Apa Nak Jadi Dengan Zuriat Kita ? ( 2 )

>> Khamis, 25 Februari 2010

MIQDAD DUA JAM SELEPAS BERSALIN


SIRI (2)


Persoalan sebegini sebenarnya lumrah berlaku dalam keadaan sama ada umat Islam majoriti atau minoriti. Dilema terhadap media massa di kalangan umat Islam timbul apabila “menu yang dihidangkan” di media, berbeza dengan nillai yang diajar dan dipegang dalam masyarakat. Di sekolah, guru-guru menumpukan pengajaran kepada membentuk nilai-nilai murni dan menjauhi nilai-nilai yang merosakkan. Begitu juga dengan para ustaz yang mengajar di masjid dan surau. Namun apabila mereka kembali ke rumah menonton televisyen, melayari internet dan membaca sebahagian majalah dan akhbar tabloid, mereka dihidangkan dengan pelbagai nilai yang berbeza sekali dengan apa yang diajar di sekolah, masjid atau surau.Umpamanya mereka didedahkan di media dengan aurat wanita, lelaki bukan muhrim, melihat orang bercumbu dan berzina, minum arak, keganasan yang keterlaluan dan pelbagai unsur tahyul yang merosakkan aqidah dan pemikiran rasional.


Firman Allah S.W.T :

Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah : “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk yang sebenarnya. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi akan menjadi pelindung dan penolong bagimu.”

Al-Baqarah : 120



Musuh Islam dari kalangan Yahudi dan Nasrani terus terusan berusaha bermati matian untuk menghapuskan agama Islam. Belajar melalui kekalahan, mereka mengatur strategi baru untuk menghancurkan agama Islam. Statergi baru yang dipanggil perang saraf / perang pemikiran sememangnya menyebelahi mereka. Buktinya ramai di kalangan umat Islam hari ini tidak lagi menjadikan ajaran Islam sebagai cara hidup bahkan terikut—ikut budaya barat yang merosakkan. Slogan mereka yang berbunyi “Apabila kamu gerun dan takut kepada senjata musuh, maka hendaklah kamu merosakkan pemikiran mereka, nescaya kamu sudah membunuhnya.”

Antara perancangan mereka untuk merosakkan pemikiran umat Islam melalui media massa. Seperti yang telah disebut sebelum ini, 80—90 peratus sajian yang dihidangkan oleh media massa hari ini berbentuk hiburan yang melampau. Gambaran masyarakat yang rosak dengan aksi ganas mahupun seks bebas di papar setiap hari. Bukan setakat akhlak boleh rosak malah pegangan aqidah juga boleh goyah. Kadangkala tayangan yang bertujuan untuk membentuk nilai—nilai murni seperti kerjasama, tolong menolong, hormat menghormati dan sayang menyayangi juga terselit unsur—unsur yang merosakkan aqidah umat Islam.Rancangan superhero seperti superman, spiderman dan sebagainya yang bertujuan menyemai sifat bantu membantu sebenarnya boleh meracuni aqidah dan moral umat Islam. Pernah berlaku satu kes seorang kanak-kanak mati terjatuh dari beranda rumahnya kerana ingin cuba terbang seperti superman. Malah mereka menjadikan superhero ini sebagai idola. Rancangan ultraman pula menggunakan simbol palang salib untuk memusnahkan raksasa menunjukkan kononnya salib itu mempunyai kuasa.Begitu juga rancangan pokemon yang menjadi kegemaran kanak-kanak satu masa dahulu mengandungi simbol –simbol kristian dan salib.Semua ini akan menjejaskan aqidah umat Islam sejak bayi lagi.


Rancangan Teletubbies yang merupakan rancangan televisyen untuk bayi juga tidak terlepas dari unsur-unsur ini. Rancangan ini yang sangat popular 11 tahun lalu sehingga patung teletubbies laris menjelang krismas waktu itu. Dalam rancangan tersebut terdapat seorang bayi menyerupai matahari terbit menyinari alam seolah-olah dirinya berkuasa di alam yang penuh warna warni itu dengan menunjukkan mimic mukanya berdasarkan peristiwa yang berlaku di alam itu. Dalam sekelip mata(dalam suku saat) logo freemason (salah satu pertubuhan yang didalangi oleh yahudi untuk menghapuskan agama Islam) dipancarkan. Kaedah ’flashing image’ ini telah lama digunakan dalam filem untuk mempengaruhi penonton dan membawa maksud tersirat. Imej tersebut biasanya tidak dapat dilihat dengan mata kasar kerana dikelipkan dengan pantas. Menurut kajian, otak manusia dapat menangkap imej dan mesej tersebut tanpa disedari.



Menurut pengkaji perkembangan psikologi kanak-kanak, penayangan dalam bentuk visual sememangnya memberikan kesan yang mendalam terhadap jiwa kanak-kanak. Mereka lebih mudah menangkap sesuatu yang didedahkan dalam bentuk visual dan yang dipamerkan secara sepintas lalu.Kaedah pengajaran ’flash card’ yang menggunakan teknik sepintas lalu ini memberi kesan sehingga 70 peratus terhadap minda anak-anak. Dengan karektor animasi yang menarik dan berwarna-warni diikuti pula dengan lagu, sudah pastilah daya tarikannya lebih tinggi dan kesannya mencapai hingga 75 peratus. Justeru tidak hairanlah jika kanak-kanak lebih mengingati watak-watak tersebut. Jika begitu, amat sukar untuk menerapkan fikrah Islam sedangkan dalam waktu yang sama juga anak—anak lebih mengingati perkara lain yang lebih kuat pengaruhnya. Dalam kotak pemikiran anak-anak dipenuhi dengan watak-watak kartun hingga sukar untuk menyelitkan teladan yang baik yang diamalkan oleh Rasulullah s.a.w dan para sahabat kepada kanak—kanak.

Catat Ulasan

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP