Akhlak Pimpinan Pas

>> Isnin, 29 Mac 2010

Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat ( Mursyidul am )


Dr Haron Din ( Timbalan Mursydul am)


Alhamdulillah setelah selesai pelantikan mursyidul am dan timbalannya .Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Datuk Dr Haron Din mengekalkan jawatan mereka masing-masing sebagai Mursyidul Am dan Timbalan Mursyidul Am PAS untuk tempoh lima tahun dari 2010 hingga 2015.

Keputusan ini dicapai dalam mesyuarat kedua Majlis Syura untuk sesi ini yang diadakan di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut pagi ini.

Ditanya berhubung kenyataan Tuan Guru Nik Aziz semalam yang bersedia berundur, Abdul Hadi berkata ianya menunjukkan sikapnya yang tinggi akhlaknya sesuai dengan tuntutan Islam yang mengajar umatnya untuk tidak meminta jawatan.

"Itu satu moral yang tinggi yang sangat kami hargai. Memang kita dalam Islam diajar tidak meminta jawatan, tidak berebut jawatan dan Islam mengajar orang yang tidak meminta jawatan itu yang layak kita lantik," jelasnya lagi.

Ini lah akhlak yang di tunjukkan oleh pimpinan PAS kepada ahli-ahlinya supaya jawatan tidak perlu direbut-rebut kerana ia nya akan ditanya oleh Allah . Dan akhlak seperti ini wajar dijadikan qudwah hasanah dan dipraktikkan oleh kita semua .

Kita jangan mudah terikut-ikut dengan budaya merebut jawatan seperti mana yang diamalkan oleh sebahagian besar pemimpin negara kita . Akibat daripada suka merebut jawatan menyebabkan banyak perkara-perkara haram yang berlaku di kalangan mereka seperti rasuah dan memburuk-buruk peribadi rakan-rakan lain .

Semoga budaya seperti ini tidak menular dalam jemaah islam PAS . Al-quran dan Hadis yang menjadi dasar utama PAS perlu di praktik kan dari segenap sudut tanpa mengira latar belakang.

Sesi baru Majlis Syura bermula dengan mesyuarat pertama mereka minggu lalu. Dalam mesyuarat di kalangan 12 anggota yang telah dilantik oleh AJK PAS Pusat (4), Dewan Ulama (4), Dewan Pemuda (2) dan Dewan Muslimat (2) itu, lima anggota tambahan dilantik.

Majlis Syura adalah badan tertinggi dalam PAS. Mengikut pindaan terbaru Perlembagaan PAS, anggotanya menjadi 17 orang berbanding 12 sebelum ini dan tempoh sepenggal dipanjangkan dari tiga tahun ke lima tahun. (Harakah/2MA) ''.

0 ulasan:

Catat Ulasan

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP