Mengapa poligami?

>> Selasa, 3 Ogos 2010


Poligami adalah hal yang agak 'taboo', sensitif bagi sesetengah orang. ramai yang melihatnya sebagai satu perkara yang buruk.

Di sini disenaraikan siapakah orang yang selalu berpandangan negatif tentang poligami. mereka adalah orang yang:


1. terpengaruh dengan TV, akhbar, radio yang selalu mengeluarkan artikel tentang keburukan poligami

2. terdapat kisah tentang jirannya atau orang yang berdekatan yang menghadapi masalah ketika berpoligami. jadi dia menggunakan kisah itu sebagai kesimpulan bahawa keseluruhan poligami adalah buruk.

3. terpengaruh dengan fahaman feminisme barat, melihat cara orang barat iaitu 'seorang isteri dan tiada had perempuan simpanan' sebagai satu cara hidup yang agong.

4. tidak pernah merasa kesusahan dan kesunyian andartu, janda atau ibu tunggal. "janji aku dah
ada suami. orang lain apa aku nak kesah."

5. anak dara yang masih belum menjadi andartu, janda atau ibu tunggal. mereka masih belum berada pada alam ini lagi. jadi mereka rasa mereka tidak akan melalui alam ini.

6. andartu, janda dan ibu tunggal yang terpengaruh dengan media dan masyarakat.


poligami adalah hal yang didiamkan. tidak ada orang yang berani bersuara bahawa poligami adalah penyelesaian kepada terlebihnya jumlah wanita berbanding lelaki di setiap zaman dan di mana sahaja. mereka akan tolong ibu tunggal dengan apa sahaja cara, wang, kemudahan, pakaian, kaunseling tetapi bukan mencarikan pasangan.


Mengapa bilangan perempuan mengatasi lelaki?



Di sepanjang zaman dan tempat, selalu jumlah perempuan mengatasi lelaki kerana beberapa faktor:

1. jumlah kematian bayi lelaki adalah lebih ramai berbanding bayi perempuan. sehinggakan satu artikel pernah bertanya, adakah lelaki jantina yang lebih lemah?

2. jangka hayat lelaki adalah kurang berbanding perempuan. jangka hayat lelaki dalm lingkungan 72 dan jangka hayat perempuan dalam lingkungan 76. ini kerana beberapa faktor seperti merokok (kanser paru-paru), sakit jantung (wanita dilindungi oleh hormon daripada sakit jantung sehingga menopause), kerja berat (kajian menunjunkkan orang yang berkerja berat mati lebih awal dari orang yang kerja yang rehat), kemalangan, peperangan dan lain-lain.

3. jumlah makin berkurangan jika dicampurkan sekali dengan penagih dadah, mat rempit, penganggur, gay dan lain-lain lagi.


Apa masalahnya sekarang ?



bilangan wanita yang tidak berkahwin atau tidak berpasangan adalah ramai. ini mendatangkan fitnah bagi masyarakat dan membawa kepada gejala sosial. setiap insan harus berpasangan. ia bukan kehendak, ia adalah keperluan. Allah menghalalkan poligami ada sebabnya. di zaman Rasulullah, ramai para sahabat yang berpoligami. ramai di kalangan mereka yang mengambil ibu tunggal yang suaminya mati dalam peperangan. poligami bukan kehendak, ia adalah tanggung jawab masyarakat. tidak percaya? di sini diberikan beberapa alternatif. cuba pilih alternatif terbaik bagi wanita yang tidak berkahwin:


1. membujang sampai mati

2. berkahwin dengan orang bujang (jika ada lelaki bujang berumur 40 tahun)

3. bermaksiat

4. berkongsi suami secara halal (poligami)

ramai yang tidak berani bercakap tentang keinginan berpasangan. sudah menjadi budaya kita malu untuk meluahkan perasaan terutamanya dalam bab perkahwinan. rasa malu, bimbang dikata orang. rela membujang sampai mati dari memberitahu keluarga atau orang terdekat ingin berpasangan. orang lain yang tengok semua buat tak tahu.


Siapa yang mendapat manfaat ?



jika di selidik betul-betul, poligami mendatangkan manfaat lebih kepada wanita berbanding lelaki. manfaat berpasangan. poligami adalah perkara yang menyusahkan bagi lelaki. jika seorang lelaki itu ada dua isteri, nafkahnya sudah mesti dua, dia mesti menyediakan rumah dan kemudahan lain bagi seorang lagi isteri, anak-anak makin ramai belanja makin meningkat kecuali kalau ada kesefahaman untuk sama-sama tanggung. giliran bermalam mesti difikirkan. setiap kali hendak keluar, mesti fikirkan isteri mana yang mesti ikut. sebab berpoligami bermaksud mesti berlaku adil. kesukarannya mengatasi keseronokan. tapi ini adalah tanggung jawab sosial.


tidak ada satu perkahwinan pun yang tidak bermasalah. hatta perkahwinan dengan seorang isteri melalui 'cinta sejati' sekalipun akan menghadapi pelbagai masalah. inikan pula poligami. di dunia sebenar, tidak ada satu perkahwinanpun yang tidak bermasalah dan ini termasuklah poligami. masalah akan wujud. orang yang merasakan dunia ini baik dan tidak pernah wujud masalah adalah orang yang masih berkhayal.


Adakah poligami untuk semua orang?



Tidak. orang yang layak berpoligami adalah orang yang cukup dari segi harta dan ilmunya. orang tidak cukup harta dan ilmu, jika mengamalkan poligami hanya akan medatangkan keburukan. kecualilah jika wujud tolak ansur dari segi nafkah dan hal lain. sebab itu hadir ke mahkamah syariah sebelum dibenarkan berpoligami adalah hal yang baik. ini untuk memastikan poligami bukan sesuatu yang dirahsiakan, pihak mahkamah dapat memastikan si suami cukup dari segi nafkah untuk berpoligami dan hal-hal lain.



Yang tidak ingin mengamalkan poligami tidak ada salahnya. cuma keprihatinan terhadap masalah kekeluargaan, keprihatinan terhadap ibu tunggal, janda dan andartu mestilah ada. persoalannya, cukupkah dengan sekadar berprihatin?


kesimpulan


poligami adalah harus dan bukan kewajipan. walaupun ia mungkin menjadi perkara yang diperlukan dalam keadaan masyarakat yang jumlah ibu tunggal, janda dan andartunya begitu ramai. membina satu masjid lain dan meruntuhkan masjid yang sedia ada adalah satu hal yang bodoh. poligami memerlukan kefahaman tiga penjuru. semua yang terlibat dalam poligami mesti memiliki kefahaman.
jika ini tidak berlaku, akan timbul permusuhan, salah sangka dan sebagainya. kefahaman adalah penting.


cuma jika poligami adalah berniat untuk menyelesaikan masalah, kita tidak akan mencari anak dara bawah 30an untuk berpoligami. sebab masalahnya bukan di situ. ibu tunggal, janda dan andartu (30 tahun dan ke atas) adalah orang yang sepatutnya diberikan keutamaan jika ingin berpoligami.


http://baitulmuslim.com/index.php/component/content/article/26-poligami/134-mengapa-poligami.html

0 ulasan:

Catat Ulasan

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP