Burka Diharamkan & Wanita Muslim Dihalau Kerana pakai Burkinis di Perancis

>> Sabtu, 24 Julai 2010

Oleh: tayadihmaysia


Pakaian Burkinis

"Sepuluh hari lalu, MP Perancis telah mengundi untuk mengharamkan pemakaian "burka" di kawasan awam. Langkah yang sama turut diambil oleh Syria dan Belgium. Di bawah undang-undang baru itu, burka dan seumpamanya dilabelkan sebagai "penghinaan kepada nilai negara". Presiden Nicolas Sarkozy menyamakan pemakaian burka sebagai "sign of debasement". Manakala Menteri Imigresennya pula memanggilnya "a walking coffin".

Di bawah undang-undang baru itu, suami yang memaksa isterinya memakai burka boleh dikenakan denda sebanyak £25 000 atau setahun penjara.

Wanita yang memakai burka pula boleh dikenakan denda sebanyak £130 atas alasan mereka lazimnya tidak diberi peluang untuk memilih. Pesalah yang gagal membayar denda akan dipenjarakan. Undang-undang baru ini turut terpakai terhadap pelancong Muslim termasuklah ribuan pelancong kelas atasan dari Timur Tengah.



Belum pun reda isu tersebut, timbul pula isu baru apabila dua orang wanita Muslim dihalau keluar dari kolam renang kerana memakai "burkinis", iaitu bikini yang direka khas untuk menutup aurat si pemakainya. Kejadian ini berlaku di kawasan percutian Rives des Corbieres, Port Leucate, selatan Perancis.Kedua-dua orang wanita itu diberi kata dua sama ada memakai bikini yang lazimnya dipakai atau meninggalkan kolam renang tersebut. Percaya atau tidak, mereka dihalau dari kolam renang itu atas alasan .

Diskriminasi dan penentangan terhadap nilai dan ajaran Islam kian meningkat sejak belakangan ini. Oleh itu, janganlah terlampau mengagung-agungkan negara Barat yang hari ini kerana sebahagian pemimpin dan rakyatnya kini semakin agresif menjayakan kempen islamophobia di seluruh dunia.

www.duniacacamarba.blogspot.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP