Isteri Idaman Pemuda Mansurah

>> Sabtu, 17 Julai 2010

Berikut adalah tips yang telah disarankan oleh pakar motivasi kita yang terkemuka iaitu Datuk Dr Fadilah Kamsah, yang dipetik dari majalah jelita. InsyaALLAH tips-tips yang disarankan ini dapat memulihkan hubungan suami isteri. Tips ini khas buat si isteri :


1. Apabila berbual becakap atau berbincang, gunakan hubungan mata, gerak hati, pegang tangan erat-erat, duduk rapat-rapat, baring bersama dan bernafas serentak, ajak atau biarkan pasangan anda berbaring di atas ribaan.

2. Cuba masak yang paling sedap untuk suami setiap masa. Usah paksa suami komen apabila dia hanya berdiam diri.


3. Temankan pasangan apabila melakukan kerje bersendirian pada waktu malam.


4. Letakkan barang-barang keperluan suami di tempat lazim agar mudah dia mendapatkannya.


5. Tolong bawa barang walaupun suami kita mampu membawa semua.


6. Bacakan berita yang menarik perhatian pasangan atau buat keratan berita yang disukainya daripada akhbar atau majalah.


7. Megemas tempat tidur umpama baru kahwin.


8. Ceritakan karenah anak yang membuatkan anda gembira atau geli hati kepada pasangan.


9. Usah dera pasangan secara fizikal atau batin .


10. Tunjukkan minat mengenai perkara yang dilakukan pasangan, kerje yang dibuat dan orang yang ditemui.


11. Apabila pasangan kurang sihat, beri perhatian sewajarnya. Manjakan pasangan seperti kita memanjakan anak.


12. Beri tindak balas positif apabila mendegar pasangan bercerita.


Sumber : http://ahmadtaufik.wordpress.com/2006/11/13/isteri-solehah/

Sumber : http://aqidah-falsafah86.blogspot.com/

0 ulasan:

Catat Ulasan

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP