Faktor Kedegilan Anak

>> Selasa, 22 Jun 2010





1. KEMISKINAN


Punca

Akibat daripada kesengsaraan hidup menyebabkan anak-anak meninggalkan tempat mereka
dan keluar mencari keperluan hidup. Sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab
mengambil kesempatan ini menggunakan mereka untuk kepentingan peribadi sehingga
menyebabkan kanak-kanak ini rosak.

Rawatan

1. Islam datang untuk membasmi kemiskinan dengan wujudnya sistem zakat.

2. Wujudnya pelbagai pertubuhan kebajikan untuk membantu mereka


2. PERSELISIHAN IBUBAPA


Punca


Anak –anak akan tertekan apabila melihat perselisihan ibubapanya menyebabkan mereka
mencari teman dan ketenangan di luar yang boleh mempengaruhi sikap dan akhlaq mereka.

Rawatan

Sangatlah penting seorang lelaki atau perempuan mencari calon terbaik sebelum
berkahwin. Bagi lelaki tunjukkan kesungguhan anda kepada keluarga bakal isteri bahawa
anda boleh memimpin rumahtangga kelak.


3. PENCERAIAN IBU BAPA

Punca

Anak-anak yang kehilangan ibu yang mengambil berat dan ayah yang bertanggungjawab akan
membesar dengan rosak dan tidak bertatasusila disebabkan tiada siapa yang hendak memberi panduan dan petunjuk. Lebih-lebih lagi jika ibu dan ayah masing-masing berkahwin lain.

Rawatan

Suami isteri hendaklah memahami tugas dan tanggungjawab masing-masing supaya tidak
berlaku perselisihan hingga membawa kepada penceraian.

Antara tanggungjawab suami :

a. Memberi nafkah kepada anak dan isteri

b. Berbincang dengan isteri apa-apa yang berkaitan dengan rumahtangga

c. Berbuat baik kepada isteri dan tidak menyakitinya

d. Membantu isteri melakukan kerja-kerja rumah sebagaimana Rasulullah s.a.w

Antara tanggungjawab isteri :

a. Patuh pada arahan suami

b. Menjaga harta suami dan kesucian diri apabila suami tiada di rumah

c. Tidak menolak hajat suami apabila suami berhajat.

Sekiranya isteri berperangai buruk, bolehlah mengambil beberapa langkah sebelum
berlakunya penceraian.

a. Tegur dan beri panduan dengan baik

b. Sekiranya gagal, pisahkan dari tempat tidur

c. Sekiranya masih gagal, pukul dengan pukulan yang ringan

- Suami isteri juga boleh menggunakan orang lain sebagai orang tengah untuk membantu menyelesaikan masalah sama ada kaunselor atau sesiapa yang boleh dipercayai
di kalangan ahli keluarga.

4. ANAK-ANAK YANG TIDAK DIGUNAKAN MASA L APANG MEREKA DENGAN BAIK

Punca

Kanak-kanak perlu membesar dengan bermain dan sukakan pelbagai cabaran. Akibat tidak
dipandu aktiviti mereka, akhirnya mereka menjadi rosak. Oleh itu ibu bapa perlu memberi panduan supaya setiap yang mereka lakukan memberi manfaat kepada kesihatan mental dan fizikal mereka.

Rawatan

1. Didik mereka mengutamakan masa untukberibadah terutamanya solat.

2. Benarkan mereka memasuki persatuan sukan, persatuan seni bela biri atau pergi ke kolam renang / tepi pantai.

3. Bawa mereka pergi riadhah.

4. Bukanlah bermakna ibubapa perlu sediakan padang permainan yang luas, kolam renang yang canggih atau perpustakaan yang besar tapi memadai apa yang dituntut dalam Islam.

5. ANAK-ANAK BERSAHABAT DENGAN SAHABAT YANG ROSAK AKHLAK

Firman Allah S.W.T :

“ Pada hari itu, sahabat-sahabat karib akan menjadi musuh pada sesetengah yang
lain kecuali persahabatannya yang berdasarkan iman dan taqwa”

Surah Az-Zukhruf:67

Punca

Terpengaruh dengan sahabat yang buruk akhlaq

Rawatan

1. Beri panduan pada anak supaya memilih sahabat yang baik

2. Kenal sahabat anak-anak

6. KEKASARAN IBUBAPA DALAM MENDIDIK ANAK-ANAK

Punca

Ibubapa mendidik anak dengan kasar : merotan, memukul, mengherdik memaki hamun,
menampar dan sebagainya.

Rawatan

1. Banyakkan mendidik mereka dengan teguran yang berhikmah.

2. Anak-anak memang suka belajar dan tidak dapat bezakan yang baik dan yang buruk, bahaya atau tidak.Minda mereka sentiasa mengatakan apa yang dilihat dandidengar adalah
positif dan boleh dilakukan.Peranan ibubapa memberitahu anak apa yang baik dan buruk dengan penuh lemah lembut dan kasih sayang bukannya memarahi mereka
apabila mereka melakukan kesilapan .

3. Jangan halang apa-apa aktiviti yang mereka nak lakukan tetapi beri panduan
cara yang betul.

7. MENONTON FILEM NGERI DAN PORNO

Punca

Terpengaruh dengan aksi – aksi yang ganas dan lucah yang ditayangkan di panggung wayang atau televisyen. Begitu juga apa yang dilihat daripada bahan cetak sama ada daripada majalah atau suratkhabar. Lebih-lebih lagi sifat kanak-kanak suka mempelajari perkara baru dan suka mencuba daripada apa yang dilihat dan didengar.Kanak-kanak yang masih kecil dan tidak dapat membezakan perkara baik dan buruk. Tambahan pula imej yang dilihat kekal dalam memori disebabkan jiwa dan otaknya yang masih suci.

Rawatan

1. Ibubapa dan pendidik perlu menjauhkan anak-anak daripada melihat filem-filem
ngeri dan porno.

2. Ibubapa dan pendidik perlu memastikan anak-anak menjauhi majalah yang tidak bermoral, novel cinta atau buku yang berkaitan atheis.

8. MASALAH PENGANGGURAN DI KALANGAN ORANG DEWASA

Punca

Ibubapa mengganggur tidak mempunyai sumber kewangan untuk memberi nafkah kepada anak-anak menyebabkan berlakunya masalah kemiskinan.(rujuk bab 4no 1.Kemiskinan)

Rawatan

1. Pihak berkuasa perlu memaksa ibubapa yang malas bekerja untuk bekerja

2. Kerajaan perlu sediakan mereka pekerjaan yang sesuai.

9. TERLEPAS PANDANG PEMBESARAN ANAK-ANAK

Punca

Sesetengan ibubapa yang sibuk bekerja terlepas pandang pembesaran anak-anak sehingga
mengabaikan pendidikan mereka.

Peranan ibu sangat penting berbanding ayah. Kebanyakan wanita zaman moden ini lebih
mementingkan kerjaya dan kehidupan mereka berbanding mendidik anak menjadi insan
berguna.

Rawatan

1. Ibubapa sepatutnya memberikan keutamaan kepada anak-anak kerana mereka ini saham yang amat bernilai di dunia dan akhirat.

2. Motivasi dari Al-Quran dan Hadis :-

Firman Allah S.W.T :

“Peliharalah diri kamu dan ahli keluarga kamu dari api neraka dan bahan bakarannya
yang terdiri daripada manusia, dan batu(berhala),Neraka itu dijaga dan dikawal oleh
malaikat-malaikat yang keras dan kasar(layanannya),mereka tidak menderhaka kepada
Allah dalam segala yang diperintahkanNya dan mereka pula tetap dalam melakukan segala
perintahNya.”

Surah At-Tahrim : 6

Sabda Rasulullah s.a.w : Seorang lelaki pemimpin kepada ahli keluarganya dan
bertanggungjawab terhadap apa yang dipimpinnya. Dan seorang wanita pemimpin kepada
rumah suaminya dan bertanggugjawab terhadap apa yang dipimpinnya.

Riwayat Bukhari dan Muslim


10. ANAK YATIM


Punca

Anak yatim kematian ayah dan tidak berjumpa orang yang simpati untuk menghulurkan
bantuan dan memberikan kasih sayang.Sekiranya tidak dijumpai penjaga yang berhati mulia akan menyebabkan mereka terjebak dalam masalah salah laku.

Rawatan

1. Setiap orang perlu mengambil berai dan menyayangi anak yatim.

2. Motivasi dari Al-Quran dan Hadis kelebihan menyayangi anak yatim.

Firman Allah S.W.T :

“Sesungguhnya prang-orang yang memakan harta anak yatim secara zalim, sebenarnya
mereka itu hanyalah menelan api ke dalam perut mereka, dan mereka pula akan masuk ke
dalam perut api yang menyala-nyala!”

Surah An-Nisa’: 10

Daripada Sahl ibnu Sa’ad katanya Rasulullah s.a.w bersabda :
Aku dan orang yang menanggung anak yatim , saudara atau tidak tempatnya di syurga
seperti ini (sambil
menunjukkan jarak antara jari telunjuk dan jari tengah yang dipisahkan
sedikit.)


Riwayat Bukhari

“Daripada Abu Hurairah r.a katanya ; Rasulullah s.a.w bersabda: Rumah yang paling baik
di kalangan rumah muslim adalah rumah yang melayan dan menyayangi anak yatim dengan
baik manakala rumah yang paling buruk adalah rumah yang tidak melayan dan tidak
menyayangi anak yatim dengan baik. ( Riwayat Ibnu Majah )


Sumber - kitab tarbiyatul awlad

0 ulasan:

Catat Ulasan

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP