Cabaran Mendidik Anak ( akhir )

>> Khamis, 25 Februari 2010

Miqdad dan Rafiq nak pi kuliah ker tu ?

Siri Akhir

Secara keseluruhannya, bukanlah bermaksud menolak media massa sepenuhnya dalam kehidupan seharian, tetapi kita mengambil manfaatnya ibarat membeli sebilah pisau. Sekiranya kita membeli pisau dengan tujuan yang baik seperti memotong sayuran dan apa-apa sahaja kegunaan di dapurr maka itulah yang terbaik. Sebaliknya jika kita membeli pisau untuk tujuan yang salah seperti mencederakan orang dan sebagainya, maka tujuan itu sudah jauh dari kebenaran.Oleh itu, setiap ibu bapa perlu mengawasi setiap apa yang ditonton oleh anak-anak. Beberapa langkah boleh diambil yang menjadi ramuan berguna dan mujarab orang terdahlu dalam mendidik anak-anak seterusnya membentuk keluarga yang cemerlang. Antaranya :-


Pertama :

Hendaklah mendidik dan menitikberatkan agar mereka menjaga dan menunaikan solat. Menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk mengajar anak sejak kecil tentang kepentingan dan keutamaan solat lebih dari yang lain. Bertepatan dengan hadis Rasulullah s.a.w yang memerintah mendidik anak mendirikan solat pada usia 7 tahun dan merotannya bila ingkar pada usia 10 tahun. Sekiranya mereka mampu mendisiplinkan diri untuk bersolat, insya Allah perkara lain juga mereka mampu untuk mendisiplankan diri.


Kedua :

Hendaklah ibu bapa mendidik anak membaca Al-Quran. Sama ada dari segi tajwidnya dan maknanya. Cubalah ibu bapa membaca bersama anak-anak terjemahan Al-Quran agar kita fahami isinya. Al-Quran adalah roh kehidupan umat Islam. Imam syafie berkata bacalah 4 kali takbir kepada rumah yang tidak dibacakan Al-Quran. Rumah yang tidak dibacakan Al-Quran ibarat rumah yang telah mati.


Ketiga :

Hendaklah ibu bapa memberi perhatian terhadap perkembangan akademik mereka. Walaupun mereka telah dihantar ke sekolah, ibu bapa tetap bertanggungjawab untuk memantau perkembangan akademik mereka dan tidak diserahkan pada guru sekolah semata—mata.


Keempat :

Awasilah pergaulan anak-anak. Lihatlah dengan siapa mereka berkawan, ke mana mereka pergi dan apa yang mereka lakukan. Sahabat memberi kesan yang besar terhadap perilaku seseorang. Sehingga ada perumpamaan jika hendak kenal seseorang maka lihatlah sahabatnya.


Kelima :

Isilah masa anak-anak dengan aktiviti yang berfaedah supaya mereka tidak membazir masa dengan aktiviti yang tidak bermanfaat.


Anak-anak adalah generasi pemimpin masa hadapan. Sekiranya mereka dibentuk dengan acuan yang baik maka baik dan cemerlanglah Negara dan masyarakat masa hadapan, begitulah sebaliknya. Untuk anak-anakku –Ahmad Syahmi bin Abdullah Fairuzullah, Ahmad Ibrahim bin Abdullah Fairuzullah, Fatimah Rajihah binti Abdullah Fairuzullah , Ahmad Miqdad bin Mohd Yasir dan Maryam Az-Zahrah binti Khairul Azli– Moga kalian bakal mewarisi generasi Ulama’, menjadi hamba Allah yang beriman dan bertaqwa dan terpelihara dari fitnah akhir zaman...

0 ulasan:

Catat Ulasan

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP