USRAH TUNJANG TARBIYAH

>> Jumaat, 12 Februari 2010



SIRI 1


MUQADIMAH
Usrah merupakan nadi dalam sebuah gerakan/persatuan Islam.Tanpanya, gerakan/persatuan tidak dapat mencapai matlamat yang disasarkan. Usrah bukan majlis ilmu semata-mata, tetapi ia sebuah majlis/aktiviti untuk meningkatkan komitmen kepada pemahaman, penghayatan dan perjuangan Islam. Usrah juga berperanan untuk menyatu padukan ahli dengan mempraktikkan ukhuwwah Islamiyyah seperti yang dianjurkan dalam agama Islam.Kesilapan memahami fungsi usrah menyebabkan perjalanan usrah menjadi lesu dan tidak memberi kesan kepada individu mahupun persatuan.

PENGERTIAN USRAH

Bahasa : Keluarga

Istilah :

1.Satu kumpulan individu muslim yang beriman kepada Allah SWT.

2.Berusaha tolong menolong antara satu sama lain untuk memahami dan menghayati Islam.

3.Usrah membentuk satu ikatan perpaduan yang dibina atas dasar aqidah Islam dan terjalin dengan suatu ikatan ukhuwwah Islamiyyah.

4.Usrah merupakan medan tarbiyah dalam usaha membentuk generasi yang sanggup hidup dan mati memperjuangkan Islam.



SEJARAH USRAH :

Sejarah usrah bermula pada zaman Rasulullah s.a.w apabila pemeluk Islam meningkat kepada 30 lelaki dan wanita. Rasulullah s.a.w telah memilih sebuah rumah yang terpencil iaitu rumah Al-Arqam bin Abi Al-Arqam sebagai tempat menyampaikan segala ajaran Islam, tunjuk ajar dan nasihat. Seruan ini telah berjaya menarik hampir 40 orang lagi memeluk Islam .kebanyakan mereka adalah golongan fakir miskin dan hamba yang tidak ada tempat dalam masyarakat Quraisy

SIRI 2

RUKUN-RUKUN USRAH :

1-Ta’aruf(berkenalan)

انما المؤمنون اخوة فأصلحوا بين أخويكم واتقوالله لعلكم ترحمون




“Sesungguhnya setiap orang yang beriman itu bersaudara, maka baikilah hubungan sesama saudara kamu dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat.” Al-Hujurat : 10
Sabda Rasulullah s.a.w :
“Orang mukmin bagi orang mukmin yang lain seperti satu bangunan, sebahagiannya memperkuatkan sebahagian yang lain”

1.Setiap ahli hendaklah mengenali antara satu sama lain sedalam – dalamnya seperti nama,latar belakang kehidupan dan sebagainya dengan semangat cintakan agama Allah s.w.t.

2.Ta’aru Hendaklah berkenalan sehingga masing-masing merasakan setiap ahli adalah sebahagian dari dirinya.

2-Tafahum(bersefahaman)

1.Hasil dari perkenalan yang mendalam membolehkan wujudnya persefahaman antara ahli untuk melahirkan satu sikap dan satu tindakan dalam menjalankan perintah Allah SWT.

2.Persefahaman sesama ahli dapat membuahkan kasih sayang dan menghindarkan perasaan syak wasangka dan hasad dengki.

3.Rukun tafahhum ini berkait rapat dengan ukhuwwah kerana ukhuwwah tidak dapat dilaksanakan kecuali sudah ada persefahaman di kalangan mereka.

4.Martabat ukhuwwahfillah merupakan martabat tertinggi sesama manusia manakala nasihat menasihati merupakan dasar yang amat penting dalam agama Islam.

5.Apabila ukhuwwah Islamiyyah telah dapat diaplikasikan maka mudahlah untuk menerapkan budaya nasihat menasihati sesama ahli

6.Dalam memberi nasihat, penerima nasihat hendaklah berlapang dada,bersedia menerima nasihat, berterima kasih kepada pemberi nasihat dan tidak memandang status pemberi nasihat.

7.Pemberi nasihat pula hendaklah tidak ubah sikap,tidak menyebarkan keaibannya dan tidak buruk sangka di atas kesilapan yang dilakukan oleh sahabat tadi.

8.Nasihat yang diberikan kepada sahabat hendaklah sesuai dengan taraf pemikiran dengan kaedah yang sebaik mungkin.

3-Takaful(bantu membantu)

Sabda Rasulullah s.a.w:

" Sekiranya seseorang kamu berjalan kerana hendak menolong saudaranya, itu adalah lebih baik baginya daripada beri’tikaf selama sebulan di masjidku ini."

1.Bantu membantu adalah memelihara nasib sesama sendiri hingga tiada yang terbiar atau terdampar.

2.Dasar takaful hendaklah dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh untuk memikul bebanan sesama sendiri.

3.Dasar ini merupakan tunjang iman dan intisari ukhuwwah sejati.

4.Untuk mengamalkan rukun takaful, kita hendaklah sentiasa bertanya khabar, ziarah menziarahi dan saling memberi pertolongan sedaya mungkin.

MATLAMAT :

1.Membentuk generasi yang memahami Islam, beramal dengan ajaran Islam dan bersedia untuk memperjuangkan agama Allah S.W.T.

2.Mendidk hati ahli supaya taat kepada Allah S.W.T

3.Mengiltizamkan ahli dengan akhlaq Al-Quran.

4.Mendidik ahli berfikir dan bertindak selari dengan Al-Quran dan As-Sunnah.

5.Melahirkan para ilmuan Islam agar dapat menyebarkan risalah Islam.

6.Merapatkan ukhuwwah dan kasih sayang sesama ahli.

7.Menghidupkan budaya nasihat menasihati.

8.Menjadikan Rasulullah s.a.w dan para sahabat sebagai ikutan dalam kehidupan seharian.

9.Membentuk biah solehah dan menolak unsur – unsure negatif.

10.Menanam semangat kesedaran terhadap Islam.

Bersambung..........

0 ulasan:

Catat Ulasan

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP