Apa Nak Jadi Dengan Zuriat Kita ?

>> Ahad, 14 Februari 2010



Siri (1)

Daripada Abu Hurairah a.r bahawa Nabi S.A.W bersabda “ Setiap anak-anak dilahirkan fitrah maka kedua ibu bapanya lah yang menjadikannya nasrani, yahudi atau majusi

Tanggal 13 januari 2010 lahir seorang puteri diberi nama Maryam Az-Zahrah binti Khairul Azli kelahirannya di nanti-nantikan dan merupakan anak sulong kepada kak long kami .

Terkenang anak-anak yang lahir zaman millennium ini, membuatkan ramai orang kecut perut dan lemah semangat untuk melahirkan anak dan bergelar ibu bapa . Mendidik anak yang lahir di era globalisasi ini tidak lah semudah 20-30 tahun yang lepas era globalisai dan sistem langit terbuka yang melanda dunia hari ini memberi cabaran yang sangat besar dalam melahirkan generasi kamil.dugaan untuk mendidik anak-anak supaya menjadi insan berguna adalah lebih perlu diberi perhatian dalam era kemodenan ini , jika masyarakat melayu pada zaman dahulu mendidik anak dengan menggunakan psikologi takut, tetapi tidak lagi pada hari ini kerana mereka mudah mendapat
Maklumat malah kadangkala lebih pantas dan tepat daripada ibu bapa .

Media massa pada waktu dahulu bukanlah satu ancaman yang sangat merbahaya kepada pembentukan jiwa anak-anak . Namun pada hari ini radio, televisyen, internet, vcd, majalah dan lain-lain lagi menjadi satu alat yang amat menakutkan seperti yang dimaklumi dan hasil-hasil dari kajian mendapati 70 - 80 peratus tayangan dari media massa berbentuk hiburan yang merosakkan .

Kajian yang dilakukan oleh persatuan pengguna pulau pinang dan pelajar-pelajar komunikasi tentang kesan media terhadap kanak-kanak dan remaja merumuskan data berikut :- ( rujuk nor bathi haji baharuddin 1998:2 )

1) Dalam 1 minggu siaran televisyen mendapati terdapat 57 pembunuhan, 350 perilaku memukul dan 365 perilaku menunjukkan senjata .

2) Secara puratanya setiap kanak-kanak melihat televisyen 2 hingga 3 jam sehari pada hari biasa dan 3 hingga 4 jam pada hari minggu .

3) Daripada lapan program yang paling diminati, tujuh daripadanya mengandungi nisbah keganasan yang tinggi.

4) Separuh daripada ibu-bapa yang disoal selidik mengatakan mereka tidak mengawasi apa yang ditonton oleh anak mereka dan dua pertiga mengaku mereka menjadikan televisyen sebagai babysit kepada anak-anak mereka .

Selain daripada itu dalam satu kajian yang dilakukan pada tahun 1987 di Sham Alam dan Klang terhadap 200 orang responden berumur antara 13-20 tahun , mendapati 46 peratus daripada mereka melihat TV untuk berhibur dengan memilih program hiburan , 28.5 peratus untuk mendapat pengetahuan , 8 peratus memilih program yang berunsur politik dan hanya 5 peratus untuk mendapat pengetahuan Agama .

Pendedahan kanak-kanak dan remaja kepada hiburan dalam nisbah yang besar akan mengurangkan keupayaan dan sensitiviti kepada aspek penting lain dalam kehidupan , Mohd Hamdan dalam rencananya “ Kesan Media Massa Terhadap Budaya Belia ” mengatakan iaitu : “ Belia-belia berwajah selekeh dengan gaya rambut ganjil di lorong-lorong kuala lumpur, jakarta dan Bangkok hari ini , tidak akan sedikit pun terlintas dalam fikiran mereka tentang gaya rambut yang sedemikian jika tidak kerana mereka didedahkan kepada rancangan televisyen, majalah, dan bahan pembacaan asing ”

Tajuk artikel : “ 400 Keluarga Islam Henti Tonton Televisyen ”, akhbar berita harian ( 4 oktober, 2000 ) yang memetik berita dari Indian express , kes ini dilaporkan berlaku di kampong tajola, Mumbai di barat India apabila dikatakan seorang pendakwah tempatan mengeluarkan ketetapan mengharamkan alat “kotor ” itu . Tindakan itu diambil kerana dikatakan bilangan jemaah ke masjid didapati berkerungan, manakala remaja lelaki dan perempuan islam lebih gemar menonton sitcom dan filem bollywood di televisyen sehingga ramai yang tidak ke sekolah dan gagal dalam peperiksaan.

Bersambung ke siri 2........

0 ulasan:

Catat Ulasan

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP