Manisnya Berpoligami...

>> Khamis, 29 Julai 2010



Berpoligami merupakan sunnah Rasulullah..dan cara pelaksanaannya juga perlu mengikut sunnah Rasullah....kritikan terhadap mereka yang mengamalkan poligami jangan sampai boleh merosakkan akidah..kerana ia merupakan syariat yang dinyatakan di dalam Al-Quran.perkara ugama tidak boleh dikritik dengan menggunakan hawa nafsu semata-mata dan perlu merujuk pelaksanaannya dari sudut perspektif ugama supaya kita tidak mudah terpedaya dengan dakyah musuh-musuh Islam..

Read more...

Tambah Thaqafah

>> Selasa, 27 Julai 2010






English debating series where students from Madrasah Al-Maarif took on their counterparts from the American School.

Read more...

Kenapa Tak Ada Khutbah Jumaat Pasal GAY?


Mahu apa cakap lagi? Malaysia tercinta yang penuh dengan pelbagai maksiat. Mungkin jarang orang nak ulas isu ini. Isu Gay.

Sedar tidak sedar, rakyat muslim Malaysia banyak yang terlibat dengan kelakuan luar tabi`e ini. Tapi ramai yang tidak cuba untuk menyelesaikan dan membicarakan masalah yang kian membarah ini.

Asrama antara yang menyumbang.

Adakah masalah ini antara puncanya kerana ibu bapa tidak menggalakkan anak-anak lelaki mereka untuk berkahwin awal? Mungkinkah kerana ingin berkahwin secara halal dihalang oleh ibu bapa lalu budak-budak lelaki yang tengah bergelora ini mencari jalan mudah untuk melempiaskan nafsu mereka tanpa ada syak wasangka daripada masyarakat sekeliling, iaitu dengan cara homoseksual?

Saya tidak pernah dengar lagi sebarang khutbah Jumaat yang cerita berkenaan dengan GAY sedangkan budak-budak lelaki Muslim dah banyak terlibat dengan keruntuhan ini.

Sesuatu mesti dilakukan untuk menyelamatkan mereka dan membimbing mereka ke jalan Islam.

p/s: Dalam mengkaji tak rasmi masalah ini, negeri-negeri yang begitu menggerunkan dalam masalah GAY adalah Kuala Lumpur, Selangor, Johor, Sabah dan Sarawak.


http://hairulnizammathusain.blogspot.com/

Read more...

Zunar cipta dua rekod 'jenaka Malaysia'

>> Isnin, 26 Julai 2010

Kartunis Zunar

KUALA LUMPUR, 26 Julai: Kartunis Zunar atau nama sebenarnya Zulkiflee Anwar Ulhaque petang tadi bertindak menyaman Kementerian Dalam Negeri (KDN) kerana mengharamkan dua karya satiranya, '1Funny Malaysia' dan 'Perak Darul Kartun'.

Baginya, tindakan tersebut menjadi dua rekod sejarah pada dirinya dan dunia kartunisme negara.

"Hari ini, saya mencipta dua rekod, pertama, dua buku saya, 1Funny Malaysia dan Perak Daruk Kartun telah diharamkan.

"Kedua, sayalah merupakan kartunis pertama di Malaysia yang mencabar tindakan Kementerian Dalam Negeri," ujarnya di lobi Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.

Difahamkan arahan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusof mengarahkan kementerian merampas karya-karya Zunar menggunakan Seksyen 7, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan, 1984.

Bagaimanapun, Zunar berkata, tindakan Abu Seman itu sebagai pencubaan kerajaan untuk mengekang kebebasan bersuara dan berfikir sebagaimana dijamin oleh Artikel 10(1)(a) Perlembagaan Persekutuan.

Beliau turut menganggap tindakan itu sebagai ultra virus (tidak terdapat dalam skop) jika dirujuk pada akta berwajib.

Selain memfailkan saman di mahkamah, beliau turut mendesak pihak berwajib supaya membatalkan arahan pengharaman karya-karya satiranya itu.

Turut memfailkan saman berlainan di sini adalah Ketua Pengurus Eksekutif Malaysiakini.com, Premesh Chandran.

Difahamkan, karya 1Funny Malaysia yang turut dikomersialkan dalam kubik kartunkini, Malaysiakini mendorong beliau berbuat demikian.

Dalam perkembangan berkaitan, beberapa kartunis berkumpulan Zunar turut menyertai aksi bantahan di lobi mahkamah.


http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=27805:zunar-cipta-dua-rekod-jenaka-malaysia&catid=1:utama&Itemid=50

Read more...

India buat komputer RM112 tapi Malaysia RM1,000


Oleh: amkns

"India telah mencipta komputer riba termurah di dunia yang direka khusus untuk pelajar pada harga RM112 sahaja. Komputer itu dijangka diperkenalkan kepada institusi pendidikan tinggi bermula 2011. TAPI di Terengganu SEKOLAH RENDAH dibekalkan komputer riba yang berharga RM1,000. Patutlah India boleh beli 80 helikopter tentera baru pada harga RM 2.1 Billion, TAPI Malaysia beli 12 helikopter pada harga RM1.6 Billion.



1 helikopter di beli Malaysia untuk TUDM, boleh beli 5 helikopter baru tentera India.


********************************

Komputer riba India RM112.12

Berita Harian 25 Julai 2010


NEW DELHI: India muncul dengan komputer riba termurah di dunia, peralatan komputer skrin sesentuh yang berharga hanya sekitar AS$35 (RM112.12). Menteri Pembangunan Sumber Manusia India, Kapil Sibal minggu ini mengumumkan peralatan perkomputeran riba kos rendah yang direka khusus untuk pelajar, menyatakan jabatannya mula berunding dengan pengeluar global untuk memulakan pengeluaran secara besar-besaran tidak lama lagi.


“Kami sudah mencapai satu tahap pembangunan pada hari ini, papan induk, cip pemproses, sambungan, semuanya kos terkumpul sekitar AS$35 (RM112.12), termasuk memori, paparan dan segala-galanya,” katanya pada sidang media.


Beliau berkata peralatan sesentuh itu dipasang dengan pelayar internet, pembaca PDF dan kemudahan persidangan video, namun perkakasannya dicipta dengan fleksibel bagi membolehkan komponen baru ditambah mengikut keperluan setiap pengguna.


Kapil berkata peralatan komputer berasaskan Linux itu dijangka diperkenalkan kepada institusi pendidikan tinggi bermula 2011, namun sasaran itu ialah untuk menurunkan lagi harganya kepada AS$20 (RM64.07) dan pada akhirnya sehingga AS$10 (RM32.04).


Peralatan itu dibangunkan oleh pasukan penyelidik di institusi teknologi terkemuka India, Institut Teknologi India dan Institut Sains India.

India membelanjakan kira-kira tiga peratus daripada bajet tahunannya untuk pendidikan sekolah dan memperbaiki kadar kecelikan kepada lebih 64 peratus daripada sejumlah 1.2 bilion penduduknya.


Kajian yang dijalankan sebelum ini menunjukkan ramai pelajar tidak begitu mahir membaca atau menulis dan kebanyakan sekolah kerajaan tidak memiliki kemudahan mencukupi. – Reuters

http://www.tranungkite.net/v10/modules.php?name=News&file=article&sid=6664

Read more...

Burka Diharamkan & Wanita Muslim Dihalau Kerana pakai Burkinis di Perancis

>> Sabtu, 24 Julai 2010

Oleh: tayadihmaysia


Pakaian Burkinis

"Sepuluh hari lalu, MP Perancis telah mengundi untuk mengharamkan pemakaian "burka" di kawasan awam. Langkah yang sama turut diambil oleh Syria dan Belgium. Di bawah undang-undang baru itu, burka dan seumpamanya dilabelkan sebagai "penghinaan kepada nilai negara". Presiden Nicolas Sarkozy menyamakan pemakaian burka sebagai "sign of debasement". Manakala Menteri Imigresennya pula memanggilnya "a walking coffin".

Di bawah undang-undang baru itu, suami yang memaksa isterinya memakai burka boleh dikenakan denda sebanyak £25 000 atau setahun penjara.

Wanita yang memakai burka pula boleh dikenakan denda sebanyak £130 atas alasan mereka lazimnya tidak diberi peluang untuk memilih. Pesalah yang gagal membayar denda akan dipenjarakan. Undang-undang baru ini turut terpakai terhadap pelancong Muslim termasuklah ribuan pelancong kelas atasan dari Timur Tengah.



Belum pun reda isu tersebut, timbul pula isu baru apabila dua orang wanita Muslim dihalau keluar dari kolam renang kerana memakai "burkinis", iaitu bikini yang direka khas untuk menutup aurat si pemakainya. Kejadian ini berlaku di kawasan percutian Rives des Corbieres, Port Leucate, selatan Perancis.Kedua-dua orang wanita itu diberi kata dua sama ada memakai bikini yang lazimnya dipakai atau meninggalkan kolam renang tersebut. Percaya atau tidak, mereka dihalau dari kolam renang itu atas alasan .

Diskriminasi dan penentangan terhadap nilai dan ajaran Islam kian meningkat sejak belakangan ini. Oleh itu, janganlah terlampau mengagung-agungkan negara Barat yang hari ini kerana sebahagian pemimpin dan rakyatnya kini semakin agresif menjayakan kempen islamophobia di seluruh dunia.

www.duniacacamarba.blogspot.com

Read more...

Pemimpin PAS Selayaknya Sederhana

>> Jumaat, 23 Julai 2010




Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat


Pemimpin PAS :
Ambillah Gaya Hidup
Yang Sederhana

1. Sebaik - baik perkara ialah pertengahannya [ sederhana ]
خير الأمور أوسطها.

Tidak melampau [ ifrat ] dan tidak terlalu bermudah - mudah . [ tafrit ] .


2. Sederhana adalah lambang keutuhan dan kemuliaan peribadi . Pemimpin yang hidup dalam kesederhanaan adalah pemimpin yang berjiwa besar justeru ia tidak dipengaruhi oleh nafsu tamak dan gelojoh .


3. Pemimpin yang mengambil gaya dan cara hidup secara sederhana juga merupakan pemimpin yang hebat justeru ia tidak terpedaya dengan bujukan nafsu dan syaithan untuk bermudah - mudah atau meringan - ringankan amanah dan tanggungjawab sebagai seorang hamba terhadap tuhannya .


4. Kini rata - rata pemimpin PAS menang pilihanraya menjadi wakil rakyat samaada diperingkat DUN atau parlimen malah ada yang bergelar Menteri Besar dan exco kerajaan negeri . Alhamdulillah , ianya satu penghormatan dan kepercayaan rakyat kepada PAS . Namun berwaspadalah , agar lifestyle kalian masih kekal utuh dalam frame seorang pemimpin yang beriman , bertaqwa , berakhlak dan sederhana .


5. Usah terpedaya dan terpengaruh dengan cara hidup orang lain apatah lagi musuh . Sekalipun kalian memang layak dan memiliki kekayaan melalui cara yang benar dan halal , namun ambil lah hukum wara' atau zuhud dalam kepimpinan dan penampilan kalian . Usah bermewah dengan harta yang dimiliki tetapi tidaklah sampai kelihatan selekeh , lusuh dan tidak ceria . Sederhanalah dalam segalanya .



6. Wara' bukan bermaksud berjalan tunduk tanpa mendongak wajah dan zuhud pula bukan bermakna selekeh tanpa set pakaian yang baru dan kemas . Tetapi wara' dengan maksud tidak berlebih - lebih menggunakan nikmat kekayaan halal yang kita miliki sementara zuhud pula ialah menggunakan nikmat kekayaan yang dimiliki tanpa hati terpengaruh dan terpaut padanya.


7. Gerakan Islam seperti PAS selayaknya mendokong feqh wasatiah [ kesederhanaan ] ini dalam usaha mendapatkan tempat di sisi Allah swt dan menarik sokongan rakyat kepada perjuangan suci yang didokong . Rata -rata manusia tidak senang dan muak dengan manusia yang berlebih - lebihan dalam penampilan gaya hidup serta menunjuk kaya dan mewah mereka.


8. Feqh wasatiah bukan hanya dipakai dalam aliran pemikiran dan prinsip hidup tetapi juga dalam penampilan , cara dan gaya hidup [ lifestyle ] . Janganlah setahun dua jadi wakil rakyat , perubahan ketara dan mendadak berlaku dalam hidupnya seperti membina rumah besar , memiliki kenderaan baru dan mahal .


9. Bukanlah salah memiliki rumah luas dan kenderaan yang baik , tetapi bersederhanalah . Jika tidak , pemimpin PAS akan kehilangan haibah [ kehebatan ] dan quwwah [ kredebiliti ]. Sifat dan amalan sederhana mendekatkan pemimpin PAS dengan rakyat marhain. Mudahnya amalan bersederhana ini ialah mengambil sesuatu seperlunya . Jika ia perlukan rumah 5 bilik dengan jumlah keluarganya yang ramai maka milikilah , ia menepati keperluan . Demikianlah kenderaan , jika perlukan kenderaan yang baik kerana keperluannya berjalan jauh saban hari mengambil undangan amal islami yang diperjuangkan , maka ambillah justeru ia menepati keperluan . Apa yang tidak disenangi ialah berlebih - lebihan dari had keperluan dan bermewah - mewah .


Rumah Tuan Guru Nik Abdul Aziz

10. Kita tidak mahu menjadi pemimpin parti yang petah mengungkap serta meriwayat contoh zuhud dan wara'nya Tuan Guru Hj Nik Abd Aziz , Tuan Guru Hj Abd Hadi dan Ust Azizan Razak , walau mereka dipuncak kuasa tetapi tetap :

* tinggal di kediaman asal yang serba sederhana ,
* nilai pakaian mereka seperti rakyat awam ,
* mereka mengamalkan jimat cermat dalam kehidupan sehariannya ,
* keraian mereka tidak mewah
* elaun mereka dikembalikan kekantung pembendaharaan negeri

tetapi malang , jika kita sendiri gagal untuk mencontohinya .

Sumber : http://episodeperjuangan.blogspot.com/

Read more...

Najib Altantuya: 380,000 Puteri UMNO harus berkorban..




Oleh: dewa

"Najib Razak a.k.a. Najib Altantuya hari ini melancarkan Bilik Gerakan Khas Pilihan Raya Pergerakan Puteri UMNO yang bertanggungjawab mengumpul maklumat dari 380,000 Puteri UMNO mengenai pengundi dan peti undi peringkat negeri serta Parlimen.

Turut hadir pada majlis itu ialah Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin. Artikel mendedahkan operasi rahsia Puteri UMNO hasil temubual eksklusif dengan Puteri-puteri UMNO, kui kui.

Mas Ermieyati, yang juga Exco Puteri UMNO, berkata pergerakan itu kini sudah mempunyai kira-kira 380,000 anggota dan akan terus agresif meningkatkan jumlah daftar wanita sebagai pengundi baru.

Katanya sehingga suku pertama tahun ini, seramai 1.298 juta pengundi wanita berumur 21 hingga 35 tahun telah mendaftar sebagai pengundi di seluruh negara. 1.2 juta pengundi wanita ini akan menjadi sasaran utama kerakusan Puteri UMNO.

Apa kaedah yang biasa dipakai Puteri UMNO dan akan terus dipakai? Penulis pun tak tahulah. Justeru, penulis telah menemubual Puteri-puteri UMNO yang penulis kenali..

Rupanya, ada beberapa taktik lazim:

1. DEDAHKAN 'KEZALIMAN' ISLAM

UMNO menerusi pelbagai cawangannya akan terus mendedahkan 'kezaliman' undang-undang shariah yang diperjuangkan PAS khususnya ke atas kaum wanita. Memandangkan Puteri UMNO wanita, hujah mereka lebih senang didengar oleh masyarakat bukan Islam dan wanita.


2. GUNAKAN DANA KEBAJIKAN

Memandangkan Puteri UMNO sebahagian dari UMNO, dan duit negara merupakan duit UMNO dalam kepala mereka, Puteri UMNO akan digunakan sepenuhnya untuk mengenalpasti golongan miskin tegar agar sedikit duit dan kain palekat dapat diberikan kepada mereka menjelang PRU kelak.


3. TARIAN Provokasi


Sempena PRU, Puteri UMNO akan terus menggelek-gelek sambil ketawa dan menepuk punggung untuk menyindir tuduhan liwat ke atas pemimpin Pakatan, Anwar Ibrahim, sepeti yang lazim mereka buat sempena pilihanraya kecil.


4. Menangis


Berbeza dengan PRU lepas, kali ini Puteri UMNO akan lebih agresif dengan menangis-nangis untuk merayu simpati masyarakat demi mempertahankan 'ketuanan' dan kepentingan Melayu.


5. Dakwa Dicabul


PAS perlu berhati-hati kerana Puteri UMNO boleh mengadu bahawa mereka dicabul bila-bila masa sahaja. Sedangkan lelaki pun tanpa malu-malu mengaku bontot telah dicabul tanpa kerelaan sesudah disapu minyak, inikan pula wanita.

Puteri-puteri UMNO yang ditemubual melahirkan rasa hampa mereka ke atas Tok Guru, pemimpin Pakatan dan ahli Pakatan yang kesemuanya menjadi ' boneka' DAP. Sumber rujukan mereka ialah Utusan yang mereka baca hampir setiap hari..

Penulis cukup sedih melihat Puteri UMNO. Muka ada juga yang hot tapi IQ macam lembu dicucuk hidung.. Apa pun, Najib dan BN pasti menggunakan Puteri UMNO sepuas-puasnya..

Keghairahan UMNO merampas kuasa di Perak akan diteruskan dengan sokongan padu Puteri UMNO nampaknya..."

sumber : http://www.tranungkite.net/v10/modules.php?name=News&file=article&sid=6561

Read more...

Rela Melayu berpecah dalam mentaati perintah Allah daripada berpadu dalam mendur



TEMERLOH, 21 Julai: Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, itu PAS lebih rela Melayu berpecah dalam mentaati perintah Allah daripada berpadu dalam mendurhakai Allah

Dalam kenyataan bertulis yang dihantar kepada Harakahdaily, Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang mempersoalkan, apakah apa yang dibuat oleh Umno sekarang untuk perpaduan bangsa atau Islam.

Beliau dipercayai mengulas usaha yang dibuat oleh Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria yang cuba mengheret PAS agar bersatu dengan Umno atas landasan untuk kepentingan Melayu dan Islam.

Ia dilihat sebagai usaha untuk menyelamatkan Umno yang sedang karam dan cuba untuk menyeret PAS ke arah permasalahan itu.

"Isu perpaduan Melayu kembali bergema. Kali ini ianya melibatkan usaha golongan agama (Mufti) dan kepimpinan Umno," tulis Tuan Ibrahim dalam kenyataannya.

Pelbagai komentar dan pandangan dari pelbagai pihak diambil bagi menyokong usaha perpaduan Melayu ini; sekaligus seolah-olah sesiapa yang tidak inginkan perpaduan Melayu adalah golongan yang bertindak bertentangan dengan kehendak Islam.

Menurutnya, pelbagai ayat Quran dan hadis bergema bagi menyokong usaha ini.

"Sebagaimana biasa PAS menjadi sasaran bilamana dengan tegas menolak hasrat perpaduan dengan Umno," katanya.

"Isu besar ialah apakah untuk perpaduan bangsa atau perpaduan Islam. Kalau perpaduan bangsa; kenapa hanya Melayu perlu berpadu, bagaimana bangsa lain dalam negara. Apakah kerajaan suka kalau bangsa lain berpecah yang juga akhirnya melemahkan negara," kata Tuan Ibrahim, bekas pensyarah pengajian Islam UITM itu.

"PAS Menyatakan dengan tegas kita perlu bersatu di atas landasan yang digariskan oleh Allah; iaitu "Bertolong bantulah kamu dalam perkara kebaikan dan taqwa, dan jangan bertolong bantu dalam perkara dosa dan permusuhan".

"Lantaran itu PAS lebih rela melayu berpecah dalam mentaati perentah Allah daripada berpadu dalam mendurhakai Allah," kata beliau.

PAS, katanya, tidak akan merelai perpaduan bagi mendokong tindakan yang bertentangan dengan Islam yang ditaja oleh Umno.

"Mereka sanggup menghalalkan perjudian di atas nama kebajikan dan sukan, serta pelbagai penyelewengan. Di saat rakyat tenderita dengan tekanan hidup akibat kenaikan kos hidup, rakyat melihat Umno gagal menjaga bangsa dan agama, maka jangan kegagalan ini disalahkan PAS," tambah beliau.

Katanya, di saat rakyat menderita dengan tekanan hidup akibat kenaikan kos hidup, rakyat melihat Umno gagal menjaga bangsa dan agama, maka jangan kegagalan ini disalahkan PAS kerana lebih 50 tahun Umno diberi kepercayaan oleh orang melayu Islam.

"Umno membelakangkan soal perpaduan; kelantan terus ditindas bahkan negeri Pakatan Rakyat terus diserang saban waktu. Tangan kiri mengholor perdamaian, tangan kanan terus menekan dan menindas bangsa sendiri.

"Kami tidak mahu memikul pengkhianatan UMNO kepada agama. 50 tahun negara ini tidak pernah merasai berjalannya hukum Allah secara menyeluruh, riba rasuah, pusat maksiat berleluasa sehingga remaja seolah-olah tiada hala tuju," katanya.

Rakyat miskin, katanya, terus dibeban dengan kenaikan kos hidup; di waktu yang sama syarikat swasta kroni pemerintah terus menikmati subsidi luas biasa seperti IPP (Independent Power Producers).

Syarikat konsesi tol pula tidak dipotong subsidi mereka bahkan pembaziran terus berleluasa.

"Di saat negara berada dalam situasi paling buruk dalam sejarah dengan pelbagai isu besar spt penyerahan Blok L,M kepada Brunei, Tanah KTM di Singapura, Isu kemerosotan dana Felda yang mengejutkan, serta pelbagai gejala social yang berlaku menuntut rakyat membuat perubahan besar; bukan meminta PAS memikul sama kemungkaran ini," tegas beliau.

Sumber : http://www.harakahdaily.net/v2/

Read more...

Penantian 7 tahun berbaloi

>> Selasa, 20 Julai 2010




BAHAGIA...Mohd Rizal dan Norhayu memangku (dari kanan) Putri Nur Adlina, Putri Nur Adriana, Putri Nur Afina dan Putri Nur Aina.
BAHAGIA...Mohd Rizal dan Norhayu memangku (dari kanan) Putri Nur Adlina, Putri Nur Adriana, Putri Nur Afina dan Putri Nur Aina.
Bagi pasangan Mohd Rizal Shaari, 33, dan Norhayu Mat Hanafi, 29, kelahiran bayi kembar empat itu memang tidak dijangka dan bersyukur kerana dikurniakan empat cahaya mata sekali gus.

Mereka terharu dengan anugerah tidak ternilai itu kerana sudah lama berusaha mendapat zuriat sendiri.

Mohd Rizal yang ditemui di rumah ibu mentuanya di Kampung Baru Asun, dekat sini, berkata, mereka terkejut apabila doktor yang melakukan pemeriksaan ketika permulaan isterinya hamil memberitahu bakal mendapat kembar tiga.

“Kami sudah membuat persiapan menyambut ketiga-tiga cahaya mata termasuk membeli pakaian dan peralatan mereka.

“Bagaimanapun, kami terkejut apabila isteri bersalin pada 4 Mei lalu anak kembar empat, namun amat bersyukur dengan anugerah itu.

“Keempat-empat bayi dilahirkan itu tidak cukup bulan menyebabkan mereka ditahan di HPP, tetapi isteri dibenarkan pulang pada 28 Jun lalu manakala semua anak kami dibenarkan keluar pada 1 Julai lalu.

“Kami bersyukur semua kembar sihat dan tidak menang tangan melayan kerenah mereka,” katanya.
Click Here

Mohd Rizal, juruteknik di sebuah kilang plastik di Pulau Pinang berkata, keempat-empat anak kembar seiras itu diberi nama Putri Nur Adlina seberat 1.2 kilogram (kg), Putri Nur Adriana (900 gram), Putri Nur Afina (1kg) dan Putri Nur Aina (1.1kg).

Sementara itu, Norhayu, suri rumah sepenuh masa berkata, suaminya terpaksa membeli barangan dan keperluan untuk seorang lagi kerana sebelum ini hanya membuat persiapan untuk tiga bayi.

Katanya, mereka berdua puas berusaha mendapatkan zuriat sebelum ini termasuk menggunakan kaedah rawatan moden dan tradisional selain berdoa.

“Pada peringkat awal kehamilan, saya amat risau kerana mengalami alahan serius termasuk kerap muntah dan tiada selera makan.

“Namun, saya bersyukur keempat-empat bayi kami selamat dilahirkan dan sihat.

“Penantian kami selama tujuh tahun untuk mendapat zuriat berbaloi apabila dikurniakan empat anak kembar perempuan yang comel,” katanya yang mahu menambah lagi zuriat pada masa depan.

http://www.hmetro.com.my/

Read more...

Krisis Bekalan Gula

>> Isnin, 19 Julai 2010




Read more...

Melayu lebih mulia tanpa Umno




KUALA LUMPUR, 19 Julai: “Melayu akan lebih kukuh dan mulia tanpa Umno, dan Malaysia akan lebih maju tanpa Umno," kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

Sehubungan itu, beliau mengucapkan terima kasih kepada Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria kerana meyakini kuasa politik melayu akan hilang pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 nanti.

"Saya ucap terima kasih kepada Tan Sri Harussani kerana begitu kasyaf tentang politik negara yang nampak kuasa politik Melayu iaitu Umno akan hilang.

"Dan kita yakin kuasa politik baru akan wujud yang dikuasai Melayu serta semua kaum yang ditunjangi Pakatan Rakyat suatu masa nanti," katanya pada sidang media di Pejabat Agung PAS, pagi tadi.

Hadir sama ialah seorang lagi Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub.

Menurut beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena, orang Melayu tidak perlu risau jika PAS dan Umno tidak bersatu kerana hak orang Melayu lebih terbela tanpa Umno.

Umno, katanya sudah jelas terbukti sebuah parti yang menghakis kepentingan Melayu bukan membela Melayu.

Salahudin pula memberitahu, PAS tidak pernah membuat sebarang keputusan untuk menghantar mana-mana pihak atas tujuan menjalin kerjasama politik dengan Umno.

"Kita dah tutup buku kerjasama dengan Umno.

"Dakwaan (kerjasama) itu satu ftnah, mereka cuba menghakiskan kepercayaan penyokong dan ahli PAS terhadap pemimpin PAS," katanya yang juga ahli Parlimen Kubang Kerian.

Katanya, PAS sudah memutuskan akan tetap komited bersama Pakatan Rakyat dan isu kerjasama dengan Umno tidak berbangkit.

Dalam pada itu, mengulas dakwaan wujud perbezaan pandangan antara Muhyidin dengan Najib berhubung isu kerjasama ini, Mahfuz berkata Muhyidin seperti mempunyai agenda dalaman menjatuhkan Presidennya.

Muhyidin jelasnya sedang berusaha meyakinkan pemimpin dan ahli Umno lain bahawa Najiblah punca kuasa politik Melayu yang diperjuang parti itu terhakis.

"Muhyidin sedang bina imej untuk jadi hero Melayu dalam Umno.

"Dia sedang mengambil kesempatan mengajak pemimpin Umno lain tikam Najib daripada belakang," katanya.

Sumber : http://www.harakahdaily.net/v2/

Read more...

Israel terbit animasi propaganda Mavi Marmara

>> Sabtu, 17 Julai 2010




KUALA LUMPUR, 17 Julai: Israel terpaksa mengeluarkan sebuah video animasi Mavi Marmara bagi menyebarkan propaganda mereka tentang kejadian serangan menurut kaca mata dan kehendak mereka.

Laman web http://www.lifeline4gaza.org melaporkan, ini kerana rakaman video asli tidak seiring dengan pembohongan mereka.

Video animasi yang dikeluarkan oleh Israeli Defense Forces (IDF) itu telah disebarkan melalui YouTube oleh @gangreentv.

IDF menggunakan grafik komputer berteknologi tinggi bagi menunjukkan keadaan di atas kapal Mavi Marmara ketika pasukan komando melakukan serangan ke atas aktivis kemanusiaan di atas kapal tersebut.

“Usaha sedang dijalankan untuk menterjemah sepenuhnya paparan video berbahasa Hebrew ini,” laporan laman web itu dipetik.

Anda boleh lihat Video Propaganda Mavi Marmara di blip.tv.

Sumber : http://www.harakahdaily.net/v2/

Read more...

Isteri Idaman Pemuda Mansurah

Berikut adalah tips yang telah disarankan oleh pakar motivasi kita yang terkemuka iaitu Datuk Dr Fadilah Kamsah, yang dipetik dari majalah jelita. InsyaALLAH tips-tips yang disarankan ini dapat memulihkan hubungan suami isteri. Tips ini khas buat si isteri :


1. Apabila berbual becakap atau berbincang, gunakan hubungan mata, gerak hati, pegang tangan erat-erat, duduk rapat-rapat, baring bersama dan bernafas serentak, ajak atau biarkan pasangan anda berbaring di atas ribaan.

2. Cuba masak yang paling sedap untuk suami setiap masa. Usah paksa suami komen apabila dia hanya berdiam diri.


3. Temankan pasangan apabila melakukan kerje bersendirian pada waktu malam.


4. Letakkan barang-barang keperluan suami di tempat lazim agar mudah dia mendapatkannya.


5. Tolong bawa barang walaupun suami kita mampu membawa semua.


6. Bacakan berita yang menarik perhatian pasangan atau buat keratan berita yang disukainya daripada akhbar atau majalah.


7. Megemas tempat tidur umpama baru kahwin.


8. Ceritakan karenah anak yang membuatkan anda gembira atau geli hati kepada pasangan.


9. Usah dera pasangan secara fizikal atau batin .


10. Tunjukkan minat mengenai perkara yang dilakukan pasangan, kerje yang dibuat dan orang yang ditemui.


11. Apabila pasangan kurang sihat, beri perhatian sewajarnya. Manjakan pasangan seperti kita memanjakan anak.


12. Beri tindak balas positif apabila mendegar pasangan bercerita.


Sumber : http://ahmadtaufik.wordpress.com/2006/11/13/isteri-solehah/

Sumber : http://aqidah-falsafah86.blogspot.com/

Read more...

Indonesia Kaji Arah Tepat Kiblat

2010/07/17
Kajian dapati rakyat solat tidak hadap Kaabah

JAKARTA: Badan Komunikasi Maklumat dan Penerbitan Nahdlatul Ulama (PBNU) akan memaklumkan penentuan secara tepat arah kiblat Indonesia petang ini selepas arah kiblat republik itu selama ini disahkan salah kerana ia menghala ke Tanzania, Somalia Selatan dan Kenya, bukan ke arah kaabah di Makkah.

Kesilapan itu dikesan selepas Majlis Ulama Indonesia (MUI) membuat kajian ulangan penentuan kiblat negara itu, dan mengesahkan arah yang difatwakan selama ini adalah salah.

Ketua PBNU dan Pengurus Besar Nadhlatul Ulama, HM Sulthan Fatoni berkata ‘Rashdul Kiblat’ (penentuan arah Kiblat) akan ditetapkan jam 16.26 petang ini waktu tempatan, apabila kedudukan matahari berada tepat di atas Kaabah.

“Pada waktu itulah bayang matahari ke atas semua benda yang berdiri tegak pada permukaan datar menghala tepat ke arah Kaabah.

“Waktu ini perlu dimanfaatkan umat Islam negara ini membetulkan arah kiblat masjid, surau dan tempat bersolat lain yang mungkin belum tepat. Kaedah ini disahkan betul dan dapat menunjukkan arah kiblat yang sebenar,” katanya yang dipetik laman web berita inilah.com.

Sulthan berkata pandangan ini merujuk kepada ketetapan yang dibuat Lajnah Falakiyah PBNU dalam bidang astronomi.
Beliau berkata Kaabah berada pada kedudukan barat laut dan condong 20 hingga 25 darjah arah utara dari Indonesia. – Agensi

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Indonesiakajiarahtepatkiblat/Article

Read more...

Belajar Bahasa Arab

>> Jumaat, 16 Julai 2010



Read more...

Bawa Family Jalan-Jalan

Alhamdulillah pada hari khamis 15/7/2010 ana cuba mencuri masa nak bawa isteri dan anak berjalan-jalan sekitar mansurah..banyak perkara baik yang boleh diambil dalam perjalanan kami ni.maklum lah musim panas ni semua orang cuti jadi kita gunakan dengan sebaik nya..diantara tempat yang kami lawati ialah..:

1-Makam Imam Sheikh Sya'rawi
2-Makam Sheikh Jadul Haq
3-Makam Abdullah bin Salam
4-Ladang anggur, epal dan jagung .
5-pantai Batruh .



Bergaya dalam kereta adik raqib..mahal kereta ni le 500..he3..

Di pantai batruh (di dumyat)..tapi tak mandi pun..he3..miqdad takut air laut

Apa tengok2..mungkin itu lah yang diperkatakan oleh miqdad..dia masjid sheikh Jadul Haq(bekas Sheikh Al-Azhar)

Miqdad dah kawan dengan arab sekarang ni yer...

Ustaz amer bukhari mushrif kami..arab ni guru bahasa arab.

Di makam Abdullah bin salam ( sahabat nabi yang berbangsa yahudi )..arab sebelah ana ni dia pelajar usuluddin tahun dua mansurah..duduk kat kampung ni..nama dia toha..

Saluran air yang di salurkan ke kebun anggur

Ehmmm..sedapnyer anggur..tapi boleh ambik gambar jer lah..nak makan kena beli..

Bergambar dengan cucu sheikh sya'rawi nama dia ahmad bin abdur rahim bin ahmah (imam syarawi)

kenang-kenangan..sebab ramai yang dah nak balik malaysia


Ni lah pemandangan dari dalam perputakaan Imam sheikh sya'rawi..miqdad dan raqib cuba-cuba nak study kat atas meja

Umi dapat member baru..hu3.makcik ni penjaga makam sheikh syarawi

Di makam sheikh sya'rawi ( seorang ulama pentafsir Al-quran kurun ini )

Amboi miqdad tolong cuci tangan achik yer ?...

us rashidi dan zaujah dapat hadiah terung dari pekerja ladang ni..jangan masak us rashidi tau mahal tu !! he3..awet buat kenangan..

Miqdad pakai spek hitam...first time jalan2 kat mesir..


Himar pun pandai posing dah sekarang ...!! jangan main2..kat dalam kebun epal

Read more...

Tell Me Why-Declan Galbraith

>> Rabu, 14 Julai 2010




In my dream children sing a song of love for every boy and girl
The sky is blue and fields are green and laughter is the language of the world
Then I wake and all I see is a world full of people in need

Tell me why (why) does it have to be like this?
Tell me why (why) is there something I have missed?
Tell me why (why) cos I don't understand.
When so many need somebody we don't give a helping hand.
Tell me why?

Everyday I ask myself what will I have to do to be a man?
Do I have to stand and fight to prove to everybody who I am?
Is that what my life is for to waste in a world full of war?

Tell me why (why) does it have to be like this?
Tell me why (why) is there something I have missed?
Tell me why (why) cos I don't understand.
When so many need somebody we don't give a helping hand.
Tell me why?

(children) tell me why? (declan) tell me why?
(children) tell me why? (declan) tell me why?
(together) just tell me why, why, why?

Tell me why (why) does it have to be like this?
Tell me why (why) is there something I have missed?
Tell me why (why) cos I don't understand.
When so many need somebody we don't give a helping hand.

Tell me why (why,why,does the tiger run)
Tell me why (why why do we shoot the gun)
Tell me why (why,why do we never learn)
Can someone tell us why we let the forest burn?

(why,why do we say we care)
Tell me why (why,why do we stand and stare)
Tell me why (why,why do the dolphins cry)
Can some one tell us why we let the ocean die ?

(why,why if we're all the same)
tell me why (why,why do we pass the blame)
tell me why (why,why does it never end)
can some one tell us why we cannot just be friends?

Read more...

Adik Aku Dah Dertunang





Upacara memakaikan cincin tunang..bakal adik ipar aku..Ibu3..!!!.bakal menerima menantu lagi

Alhamdulillah majlis pertunangan adik ana berjalan lancar secara sederhana ..adik kedua umur muda setahun jer dengan ana..ana doakan semoga dipermudahkan untuk berkahwin..

Bila tengok muka ibu rasa nak balik malaysia lah pulak..hehehe..

Read more...

Saintis Iran diculik perisik AS larikan diri





2010/07/14
TV Iran menyiarkan dua gambar Shahram Amiri yang didakwa diculik perisik Amerika.
TV Iran menyiarkan dua gambar Shahram Amiri yang didakwa diculik perisik Amerika.
Amiri sembunyi di kedutaan Pakistan di Washington

TEHERAN: Seorang saintis nuklear Iran yang mendakwa diculik ejen perisikan Amerika Syarikat (AS) berlindung di kedutaan Pakistan di Washington yang menjaga kepentingan republik itu, lapor media tempatan semalam.

“Shahram Amiri, pakar Iran yang diculik, berlindung di bahagian kepentingan Iran di Washington beberapa jam lalu,” kata laman web televisyen tempatan.


Dalam satu laporan berasingan, agensi berita Mehr berkata Amiri yang ‘diculik AS pergi ke bahagian kepentingan Iran dan meminta untuk segera dihantar pulang ke Teheran.’

Kepentingan Iran di AS diuruskan kedutaan Pakistan kerana Teheran dan Washington tidak mempunyai hubungan diplomatik sejak lebih tiga dekad lalu.

Pihak berkuasa Iran sekian lama percaya Shahram diculik ejen AS dari Arab Saudi tahun lalu di mana beliau mengerjakan umrah.

Iran minggu lalu berkata ia sudah menghantar ‘bukti’ kepada kedutaan Switzerland bahawa Shahram diculik ejen perisik Amerika. Kedutaan Switzerland menguruskan kepentingan Washington di Iran.

“Kami menjangka berdasarkan pematuhan pentadbiran Amerika, pihak berkuasa negara itu akan mengumumkan keputusan siasatan berhubung warga Iran terbabit,” kata jurucakap Kementerian Luar, Ramin Mehmanaparast.

Pada 29 Jun lalu, televisyen Iran menyiarkan satu video seorang lelaki mendakwa sebagai Shahram dan menyatakan dia berjaya melarikan diri dari tangan ejen perisik Amerika di Virginia.

“Saya mungkin ditahan semula pada bila-bila masa oleh ejen Amerika. Saya tidak bebas dan saya tidak dibenarkan menghubungi keluarga saya. Jika sesuatu berlaku dan saya tidak kembali hidup-hidup, kerajaan Amerika bertanggungjawab,” katanya.

“Saya meminta pihak berkuasa Iran dan organisasi yang mempertahankan hak asasi manusia supaya memberi tekanan kepada kerajaan Amerika untuk pembebasan saya,” kata lelaki terbabit bahawa dia tidak ‘belot’ negaranya sendiri.

Di MADRID, Menteri Luar Iran, Manouchehr Mottaki berkata Shahram sepatutnya dibenarkan meninggalkan Amerika Syarikat dan pulang ke negaranya tanpa masalah.

Bercakap pada sidang media di sini, Mottaki mengesahkan Shahram meminta kedutaan asing yang mewakili Iran di AS agar menghantarnya pulang segera.

Menteri luar berkenaan yang berada di Sepanyol untuk lawatan, berkata Shahram hendaklah dibenarkan pulang ke pangkuan keluarganya tanpa sebarang halangan. – AFP/AP

http://www.bharian.com.my/bharian

Read more...

Handset Aku Hilang

>> Jumaat, 9 Julai 2010


Alhamdulillah...bersyukur kepada Allah..handset ana hilang tengahari tadi semasa naik teksi tadi..cicir dalam teksi,lepas solat jumaat tadi ana terus telefon handset ana yang hilang tu..lepas tu yang jawab adalah seorang arab..ana tanya dia "kau kat mana tu?" lepas tu dia kata : "apa ?kau tanya aku kat mana..kau salah no ni .." lepas tu dia tutup handset...ana cuba tel lagi, dia dah tutup handset tu.

saja cerita cuma nak bagitahu lepas ni siapa yang nak tel ana boleh tel hand set ana zaujah ana..

Read more...

Ibtila' di Jalan Dakwah

>> Khamis, 8 Julai 2010



1. Perjuangan Islam ini sememangnya telah dijanjikan ibtila' [ ujian\onak duri ] yang bakal merintang disepanjang jalannya. Perit , jerit dan penat lelah dalam menggalas beban amanah perjuangan menjadi sunnah.

2. Cumanya , sebagai insan yang serba dhaif ini terkadang seperti mahu mengaku kalah . Hanya aqidah perjuangan yang dibina sekian lama masih teguh membentengi diri .

3. Lebih menarik , tekanan dan halangan luaran tidaklah menjadikan diri kita lemah , tetapi apabila berdepan dengan ujian dalaman terutama atas apa yang berlaku pada diri kita sendiri sementara orang lain pastinya tidak mengetahui penderitaan yang sedang kita alami .

4. Terkadang hati pejuang ini akan menangis sendirian melepaskan berat beban yang menindih guna mencari nafas baru dan saki baki kekuatan diri . Mungkin cara ini berkesan untuk meringankan beban perasaan bila berdepan dengan susah sukar perjuangan . Saya masih ingat bagaimana bicara Tuan Guru Hj. Nik Abdul Aziz seketika dulu semasa saya mengunjungi beliau dirumahnya .

5. Tuan Guru menceritakan pengalaman sewaktu beliau seorang diri menjadi wakil rakyat di Parlimen mewakili PAS . " Terkadang memandu seorang diri ke Kuala Lumpur untuk menghadhiri sidang parlimen dengan keadaan permukaan jalan tidaklah sebaik apa yang kita nikmati hari ini . Demikian juga ke hulu dan ke hilir memenuhi undangan ceramah seorang diri memandu kereta , balik jauh jauh malam . Menangis saya sambil memandu seorang diri , peritnya nak bawa Islam pada masyarakat melayu ketika itu . Sampai di rumah pula , buka saji , makanan tak ada dan isteri sudah nyenyak tidur .."

6. Kala terasa penat seharian dilapangan , saya segera mengingati cerita Tok Guru , terasa nyaman jiwa dan kembali segar seperti kembali dari satu sessi motivasi . Inilah juga yang diajar oleh Nabi saw : [ dalam satu hadis yang dikeluarkan oleh As Samarqandi dalam musnadnya dari Ato' bin Abi Ribah ]

إذا أصاب أحدكم مصيبة فليذكر مصابه بي فإنها من أعظم المصائب

Apabila seseorang kamu ditimpa musibah maka ingatlah musibah yang turut menimpaku kerana sesungguhnya ia adalah sebesar - besar musibah .

7. Pastinya jauh langit dan bumi jika dibanding tahap tekanan dan bebanan yang kita hadapi pada hari ini dengan apa yang dihadapi oleh Rasulullah saw sebagai Rasul ulul A'zmi . Namun jelas , tatkala membaca sirah Rasulullah saw , bagai satu tamparan terhadap diri sendiri betapa tidak layak pun kita nak mengeluh dengan sedikit ujian yang kita hadapi .

8. Jamaludin Al Afghani pernah menganggap ujian seperti buang daerah laksana melancung , penjara seperti istirehat dan dibunuh pula merupakan jalan pintas untuk menemui Allah swt sebagai kekasih yang dirindui . Sungguh dahsyat ibarat ini . Siapakah gerangannya yang mampu menganggap penjara sebagai tempat istirehat dan buang daerah sebagai pakej pelancungan jika ia bukan terdiri dari pejuang - pejuang Islam yang tinggi pergantungannya kepada Allah swt .

9. Manisnya berjuang apabila kita merasai keperitannya . Seperti lazatnya orang berpuasa setelah ia melalui detik lapar dan dahaga kemudian ia berbuka dihujung hari . Indahnya hidup orang yang mendapat sijil pengajian setelah berpenat lelah saban tahun mencari ilmu . Begitulah manisnya berjuang biar difitnah dan ditohmah . Biar penat dan lelah segala anggota namun dikala ada kesempatan bertelingkuh bermunajat ke hadhrat Ilahi , terasa diri cukup bertuah .

10. Selamat berjuang buat semua biarpun payah .

sumber : http://episodeperjuangan.blogspot.com/

Read more...

Adegan cium cetus kemarahan



2010/07/08
ISKANDARIAH: Penyanyi dan pelakon terkenal Mesir yang sering mencetuskan kontroversi, Ruby, menimbulkan kemarahan orang ramai apabila melakonkan adegan cium secara terbuka bersama aktor gandingannya, Ahmad Azmi baru-baru ini.

Ruby atau nama sebenarnya Rania Hussein, 31, melakonkan adegan itu bagi filem terbarunya Al Shawq (Hasrat) dalam sesi penggambaran di tepi pantai di Iskandariah sambil disaksikan ribuan orang awam di situ.

Adegan intim yang dilakonkan itu menimbulkan rasa kurang senang sebilangan orang awam dan mereka mula mengeluarkan kata-kata kurang sopan terhadap kedua-dua pelakon berkenaan dan ada yang memaki hamun, menyebabkan kedua-dua pelakon itu sangat marah.
Keadaan berterusan sehingga menyebabkan kekecohan dan akhirnya memaksa pengarah, Khaled al Hajar menghentikan penggambaran apabila suasana semakin tidak terkawal.

Ruby sebelum ini mengumumkan bahawa filem terbaru lakonannya itu yang memaparkan isu gangguan seksual ke atas wanita tidak mengandungi adegan intim.

Saya juga tidak akan menerima tawaran untuk melakonkan adegan ranjang dengan seseorang, walaupun saya berpendapat tiada salahnya jika kisah itu memerlukan watak demikian, katanya,

Ruby menegaskan filem lakonannya adalah kisah masyarakat yang realistik dan memberi banyak pengajaran.

Di dalam Al Shawq, Ruby melakonkan watak seorang gadis biasa dari Iskandariah, mempunyai seorang adik dan abang yang meninggal dunia berikutan tidak mampu membiayai rawatannya. - Agensi

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Adeganciumcetuskemarahan/Article

Read more...

Sejuta wanita Iraq jadi janda akibat perang

>> Selasa, 6 Julai 2010



2010/07/07
BAGHDAD: Peperangan selama tiga dekad, pembunuhan beramai-ramai dan pembunuhan puak menyebabkan kira-kira sejuta wanita di Iraq kehilangan suami dan menjadi janda, menurut kiraan kerajaan.

Seorang daripada mereka ialah Hameeda Ayad. Pada usia 45 tahun, dengan tiga anak, dia adalah salah seorang wanita di kalangan lebih 100,000 yang kehilangan suami dalam serangan diketuai Amerika Syarikat dan keganasan selepasnya, dengan hanya sedikit bantuan oleh kerajaan pasca peperangan.

Hameeda berhak memperoleh 150,000 dinar (RM416) sebulan daripada kerajaan, dan tambahan 15,000 dinar (RM38) setiap seorang anaknya. Tetapi selepas dua tahun dia berusaha untuk mendapatkan tanda tangan dan dokumen rasmi untuk permohonannya, tanpa mengenali orang atasan, Hameeda akhirnya berputus asa, kerana penantiannya yang terlalu lama menyebabkannya mengabaikan anaknya yang berusia 10, 12 dan 15 tahun.
Bagi menyara keluarganya, Hameeda terpaksa menjual soda dan makanan ringan di rumahnya di kawasan Syiah di selatan Baghdad selepas dia berpindah dari kawasan Sunnah selepas suaminya meninggal dunia akibat pembunuhan balas dendam pada 2007.

Kehidupan kami semakin sengsara dan terdesak, katanya. Inilah apa yang kami dapat daripada pendudukan dan impian sebuah demokrasi- menjadi anak yatim, janda, kehilangan tempat tinggal, dipinggirkan dan hidup sebagai pelarian.

Nahdah Hameed, wakil kerajaan bagi hal ehwal wanita, berkata setakat ini terdapat sejuta janda di Iraq dan walaupun keganasan pasca-serangan sudah reda, kejadian tembakan dan pengeboman sekali sekala terus menjadikan wanita Iraq janda.

Selain serangan, negara dengan 27 juta penduduk ini juga pernah melalui peperangan dengan Iran pada 1980 hingga 1988, Perang Teluk 1991 dan kempen kejam Saddam Hussein terhadap Syiah dan Kurdis pada 1980-an dan 1990-an. AP


sumber : http://www.bharian.com.my/bharian/articles/SejutawanitaIraqjadijandaakibatperang/Article

Read more...

Himpunan Tak Nak Judi 3 Julai 2010





Read more...

Hishammuddin didesak jelaskan jumlah tahanan ISA

>> Isnin, 5 Julai 2010


Dzulfikar Mashoor

KUALA LUMPUR, 5 Julai: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein didesak menjelaskan jumlah sebenar tahanan tanpa bicara di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo berkata, ini kerana akhbar antarabangsa BBC melaporkan, Kumpulan Sukarelawan Berkaitan Tahanan Tanpa Bicara, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 18 Jun lalu mendedahkan seramai 1,500 orang ditahan di bawah akta zalim itu antara 2003 hingga 2007 lalu.

Sedangkan, katanya lagi, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop enggan mengesahkan laporan PBB yang dibangkitkannya di Dewan Rakyat, 23 Jun lalu.

"Menteri (Hishammuddin) ini kena datang jawab di Dewan Rakyat, jangan hantar timbalan menterinya saja.

“Bagaimana menteri (Abu Seman) ini boleh berkata: 'tak ada laporan polis, maka kita (kerajaan) tidak boleh buat apa-apa,' sedangkan saya baca laporan BBC ini di Dewan Rakyat," tegas beliau sambil menunjukkan salinan cetak laporan BBC tersebut di Lobi Parlimen, hari ini.

Tidak cukup dengan itu, beliau berkata, kredibiliti Abu Seman wajar terus dipertikai apabila Bernama pada 18 Jun lalu turut melaporkan, Datuk Lee Chee Leong (Timbalan Menteri Dalam Negeri) mengaku bahawa pihaknya ada menerima laporan awal tersebut dari PBB.

"Salah satu (BBC atau Bernama) mungkin betul, saya tidak cuba mengelirukan sesiapa pun di sini," ujar beliau sambil menayangkan salinan cetak laporan Bernama itu pula.

Tegasnya, kerajaan seharusnya bersikap telus menjelaskan kepada rakyat berhubung bilangan sebenar tahanan tanpa bicara yang dizalimi oleh ISA tersebut.

http://www.harakahdaily.net/v2/

Read more...

Cahaya Mata Baru Mansurah

Ucapan alfun mabruk ku ucapkan kepada sahabat ku Doktor izzat kamal serta isteri tercinta . cahaya mata ini dilahirkan pada 5/7/2010 lebih kurang pukul 12.30 tgh waktu mesir di hospital zira'i...anak lelaki..nak tahu nama tanya ayah dia...!!..huhuhu..ana mendapat tel dari seorang ustazah minta supaya ana mengazankan anak ini..kerana Doktro izzat kamal pi periksa..


Cium sikit..ambik berkat


Comel tak ? macam saper ? ayah ker @ emak dia..he3.. nak tau tunggu dia besar nanti yer

Permandangan dalam hospital

Read more...

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP