Kelebihan Muzakarah Berkelompok ( Usrah )

>> Rabu, 17 Mac 2010



Muzakarah berkelompok ( MB ) merupakan suatu mekanisma untuk setiap mahasiswa belajar teknik menguruskan sesuatu organisasi dalam kelompok yang kecil. Bermula di sinilah kita dilatih bercakap, mengenal perangai sahabat masing-masing dan bagaimana hendak menyesuaikannya, amanah dengan tanggungjawab yang diberikan dan pelbagai lagi kelebihan yang akan disebut sebentar lagi. Semenjak kebelakangan ini, peratus pelaksanaan MB semakin menurun dikalangan mahasiswa ugama . Sepatutnya golongan inilah yang lebih terkehadapan dalam melaksanakan MB kerana golongan ini merupakan warasatul- anbiya yang akan menjadi pemimpin apabila pulang ke tanah air kelak.




Amanah untuk memimpin masyarakat terpundak di bahu-bahu mereka . Bila dilihat dari sudut sejarah usrah pula,ia bermula pada zaman Rasulullah S.A.W yang mana MB merupakan suatu mekanisme terpenting untuk membina kekuatan dakwah sebagai persiapan dalam menghadapi cabaran-cabaran dakwah .Di sinilah diterapkan persiapan ukhuwah berdasarkan akidah bukannya kabilah. Akhirnya, dalam MB Rasulullah inilah lahirnya murabitun yang sanggup memperjuangkan Islam yang kekal sehingga ke hari ini.Mungkin kita tidak mengetahui kelebihan MB yang dilaksanakan sehingga ia menjadi factor ketidakhadiran ahli.


Oleh itu, disini akan dinyatakan sedikit sebanyak kelebihan MB diantaranya ialah :


1 -MB bersifat mutawasil (berterusan). Nizhom tarbiyah yang bersifat sekali sekala atau terputus tidak akan dapat mencapai kesan yang diharapkan. Ciri ini akan membantu proses perkembangan dan penghayatan secara lebih berkesan.


2 -Mempunyai perancangan yang rapi. Sistem usrah yang bermanhaj dan mempunyai struktur organisasi yang tersendiri dalam kelompok yang kecil membolehkan ahli mempelajari teknik pengurusan yang betul


3 –Berlatih membina keyakinan diri. Melalui taklifan yang dipertanggungjawabkan dapat membentuk keperibadian menjadi pendakwah apabila pulang ke tanahair kelak.


4 -Berlatih berlapang dada apabila ditegur oleh sahabat.


5 -Dapat membina kekuatan ukhuwah . terdapat rukun-rukun MB yang perlu dilaksanakan.


6 -Mengiltizamkan ahli dengan akhlaq Al-Quran.


7 -Mendidik ahli berfikir dan bertindak selari dengan Al-Quran dan As-Sunnah.


8 -Melahirkan para ilmuan Islam agar dapat menyebarkan risalah Islam.


9 -Menjadikan Rasulullah s.a.w dan para sahabat sebagai ikutan dalam kehidupan seharian.


10 -Membentuk biah solehah dan menolak unsur – unsur negatif.


11 -Menanam semangat kesedaran terhadap Islam .






0 ulasan:

Catat Ulasan

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP