 10 tahun yang mula merokok.

"Secara keseluruhannya, kajian itu mendapati sebanyak 16.4 peratus anak muda dalam lingkungan usia tersebut didapati mula atau pernah cuba merokok," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Tanpa Tembakau Sedunia 2010 peringkat Institut Perubatan Respiratori (IPR) di sini hari ini.

Hari Tanpa Tembakau Sedunia tahun ini ditumpukan kepada usaha mengelakkan gadis dan wanita daripada mula merokok kerana mereka dilihat menjadi sasaran baru pengeluar produk tembakau yang semakin kehilangan perokok lelaki.

Selain risiko strok, barah organ-organ utama, penyakit jantung dan paru-paru, perokok wanita menghadapai lebih banyak ancaman seperti masalah kesuburan, keguguran, kelahiran bayi tidak cukup bulan, barah pangkal rahim dan payu dara serta mempercepatkan proses penuaan.

"Laporan tersebut menunjukkan gadis lebih cenderung untuk mula atau cuba merokok dari usia muda dan ini membimbangkan kerana trend terkini menunjukkan perokok lelaki dewasa semakin berkurangan sementara perokok wanita semakin meningkat.

"Kanak-kanak sekarang juga lebih cepat 'dewasa' dan mereka lebih mudah dipengaruhi rakan sebaya serta iklan.

"Oleh itu, semua pihak termasuk ibu bapa, guru dan sekolah, masyarakat serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) perlu memantau anak-anak muda kita supaya tidak terjebak dengan ketagihan merokok," tegasnya.

Jelasnya, kajian berkenaan turut menunjukkan 33.1 peratus remaja berumur antara 13 hingga 15 tahun pernah cuba merokok sementara 20.2 peratus mengekalkan tabiat buruk tersebut.

"Kajian peringkat global turut menunjukkan kebanyakan individu mula merokok sebelum berumur 18 tahun dan jika trend ini berterusan, sebanyak 250 juta remaja akan menemui ajal akibat rokok," jelasnya.

Dalam perkembangan berasingan, Rosnah mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung pengumuman untuk menambah lapan hospital besar, 127 klinik dan 50 klinik 1Malaysia di seluruh negara.

"Langkah ini diharap dapat meningkatkan penjagaan kesihatan rakyat terutama melalui klinik 1Malaysia yang mendapat sambutan menggalakkan penduduk di pinggir-pinggir bandar," katanya.

Sumber - http://www.utusan.com.my

Read more...

Kenapa gerakan freemasonry takut sangat kepada pemuda islam yang solat di jemaah masjid

>> Jumaat, 11 Jun 2010








Read more...

Unit Khas Israel Menangis Ketakutan, Nampak Je Gedebe..

>> Isnin, 7 Jun 2010



Author: Ibnu Ir Fadzil | at : 6:16 PM | |
oleh : Mini Pavilion

GAZA - Media massa Turki menyiarkan rakaman bergambar mengenai tentera laut Israel yang menangis ketika menyerang armada pembebasan pada 31 Mei 2010.

Menurut sukarelawan-sukarelawan/aktivis mempertahankan diri sebaik sahaja tentera-tentera Israel menyerang kapal Mavi Marmara dengan tembakan peluru hidup, bom pemedih mata, gas dan seumpamanya di perairan antarabangsa. Ketika serangan itu, sukarelawan mahupun aktivis-aktivis sempat menangkap tiga tentera Israel serta merampas senjata dan dibuang ke laut, kemudian tentera-tentera itu dilepaskan.

Para sukarelawan menjelaskan, tentera-tentera Israel melepaskan tembakan ke kapal sebelum unit tentera Israel yang lain diturunkan dari helikopter(black-hawk) dan menembak para sukarelawan.

Ahli parlimen Kuwait, Walid At-Tabtabani berkata, 'tentera Israel telah bunuh beberapa sukarelawan sebelum unit tentera Israel yang lain diturunkan dari helikopter..sukarelawan pun tak mampu pertahanankan semasa di atas kapal, namun hanya berdaya menangkap tiga tentera Israel'.

Jelas beliau lagi bahawa ada seorang tentera Israel yang menangis teresak-esak ketika ditangkap para sukarelawan, malah mukanya pucat lesi sehinggakan ada lagi seorang tentera Israel terkencing di dalam seluar kerana terlalu takut dan gementar.

Sebelum melancarkan operasi yang dikenali 'angin syurga', Israel telah memilih tentera-tentera dari beberapa unit khas untuk melakukan serangan ke atas armada pembebasan.

Dalam serangan itu, sembilan para sukarelawan syahid dan berpuluh lagi mengalami kecederaan dan luka parah. Di samping itu, enam tentera Israel turut mengalami cederah parah. Sumber 06/06/2010, web berita safa.ps





Ketika pergelutan mempertahankan kapal Mavi Marmara



Nota: Gambar-gambar yang disiarkan ini bukanlah bertujuan untuk menimbulkan rasa simpati kepada 'lanun' yang menyerang kapal membawa bantuan kemanusiaan, namun para sukarelawan juga berhak untuk mempertahankan diri dan kapal dari dirampas.



Read more...

Lagu rasmi Parti PAS

JOM PAKAT-PAKAT IKUT LAGU NI


Read more...

Sejarah penubuhan PAS




video

Read more...

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP