Adegan cium cetus kemarahan

>> Khamis, 8 Julai 2010



2010/07/08
ISKANDARIAH: Penyanyi dan pelakon terkenal Mesir yang sering mencetuskan kontroversi, Ruby, menimbulkan kemarahan orang ramai apabila melakonkan adegan cium secara terbuka bersama aktor gandingannya, Ahmad Azmi baru-baru ini.

Ruby atau nama sebenarnya Rania Hussein, 31, melakonkan adegan itu bagi filem terbarunya Al Shawq (Hasrat) dalam sesi penggambaran di tepi pantai di Iskandariah sambil disaksikan ribuan orang awam di situ.

Adegan intim yang dilakonkan itu menimbulkan rasa kurang senang sebilangan orang awam dan mereka mula mengeluarkan kata-kata kurang sopan terhadap kedua-dua pelakon berkenaan dan ada yang memaki hamun, menyebabkan kedua-dua pelakon itu sangat marah.
Keadaan berterusan sehingga menyebabkan kekecohan dan akhirnya memaksa pengarah, Khaled al Hajar menghentikan penggambaran apabila suasana semakin tidak terkawal.

Ruby sebelum ini mengumumkan bahawa filem terbaru lakonannya itu yang memaparkan isu gangguan seksual ke atas wanita tidak mengandungi adegan intim.

Saya juga tidak akan menerima tawaran untuk melakonkan adegan ranjang dengan seseorang, walaupun saya berpendapat tiada salahnya jika kisah itu memerlukan watak demikian, katanya,

Ruby menegaskan filem lakonannya adalah kisah masyarakat yang realistik dan memberi banyak pengajaran.

Di dalam Al Shawq, Ruby melakonkan watak seorang gadis biasa dari Iskandariah, mempunyai seorang adik dan abang yang meninggal dunia berikutan tidak mampu membiayai rawatannya. - Agensi

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Adeganciumcetuskemarahan/Article

0 ulasan:

Catat Ulasan

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP