GENAP SETAHUN DAH AHMAD MIQDAD

>> Rabu, 17 Mac 2010




Bismillah bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-Nya masih lagi kita menikmat nikmat iman dan islam.

Tanggal 28 rabi'ul awal 1431 genap lah umur setahun anak kesayangan kami Ahmad Miqdad bin Mohd Yasir . Cabaran mendidik dan membesarkan anak merupakan satu tanggung jawab yang besar yang terpikul di bahu setiap manusia yang bergelar ibu dan ayah. Setahun kami mengasuh dan mendidik anak kesayanga kami ini, bermacam-macam ujian suka dan duka bersama miqdad tapi itu semua asam garam dalam rumah tangga. Selain kita menginginkan anak-anak yang soleh dan solehah kita juga harus tahu yang kita juga wajib menjadi ibu bapa yang lebih soleh dan solehah dari mereka, akhlak yang baik menjadi ikutan kepada zuriat keturunan kita nanti.kami insan yang kerdil ini hanya mampu mendidik mengikut acuan agama yang telah di pelajari, soal hidayah kami panjatkan doa setingginya kepada Allah . Anak – anak yang dilahirkan kemungkinan mereka ini akan menjadi ujian atau pun rahmat pada kita .maka perlu kepada setiap ibu dan ayah menanamkan sifat-sifat berikut dalam diri anak-anak agar kelak dewasa nanti mereka ini bukan sahaja jadi harapan ibubapa malah mereka inilah menjadi harapan ummah dan islam

1. Taat ALLAH

2. Taat Rasulullah saw.

3. Taat Ibubapa

4. Rajin menuntut ilmu

5. Jaga adab dan akhlak

6. Bijak urus masa

7. Bersih dan kemas

2 ulasan:

Unknown 17 Mac 2010 pada 6:32 PG  

tahniah, selamat hari lahir buat ahmad miqdad

intanhafizah 17 Mac 2010 pada 7:34 PTG  

selamt ari jadi miqdad... balik mesia nnt maktam bg adiah ye.. hehe...=) xxx

Catat Ulasan

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP