Ukhuwah Mesti Disuburkan

>> Ahad, 7 Mac 2010

Perlawanan lengan tangan membuktikan sifat kelakian jejaka Mansurah


Bismillahirrahmanirrahim


Alhamdulillah sempat juga saya menulis artitel ringkas ni semata-mata untuk sama-sama mengingatkan diri kita kerana islam itu konsep nya nasihat sesama manusia sabda rasulullah :

” agama adalah an-nasihat kami bertanya untuk siapa ? jawab baginda : untuk Allah, kitab –Nya , Rasul –Nya dan bagi para imam-imam muslimin dan seluruh muslimin ”
(imam muslim )

Ukhuwah merupakan perkara yang penting untuk melihat agama Islam menyinar kembali dan terus bersinar .melihat kepada sejarah Rasulullah asas kekuatan kesatuan islam ialah ukhuwah yang disemai oleh baginda ketika berhijrah ke madinah dengan mempersaudarakan kaum ‘aus dan khazraj.


Semangat ukhuwah Ahli DPM Mansurah dahulu

Us Salman tengah khusyuk main chess


Us Mat Zain yang pakai spek berbaju putih tu generasi pertama Mansurah tahun 1992 masih lagi aktif dengan DPMM

Program bait muslim DPM Mansurah


Program pengurusan jenazah mansurah tahun 2006

jejaka-jejaka macho mansurah dulu-dulu

Ukhuwah di kalangan Pimpinan DPMM, makan dulu kat ramsis sebelum program

Program DPMM suatu ketika dahulu

Perlawanan bola di antara usrah-usrah

Penting nya peranan ketua rumah dan naqib


Ukhuwah pada suatu ketika dahulu sangat erat . Ahli-ahli DPMM bila diajak berprogram maka 90 peratus pasti akan turun . apa yang saya lihat adalah peranan mushrif kami ketika dahulu sangat hebat .Mereka sentiasa membawa kami menziarahi ustaz-ustaz lama samada bujang atau pun berkahwin ,bila kami jumpa di tepi jalan mushrif akan memperkenal kami siapa ustaz itu, bawa jalan-jalan di tempat bersejarah di sekitar mansurah, mempamerkan akhlak yang mulia di hadapan kami dalam banyak perkara, sentiasa cerita kebaikan ustaz2 mansurah, tidak pernah memburukkan pimpinan. Tapi semua perkara itu hanya boleh disembang sahaja praktikal nya tidaklah sehebat dahulu mana silapa nya ? tepuk dada tanya iman . semua perkara tersebut boleh kita hidupkan kembali dengan ada nya kesedaran dalam diri untuk bersatu demi memastikan kesatuan kita terus utuh . beberapa eleman yang sekurang-kurang kita kena praktik kan :

Perkara –perkara yang perlu disemai dalam ukhuwah

1-memberi salam dan bertanya khabar

2-ziarah menziarahi ( bukan sahaja pada hari raya )

3-sentiasa berbaik sangka sesama kita .

4-berkerjasama ketika susah dan senang .

5-melemparkan senyuman bila bertemu dimana-mana sahaja .

6-mendoakan kebaikan sahabat2 dibelakang mereka .

7-mengajak kawan-kawan makan di rumah .

8-memberi nasihat dengan cara yang berhikmah .


Punca – punca rosaknya ukhuwah



1-suka mengumpat .

2-tidak menghormati pandangan sahabat lain .

3-pentingkan diri sendiri .

4-sifat kedekut .

5-hasad dengki .

6-talam dua muka .

7-merasakan diri kita lebih hebat dari orang lain .


Hari keluarga yang akan berlangsung



Di kesempatan yang ada ini saya mengajak diri saya dan sahabat-sahabat semua kita semaikan ukhwah kita yang hampir sirna ini dengan menyertai hari keluarga mansurah “ TEMAN ” .Beberapa acara menarik telah disediakan oleh ahli jawatan kuasa pelaksana . oleh itu kerjasama dari semua ahli DPMM bagi menjayakan hari keluarga sangat-sangat diharapkan semoga ianya akan tertulis dalam lipatan sejarah untuk generasi yang akan datang bahawasanya generasi yang terdahulu bersungguh-sungguh menjaga ukhuwah d an menjadi role model pada generasi masa akan datang.rahmat Allah itu akan datang sekiranya kita sama-sama bersatu InsyaAllah.

0 ulasan:

Catat Ulasan

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP