SEBAB-SEBAB BERLAKUNYA AL-FUTUR ( MALAS ) DALAM PERSATUAN

>> Jumaat, 9 April 2010

Futur dari segi bahasa : Malas, menangguh-nangguh sesudah bergerak aktif dan bersungguh – sungguh .

Dari segi ishtilah : Ialah suatu penyakit yang menimpa kepada sebahagian para penggerak gerakan dakwah .bahkan ada yang sudah pun ditimpa penyakit ini .

Tahap al-futur yang paling rendah ialah : Malas, menangguh-nangguh, melengah-lengahkan .

Tahap al-futur yang paling tinggi ialah : Berhenti terus atau diam sesudah bergerak cergas secara berterusan .

Firman Allah Ta’ala :

“ Dan ingatlah segala yang ada di langit dan di bumi adalah milik kepunyaan Allah jua dan malaikat yang berada di sisinya tidak membesarkan diri dan tidak enggan daripada beribadah kepada-Nya dan tidak pula mereka merasa penat dan letih ” surah an-biya ayat 19-20

Dari ayat di atas jelas menerang kan kepada kita bahawa para malaikat sentiasa beribadah kepada Allah dengan menyucikan Allah dari sifat-sifat yang tidak layak bagi-Nya,mereka sembahyang dan mengingati Allah siang dan malam tidak merasa lemah, letih dan jemu .
Orang-orang yang benar-benar beriman perlu lah sabar di dalam melaksanakan segala suruhan dan meninggalkan segala larangan . ini kerana ganjaran yang akan diberikan oleh Allah Ta’ala kepada sesiapa yang melakukan demikian akan diberi ganjaran yang besar oleh Allah di akhirat kelak .Akan tetapi ramai yang tidak menyedari hakikat ini .

Firman Allah Ta’ala :

“ Maka beristiqomah lah (tetap teguh di atas jalan yang betul lurus yang membawa kepada pencapaian keredhaan Allah ) serta pohonlah kepada-Nya supaya mengampuni (dosa-dosa yang telah lalu ) ” surah fusisilat ayat 6

Sabda Rasulullah s.a.w:

“ Daripada Abu ‘Amr menurut satu pendapat Abu ‘Amrah Sufyan bin Abdullah Al-Thaqhafi r.a berkata “ aku bertanya wahai Rasulullah ! katakana lah satu perkataan kepadaku tentang Islam yang aku tidak perlu menanyakannya kepada orang lain “ sabda Rasulullah s.a.w “ ucapkan lah aku beriman dengan Allah kemudian beristiqhomahlah kamu ” ( imam muslim )

Dari dua dalil itu tadi menerangkan bahawa konsisten dalam melaksana amalan merupakan perkara yang di tuntut di dalam agama Islam .Ianya memerlukan kepada mujahadah dan kesabaran serta doa yang berpanjangan kepada Allah Ta’ala agar amal perbuatan kita di berikan kekuatan serta keberkatan .

Lumrah manusia sememang nya ada pasang surut nya seperti iman juga di ibaratkan seperti air laut kadang-kadang pasang kadang – kadang surut . Tetapi ada sekelompok kecil dikalangan manusia imannya surut dan tidak naik-naik .Perkara ini amat dibimbangi sekira merebak kepada diri kita terutama kepada mereka yang telah mewakafkan jiwa raga mereka dalam perjuangan islam. Mungkin disitu ada sebab – sebab tertentu yang perlu kita ketahui agar perkara tersebut dapat kita hindarkan bersama pepatah arab ada menyebut : “ mencegah lebih baik dari mengubat ” .Di antara sebab-sebab tersebut ialah

1. Sikap keterlaluan dan berlebih-lebihan di dalam agama .

Sabda Rasulullah s.a.w :

“ Jauhilah sikap keterlaluan dalam agama , maka sesungguhnya telah binasa mereka yang sebelum dari kamu disebabkan keterlaluan mereka dalam agama ”

sabda Rasulullah s.a.w:

“ Binasalah orang-orang yang berketerlaluan .baginda mengulanginya tiga kali ”

2. Membazir dan melampaui batasan dalam menggunakan sesuatu yang diharuskan .

Firman Allah Ta’ala :

“ Wahai anak adam ambillah ( pakaian ) perhiasan kamu ( tutup aurat ) pada setiap kali memasuki masjid (sembahyang ) makna dan minumlah kamu asalkan jangan berlebihan . sesungguhnya Allah S.W.T. tidak kasih atau suka orang-orang yang boros ( orang yang melampaui ) ”
Surah al-‘araaf ayat 31

3. Mufaraqah (meniggalkan) jemaah dan memilih hidup ber’uzlah dan berseorangan .

Firman Allah Ta’la :

“ Berpegang teguhlah kamu dengan tali Allah (agama) dan jangan kamu berpecah belah ”
Surah Ali Imran Ayat 103

Sabda Rasulullah :

“ Hendaklah kamu bersama jamaah dan janganlah kamu berpecah . sesungguhnya syaitan akan menghampiri orang yang berseorangan dan menjauhkan diri dari orang yang berdua sesiapa yang ingin berada di tengah syurga , maka ia hendaklah sentiasa bersama jamaah ”
( Riwayat Imam Tirmizi )

4. Kurang mengingati mati dan hari akhirat .

Sabda Rasulullah :

“ Aku telah melarang kamu dari menziarahi kubur , maka ziarahilah kubur sesungguhnya menziarahi kubur menjadikan kamu zuhud di dunia dan mengingatkan kamu tentang akhirat ”



5. Pengabaian melakukan ibadat harian .

Sabda Rasulullah :

“ Apabila salah seorang dari kamu tidur syaitan membuat tiga ikatan di bahagian tengkok kamu dan setiap ikatan diukir dengan perkataan engkau mempunyai malam yang panjang tidurlah . Apabila ia terjaga dan menyebut Allah maka satu ikatan itu akan terungkai ”

6. Mengambil makanan yang haram atau syubhah .

Firman Allah Ta’ala :

“ Wahai manusia makanlah apa yang ada di dunia makanan yang halal dan baik (bersih )janganlah kamu mengikuti jejak syaitan kerana sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata ”
Surah Al-Baqarah ayat 168

7. Penumpuan amilin ke atas sudut tertentu dari ajaran Islam .

Firman Allah Ta’ala :

” Wahai orang-orang yang beriman masuklah islam secara keseluruhan dan jangan mengikut jejak syaitan sesungguhnya syaitan bagi kamu adalah musuh yang nyata ” Surah Al-baqarah ayat 208

8. Gagal memahami sunatullah tentang alam dan penghidupan .

Sebahagian dari aktivis sesebuah persatuan @ pertubuhan yang bekerja di jalan Allah begitu bersemangat dan bersungguh-sungguh untuk mengubah suasana masyarakat secara drastic , sama ada yang berhubung dengan pemikiran , adat resam, ahklak , system masyarakat , politik ,ekonomi dengan pendekatan dan cara yang tidak berpijak di alam nyata , tanpa memahami reality yang dihadapi .mereka melakukannya dengan begitu berani dan sanggup berkorbankan apa saja.mereka tidak mengindahkan pengorbanan yang ..................

9. Mengabaikan hak tubuh badan kerana bebanan tugas dan tanggungjawab di samping kekurangan tenaga amilin .

Kita dapati sebahagian dari aktivis @ petugas Islam mengorbankan tenaga ,harta benda juga masa mereka dalam memberi khidmat kepada agama islam .mereka tidak mengambil kisah tentang kerehatan dan kesihatan diri .sikap yang demikian walaupun ianya perlu dilakukan disebabkan bebanan dan tugas yang banyak serta kekurangan tenaga kerja ,lama kelamaan mereka akan tidak mampu meneruskan kerja tadi kerana kelemahan tubuh badan mereka sendiri.

Sabda Rasulullah S.A.W :

“sesungguhnya kepada tubuh badan kamu hendaklah kamu memberi haq dan sesungguhnya pada mata kamu hendaklah kamu memberi haq dan sesungguhnya kepada isteri kamu hendaklah kamu memberi haq dan sesungguhnya pada tetamu kamu hendaklah kamu memberi haqnya. ”

10. Tidak bersedia menghadapi halangan dan cabaran dalam perjuangan .

Firman Allah Ta’ala :

“ Wahai orang-orang yang beriman sesungguhnya di kalangan isteri-isteri kamu dan anak-anak kamu adalah musuh kamu maka beringatlah kamu dengan mereka dan sekiranya kamu mengampun dan memaafkan mereka maka sesungguhnya Allah maha pengampun dan maha penyayang ”

Surah at-taghabun ayat 14

11. Mendampingi golongan yang tidak berjiwa besar .

Sabda Rasulullah :

“ Seseorang itu mengikut din (cara hidup) sahabatnya maka hendaklah salah seorang dari kamu melihat dengan siapa ia bersahabat ” ( Sunan abi daud )

12. Sambil lewa menjalankan tugas samaada di peringkat individu atau di peringkat jamaah .

Terdapat ramai di kalangan amilin sama ada di peringkat individu atau di peringkat organisasi secara keseluruhannya bila menjalankan tugas untuk agama Allah , mereka lakukannya secara sambil lewa , di mana mereka mengenepikan manhaj amal dan tidak sistematik .

Sabda rasulullah :

“ Sesungguhnya engkau akan pergi ke satu kaum yang terdiri dari ahli kitab . maka serulah mereka kepada syahadah , bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan Allah dan sesungguhnya aku adalah rasul Allah .sekiranya mereka mentaati engkau ( melafazkan syahadah ) maka terangkan lah kepada mereka bahawa Allah menfardhukan zakat ke atas mereka di mana ianya diambil dari orang kaya dikalangan mereka untuk diagihkan kepada golongan fakir dikalangan mereka ,sekiranya mereka mentaati engkau ( mengeluarkan zakat ) maka hendaklah engkau mengelakkan diri dari hanya mengambil harta yang mereka sayangi dan takutlah kamu dengan doa orang yang dizalimi maka sesungguhnya tidak ada dinding di antara doa orang yang dizalimi dengan Allah S.W.T .”

13. Terlibat dengan perbuatan jahat dan maksiat terutamanya melakukan dosa kecil serta memandangnya sebagai remeh .

Firman Allah :

“ Dan apa saja musibah yang menimpa kamu maka adalah disebabkan oleh perbuatan tangan kamu sendiri . dan Allah memaafkan sebahagian besar dari kesalahan-kesalahan kamu ” Surah syura ayat 30

Sabda Rasulullah :

“ Seseorang mukmin apabila melakukan dosa maka berlakulah satu titik hitam dalam hatinya .apabila ia bertaubat dan meninggalkan dosa serta beristigfar maka bersihlah hatinya dan sebaliknya jika ia menambah lagi dosa , maka akan bertambahlah titik hitam sehingga meliputi hatinya ” ( Imam Ahmad )

Rujukan :

Al-quran

Buku wabak sepanjang jalan karangan Dr Al Sayed Muhammad Noh

1 ulasan:

Muhamad Amirul bin Hasim 12 April 2010 pada 5:58 PTG  

-->> Allahhumma thabbitna a'la dienik, ninillazi ana'm talaimhim minannabiyin wassiddiqin wasyuhada' wassolihin..

Catat Ulasan

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP