Kenapa Pelajar Al-Azhar Perlu Solat Subuh

>> Rabu, 24 Mac 2010



Muqaddimah :


Dengan nama Allah aku hidup dan aku mati segala puji bagi allah tuhan yang mencipta kan
sekian makhluk.

Terima kasih kepada sahabat-sahabat kerana sudi membaca warkah yang ringkas ini . beberapa minggu yang lepas saya telah mendengar suatu tazkirah (peringatan) ilmu dari suatu program yang bertajuk "Amal M’aruf Nahi Mungkar " . tertarik dengar tajuk ini saya rasa bertanggungjawab untuk berkongsi ilmu dengan sahabat-sahabat .

Dunia yang sedang kita duduki ini sebenar meminta kita untuk berkerja , kerja yang menjadi tanggungjawab kepada semua yang mengucapkan kalimah syahadah berkata seorang ulama:

“ sesiapa yang mengucapkan lailahailallah maka dia adalah pendakwah ”
.

Firman Allah S.W.T :
'' Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kapada kebajikan, menyuruh kepada yang m'aruf dan mencegah kemungkaran dan merekalah orang-orang yang beruntung '' ( surah ‘ali-imran ayat 104 )

Dakwah yang mengajak manusia melaksana amal ma’ruf dan nahi mungkar . tanggungjawab ini terpunggak di bahu semua umat islam terutama mereka yang mendalami ilmu ugama kerana golongan ini lebih mengetahui hukum hakam Agama . maka sebagai pendakwah perlu menjadi role model kepada masyarakat agar dakwah yang disampaikan mudah diterima oleh masyarakat dan tidak mendatangkan fitnah kepada Islam sabda Rasulullah :

“ sesungguhnya aku diutuskan adalah untuk menyempurnkan akhlak ” .


Disamping itu juga bekalan rohani yang kuat perlu pada setiap pendakwah untuk berhadapan dengan segala macam rintangan , di antara amalan yang wajib dipelihara adalah solat fardhu kerana inilah amalan para rasul dan nabi yang menjadi rutin harian mereka . solat merupakan penghubung di antara hamba dan Allah taala , maka perkara ini perlu dititik beratkan oleh setipa pendakwah supaya hati mereka sentiasa berpaut dengan Allah Ta’ala firman Allah ta’ala :

“ Wahai sekelian orang-orang yang beriman mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah tuhan )dengan sabar dan dengan (mengerjakan ) sembahyang ” Surah Al-Baqarah ayat 153


Pendakwah perlu pelihara sembahyang


Umat nabi Muhammad diperintahkan oleh Allah mendirikan solat 5 waktu sehari semalam dan di antara kelima-lima waktu ini ada waktu-waktu yang susah untuk di laksanakan oleh kita iaitu solat fardhu subuh dan asar .

Saya tidak lah maksudkan mereka yang meninggal kan solat subuh akan tetapi yang saya maksudkan ialah solat subuh berjemaah di masjid, teringat saya kata-kata seorang ustaz ketika mana beliau bertanya kepada seorang doctor kuliah ciri-ciri seorang pelajar lalu doctor itu menjawab :

“ Di antara ciri2 penuntut ilmu adalah mereka yang solat subuh berjemaah di masjid
( bukan di rumah ) ” .

Sabda Rasulullah S.A.W :

“ من صلي البردين دخل الجنة”

“ Barangsiapa melaksanakan shalat subuh dan shalat asar ( secara berjemaah ) niscaya dia akan masuk surga ”

Kata-kata bekas perdana menteri Israel :

“Selagi umat islam tidak solat subuh seperti solat jumaat maka selagi itu Israel tak akan kalah”

Cuma di sini ana akan bincangkan berkaitan dengan solat subuh kerana ianya suatu solat yang payah untuk kita laksanakannya secara berjemaah di masjid ada pun solat-solat yang lain agak mudah untuk dilaksanakan kemungkinan banyak factor yang menjadi alasan kita dan mungkin juga kita tidak mengetahui kelebihan-kelebihannya yang menyebabkan kita mengabaikan nya .




Kelebihan solat subuh



1- sabda Rasulullah yang bermaksud :

“ Seseorang yang melaksanakan shalat isya secara berjemaah , seakan-akan dia bershalat separuh malam .dan mereka yang melaksanakan shalat subuh secara berjemaah itu sama dengan seseorang yang shalat tahajjud sepanjang malam


2- Sabda Rasulullah :

" ركعتا الفجر خير من الدنيا و ما فيها "

“ Dua rakaat shalat sunat subuh itu lebih baik daripada dunia dan isinya ”

3- Sabda Rasulullah :

“ اللهم بارك لـأمتي في بكورهم ”

" Ya Allah berkati lah umat ku pada pagi hari nya "



Pengaruh subuh terhadap jiwa


Sahabat-sahabat yang dirahmati shalat subuh merupakan satu ibadat yang dilakukan pada waktu pagi , bila dilihat dengan mata kasar kebiasaan nya ahli olahraga akan melakukan senaman pada waktu pagi atau yang lebih hebat lagi mereka melakukan senaman sebelum subuh lagi , kenapa perlu waktu pagi ? apasal tak buat waktu tengah hari buta baru lah banyak peluh akan keluar ….ehmmm.. ada sebuah cerita bahawa seorang wanita yang pada setiap minggunya membuat rawatan dengan beberapa orang doctor pakar disebabkan mengidap penyakit tulang, jantung, kencing manis, tekanan darah tinggi dan pelbagai lagi. Wanita itu membuat rawatan terus menerus sepanjang hidupnya hinggalah ia bertemu dengan seorang muslim. Muslim itu menasihatkan supaya beliau mendekatkan diri kepada Allah S.W.T dengan membanyakkan solat khususnya solat tahajjud. Beliau lalu melaksanakan saranan tersebut. Hasilnya,dengan izin Allah penyakit yang dihidapinya mulai hilang sedikit demi sedikit setelah melakukan terapi yang dicadangkan oleh muslim tadi selama beberapa bulan. Akhirnya, wanita itu tidak perlu lagi membuat rawatan pakar dan telah sembuh sepenuhnya . Dengan kisah ini dapat kita gambarkan bahawasanya sewaktu kita melakukan shalat, di saat rukuk dan sujud dengan penuh ketenangan dan sempurna, akan terjadi pengeluaran zat cair yang terkeluar dari tulang belulang kita .


Masalah dapat diselesaikan dengan solat subuh



Masalah merupakan sesuatu yang berpunca dari hati . kalau hati seseorang tenang , dia akan menghadapi masalah dengan ketenangan juga.jadi shalat itu disebut sebagai mikrajul mukminin .maksudnya ketika kita sedang menghadapi masalah di alam dunia maka seseorang akan terus mengadu kepada Allah Ta’ala .

Apabila bermasalah sesama makhluk pun dia akan terus mengadu Allah Ta’ala .disini kita dapat melihat sendiri setiap masalah akan beres kalau kita kembali kepada sang pencipta .

Apa kaitan nya dengan shalat subuh ?

Tentu sekali ada kaitannya ! semasa kita menunaikan shalat subuh kita memohon kepada Allah dengan :

1. Bacaan Qunut ( doa ) .

2. Para malaikat yang menyertai kita juga diturunkan pada waktu subuh .

3. Sesiapa yang berdoa pada ketika ini secara bersungguh-sungguh , maka setiap masalah nya akan rungkaikan oleh Allah Ta’ala .

4. Waktu terkabul nya segala doa.

Akhir nya saya mengingatkan diri saya dan sahabat-sahabat peliharalah shalat fardhu kerana shalat merupakan amalan yang pertama yang akan ditanya oleh Allah Ta’ala ketika kita dibangkitkan di hari kiamat kelak.
Sabda rasulullah :


" ان اول ما يحاسب به العبد يوم القيامه من عمله صلاته "

"Sesungguhnya amalan yang pertama yang akan disoal oleh Allah Ta’ala pada hari kiamat kelak ialah solat ".


Shalat juga merupakan tiang ugama . bagaimana sesebuah rumah nak menjadi kukuh dan kuat kalau bukan tiangnya yang menjadi factor utama untuk menentukan samaada rumah itu kukuh ataupun tidak .

0 ulasan:

Catat Ulasan

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP